Hai korang, Drama baru, tentang hati dia mengisahkan tentang seorang gadis yang terlanjur sehingga mengandung dimarahi ibunya dan nekad mahu mencari si pelakunya. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Aliff Aziz dan Trisha ooi sebagai pelakon utama. Drama ini ditayangkan di saluran TV3 sejak 3 Julai 2023 yang lalu.
baca juga : sinopsis drama obsesi diaSinopsis Tentang Hati Dia
Drama ini mengisahkan tentang Tiara. Dia merupakah seorang anak gadis yang berusia 18 tahun. tiara tinggal di sebuah kampung dan dia didapati telah mengandung selepas melakukan hubungan dengan lelaki bernama Khalid.
Ibu Tiara bernama Fatimah sangat memarahinya bila dapat tahu yang tiara mengandung. Dia juga minta kandungan tersebut digugurkan.
Wafi seorang kawan baik kepada khalid. Dia sudah mempunyai tunang dan selepas dia pulang dari study di luar negara. Wafi nekad mahu berkahwin dengan tunangnya.
Namun jadi sebaliknya pula apabila tunangnya minta putuskan pertunangan tersebut. Tiara nekad ke ibu kota mencari khalid untuk menyelesaikan masalahnya itu.
Persoalannya dapatkah Tiara berjumpa dengan khalid dan adakah dia akan mengaku itu anaknya yang ada dalam kandungan tiara? Apa pula kesudahan cerita wafi?
kalau nak tahu kenalah tonton drama ini di saluran tv3!
Info dan Pelakon
Drama ini memiliki 28 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan pada 3 julai 2023. Ia disiarkan pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam di slot AKASIA TV3.
Pengarah drama ini adalah Amor rizan dan skripnya ditulis oleh Farhana Fauri. Pelakon tentang hati dia pula terdiri daripada pelakon hebat seperti;
- Aliff Aziz sebagai Wafi
- Trisha Ooi sebagai Tiara
- Nafiz Muaz sebagai Khalid
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Fatimah
- Aliah Lee sebagai Sharifah
- Nurin Afiqah sebagai Darina
- Saidah Kamarudin sebagai Shida
- Sazrin Aizul sebagai Waris
- Nina Smith sebagai Lily
- Amir Mirza sebagai Aliff
- Muaz Zabir sebagai Hisyam
- Nik Ramly Rejab sebagai Pak Salleh
- Ayu Falizna sebagai Mak Tun
- Al-Rayyan Ho sebagai Fairuz
- Laura Olivia sebagai Cica
- Ieka Zulkifli sebagai Maksu
- Ziha Salleh sebagai Liana
Jalan cerita drama tentang hati dia ni memang menarik dan bersifat kekeluargaan. Pasti ia ssesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. waktu tayangan dia pun dah diletakkan di slot paling ramai penonton.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menonton drama ini ya. Selamat menonton!