Keputusan & Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25)

Keputusan rasmi, senarai pemenang penuh, dan liputan malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25). Bersiaran secara langsung pada Sabtu, 26 September 2026 dari Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak, penganjuran julung kali di luar Semenanjung ini menyaksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza merangkul anugerah Lagu Terbaik menerusi 'Pesanan Buat Diri', manakala Aisha Retno menjulang trofi Album Terbaik menerusi '[Re.Hab]'. Ratu Rock Negara, Ella turut diiktiraf penerima Anugerah Sri Wirama! Semak senarai penuh 32 pemenang kategori rasmi kat bawah gais!

Nota Redaksi: Artikel ini telah dikemaskini secara rasmi mengikut Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-25 dari BCCK, Sarawak.

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) berlangsung dengan begitu gilang-gemilang gais! Melakar sejarah tersendiri sempena sambutan jubli perak, majlis pengiktirafan muzik tertinggi tanah air ini dikendalikan oleh pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama personaliti TVS, Sheera Abang Mansor secara langsung di saluran TVS sehh.

Keputusan & Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25)

📌 Ringkasan Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25)

  • Tarikh Acara: 26 September 2026 (Sabtu)
  • Lokasi: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak
  • Pengacara (Hos): Awal Ashaari, Scha Alyahya & Sheera Abang Mansor
  • Jumlah Kategori: 32 Kategori (23 Kategori Utama, 8 Pra-Anugerah, 1 Anugerah Khas)
  • Lagu Terbaik: Pesanan Buat Diri (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
  • Album Terbaik: [Re.Hab] (Aisha Retno)
  • Anugerah Sri Wirama: Ella

🏆 Senarai Pemenang Kategori Utama AIM25

Berikut merupakan senarai rasmi pemenang bagi kategori utama yang diumumkan pada malam kemuncak:

Kategori Pemenang / Karya Artis / Penerbit
Lagu Terbaik Pesanan Buat Diri Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Album Terbaik [Re.Hab] Aisha Retno
Vokal Lelaki Terbaik Sandiwara Cinta Arddley Nicholas
Vokal Wanita Terbaik Kesuma Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Peluk Hael Husaini & Nadeera
Vokal Kumpulan Terbaik Satukan Kami Di Syurga Inteam
Kugiran Terbaik Mahkota SOG feat. Amir Masdi
Artis Baru Terbaik Mona Lisa (Bang Bang) Alpha
Lagu Borneo Terbaik (Kategori Baharu) Dayang Bintang Mawat
Lagu Perayaan Terbaik (Kategori Baharu) Serumpun Mimifly
Lagu Pop Terbaik P Ramlee Saloma Alpha
Lagu Rock Terbaik Bila Sampai Waktu Faizal Tahir, mimpi
Lagu Rap / Hip Hop Terbaik Tanya Tuhan Yonnyboii, Malique
Lagu Pop Elektronik / Dance Terbaik Temberang Mimifly
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik O.R.B.I.T Aisha Retno
Lagu Cina Tempatan Terbaik Love Yourself Yise Loo
Lagu India Tempatan Terbaik Pache Maina Buggimaan
Lagu Tradisional Terbaik Pesanan Buat Diri Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Lagu Etnik Terbaik Pelangi Pasti Marsha Milan
Lagu Nasyid Terbaik Fitnah Akhir Zaman Halim Ahmad
Lagu Perpaduan Terbaik Matahari Malaya Mc Syze & Noh Salleh
Kolaborasi Artis Tempatan & Luar Negara Terbaik Cenderamaya Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama Aku Bukan Narsisis (Dia Bukan Syurga) Hazama
Video Muzik Terbaik Temberang Mimifly

🏅 Senarai Pemenang Kategori Pra-Anugerah

Kategori Pra-Anugerah Pemenang / Artis
Kulit Single/Album Terbaik Misompuru (Marsha Milan)
Rakaman Album Terbaik [Re.Hab] (Aisha Retno)
Rakaman Lagu Terbaik Gasoline (Akim & The Majistret)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Nara (Mimifly)
Lagu Paling Tinggi Di Strim Seni Berdamai Dengan Takdir (Naim Daniel, Adnin Roslan)
Video Muzik Rasmi Malaysia Tontonan Tertinggi (Pelantar Video Utama) Meriah Lain Macam (Hael Husaini & Nadeera)
Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok Serumpun (Mimifly)

🌟 Anugerah Khas Sri Wirama

Penerima: Ella (Hajah Nor Zila binti Haji Aminuddin) – Diiktiraf atas sumbangan bakti dan legasi cemerlang Ratu Rock Negara dalam memartabatkan industri muzik Malaysia.

❓ Soalan Lazim (FAQ) AIM25

Siapakah pemenang Lagu Terbaik AIM25?
Lagu 'Pesanan Buat Diri' nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM25.

Siapakah penerima Anugerah Sri Wirama AIM25?
Ratu Rock Negara, Ella (Hajah Nor Zila binti Haji Aminuddin) dianugerahkan Anugerah Sri Wirama atas jasa dan legasi beliau.


Tahniah buat kesemua pemenang Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25)! Jangan lupa kongsikan artikel ini gais!

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.