Drama Hangat, Bunga Aku Tunggu sedang ditayangkan di saluran TV3. Ia mengisahkan tentang perkenalan seorang jejaka dengan seorang gadis di tempat kerja. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose.


Sinopsis Drama Bunga Aku Tunggu


Apa agaknya kesudahan episod bunga aku tunggu ini nanti ya? katanya cerita ini adalah cerita sedih. tapi tak tahulah betul ke tidak. hehe

Sinopsis Bunga Aku Tunggu

Drama ini mengisahkan tentang kamal iman yang merupakan seorang jurutera komputer yang genius. Dia juga baik hati dan sangat bagus bekerja. Kehidupan Kamal berubah selepas pekerja baru bernama Bunga masuk bekerja di tempat yang sama.

Bunga pula merupakan seorang gadis yang baik hati dan ramah dengan semua orang. Dia sebenarnya di minta untuk bekerja di syarikat milik kawan ibu bapanya. Bunga yang baik terus berusaha mengikut kehendak ibu dan bapanya..

Dia juga sering menjadi mangsa pembandingan di antara dia dan adiknya. kerana adiknya itu berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Oleh kerana terlibat dalam satu insiden di pejabat, kamal mula mengenali bunga dan mula rapat dengannya. ketika dia sudah menyukai dan menyintai bunga sehinggakan menjadi satu obses pula.

Dapatkah kamal menakluk hati bunga atau akan ditinggalkan juga nanti?

Info dan Pelakon.

Drama ini mempunyai 13 episod dan mula ditayangkan pada 17 Mei 2023 yang lalu. Drama arahan Along Kamaludin dan skripnya ditulis oleh adza Emie ini turut dibintangi pelakon hebat.

Berikut merupakan senarai pelakon dan watak bunga aku tunggu ini.

  • Beto Kusyairy sebagai kamal
  • Nelydia Senrose sebagai bunga
  • Azhar Sulaiman
  • Kuza
  • Atiq Azman
  • Afifah Nasir
  • Shah Iskandar
  • Abil Qamaruzaman

Agak-agaknya apa jadi dekat kamal bila Bunga tolak pelawaann dia nanti? fuhh bukan boleh kita laya orang yang obses dengan seseorang tu. nanti kita pula yang diapa-apakan. Jangan lupa untuk saksikan drama menarik ini di tv3. Selamat menonton!

Previous Post Next Post