Markah Kilauan Emas Selebriti 2026 Minggu 3
Keputusan penuh markah juri, carta kedudukan, lagu tugasan, dan anugerah Emas Berkilau Of The Week Konsert Minggu 3 Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES 2026). Bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam, kesemua 10 bintang selebriti veteran berentap membawakan lagu bertemakan "Kenangan Mengusik Jiwa" di Astro Prima. Semak pecahan markah rasmi dan carta kedudukan penuh dekat bawah gais!
Nota Redaksi: Artikel ini telah dikemaskini dengan keputusan markah rasmi dan keputusan penyingkiran Konsert Minggu 3.
Saingan Kilauan Emas Selebriti 2026 Minggu 3 yang dihoskan oleh gandingan mantap Raja Azura dan Keanu Azman makin panas gais! Kesemua 10 selebriti veteran menyampaikan persembahan hebat di hadapan barisan juri tetap Jihan Muse, Datuk Yusry Abdul Halim, serta juri jemputan minggu ini, Naqiu Boboy sehh.
Korang boleh semak susunan pecahan markah rasmi mengikut kedudukan carta, senarai lagu tugasan, penerima anugerah khas, dan status penyingkiran kat bawah ni gais:
Baca juga: Markah Penuh & Keputusan Konsert Minggu 2 Kilauan Emas Selebriti 2026
📊 Carta Kedudukan & Markah Penuh Minggu 3 (Kenangan Mengusik Jiwa)
Tarikh Siaran: 5 September 2026 | Masa: 9:00 Malam | Juri Jemputan: Naqiu Boboy | Lokasi: Auditorium MBSA Shah Alam
| Ked. | Bintang KES | Lagu Tugasan (Penyanyi Asal) | Markah Juri | Status |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Zila Bakarin | Puteri Kota (Ella) | 79.26% | Selamat |
| 2 | Dato' Ahmad Tamimi Siregar | Jamilah (Jamal Mirdad) | 70.18% | Selamat |
| 3 | Dato' Jalaluddin Hassan | Oh Fatimah (A. Ramlie) | 68.86% | Selamat |
| 4 | Amyza Aznan | Ya Ilahi Rabbi (Rafeah Buang) | 68.08% | Selamat |
| 5 | Rahim Omar | Terharu (Sweet Charity) | 63.12% | Selamat |
| 6 | Fazlina Ahmad Daud | Khayalan (Black Dog Bone) | 59.67% | Selamat |
| 7 | Mubarak Majid | Dara Pujaan (L. Ramli) | 57.04% | Selamat |
| 8 | Rashdan Baba | Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan) | 55.73% | Tiga Terbawah |
| 9 | Khaty Azian | Cinta Kristal (Rahim Maarof) | 55.66% | Tiga Terbawah |
| 10 | Maria Tunku Sabri | Sinaran (Sheila Majid) | 55.48% | Selamat (Tiga Terbawah) |
🥇 Markah Tertinggi Minggu 3: Zila Bakarin (79.26%)
🌟 Emas Berkilau Of The Week: Zila Bakarin
❌ Peserta Tersingkir: Tiada Penyingkiran
🔥 Ulasan Persembahan Konsert Minggu 3
Pentas Konsert Minggu 3 Kilauan Emas Selebriti 2026 dengan tema "Kenangan Mengusik Jiwa" menyaksikan kesemua 10 peserta memberikan saingan yang cukup sengit bagi merebut tempat ke minggu seterusnya gais!
Zila Bakarin cemerlang menjuarai carta minggu ini dengan persembahan bertenaga menerusi lagu "Puteri Kota" (Ella), sekaligus merangkul markah tertinggi 79.26% dan dinobatkan sebagai penerima anugerah Emas Berkilau Of The Week. Manakala Dato' Ahmad Tamimi Siregar dan Dato' Jalaluddin Hassan mengekor rapat di tangga kedua dan ketiga sehh.
Meskipun Maria Tunku Sabri, Khaty Azian, dan Rashdan Baba berada di kedudukan tiga terbawah, kesemua peserta bernasib baik kerana kejutan dibuat apabila mengumumkan TIADA PENYINGKIRAN untuk Minggu 3 gais!
❓ Soalan Lazim (FAQ) Kilauan Emas Selebriti 2026
Di manakah Konsert Kilauan Emas Selebriti 2026 bersiaran?
Rancangan ini bersiaran secara langsung setiap hari Sabtu, jam 9:00 malam di saluran Astro Prima (105) serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.
Admin & Content Creator Sports & Entertainment.