Sinopsis Drama Khilaf Asmara

Sinopsis Drama Khilaf Asmara. Drama ini semakin viral kerana jalan cerita dia yang menarik serta dibintangi pelakon hebat tau. Antaranya adalah Fattah Amin, Nelydia Senrose.
Selain itu, kita juga ada Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad. Drama ini hannya mempunyai 15 episod sahaja dan mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga yang dilanggar orang ketiga.


Sinopsis Drama Khilaf Asmara


Sinopsis Drama Khilaf Asmara

Aku nak kongsikan mengenai sinopsis drama khilaf asmara ini. Cerita dia mengisahkan tentang Aizad dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. 

Aizad ni seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. 

Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya, Irma, seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya, Luqman.
Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman. 

Mereka berdua mula mengadakan  hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. 

Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. Macam mana kesudahan cerita ni agaknya kan..

Info Drama Khilaf Asmara.

Macam aku kongsikan tadi, drama 15 episod ini telah mula ditayangkan sejak 18 April 2022 dan ditayangkan pada setiap  hari isnin hingga jumaat.

Drama yang diarahkan oleh Uchee Fukada ini ditulis skripnya oleh Siti Jasmina Ibrahim dan Uchee sendiri tau.

Antara pelakon yang terlibat adalah Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura, Josiah Hogan, Rahim Jailani

Watak pelakon drama khilaf asmara.

Dalam cerita khilaf asmara ni, ramai tak suka watak fattah amin yang berlakon sebagai luqman. Nelydia Senrose sebagai Irma dan Fasha Sandha sebagai Hanim

Selain itu, kita ada Fahrin Ahmad sebagai Aizad.

Tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni. Selamat menonton!


أحدث أقدم