Telefilem Curi Duit Raya

Telefilem raya, Curi Duit Raya ini menceritakan tentang sindiket yang menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah. Bagaiman perasaan mereka apabila di paksa berbuat demikian?  Dibintangi oleh ramai pelakon kanak-kanak dan juga Adlin Aman Ramli serta pelakon cantik, Nasha Aziz. Kenapa diorang kena curi duit raya pula ni? adakah ini sindiket?

Telefilem ini akan disiarkan semula pada 6 Mei 2023 ini sempena hari raya tau. jangan lupa tengok!


Telefilem Curi Duit Raya


Sinopsis Curi Duit Raya

cerita ini mengisahkan tentang kanak-kanak yang  terlibat dalam sindiket minta sedekah yang dipaksa untuk mengumpul duit raya.

Namun begitu, mereka melarikan diri dari sindiket berkenaan dan pulang ke kampung mencari keluarga mereka. Setelah sekian lama tidak berjumpa.

Mampukah mereka mencari keluarga mereka atau akan ditangkap semula oleh ketua sindiket berkenaan? 

Info dan Pelakon

cerita ini akan ditayangkan pada 15 mei 2022 pada jam  9 malam. Ia akan mengambil slot astro citra tau.

Antara pelakon curi duit raya yang terlibat adalah Adlin Aman Ramlie, Nasha Aziz, Laura Olivia, Syed Irfan, Syed Ali Murtadha, Sayyid Baqir, Umar Alishakur, Aryo dan Muzayyin.

Review

Oleh sebab aku dah tengok cerita ni, jadi aku dah tahulah ending dia kan. tetapi aku tak akan spoil kan cerita ni. Selebihnya korang kena tengok sendiri sampai habis.

Jalan cerita dia tak lah berat sangat tetapi bila tengok budak-budak tu berlakon membuatkan hati terasa sebak pula. Susah payah mereka mencari duit raya tiba-tiba ia dicuri oleh orang tak bertanggungjawab.

Dapatkah nasib kanak-kanak itu terbela? korang nak tahu jawapannya kenalah tengok di Astro !

Selamat menonton.


أحدث أقدم