Cerekarama Jerat (TV3)

Cerekarama Jerat. Hai semua, ini ada satu lagi cerekarama yang akan diulang tayang untuk tahun 2021 ini. Cerekarama ini pernah ditayangkan pada 14 Mac 2020 yang lalu.Sebelum itu, aku nak tanya korang dah tengok ke cerekarama minggu lepas? kalau belum, boleh lah baca di cerekarama ara ni tau. best juga cerita tu Antara pelakon utama dalam cerita jerat ini adalah Adam Lee dan Mona Allen. Untuk pengetahuan anda semua, cerita ini di arahkan oleh Sharidan Popeye dan akan ditayangkan untuk slot cerekarama di TV3. Macam manalah jalan cerita untuk cerekarama jerat ni kan. Aku tak sempat tengok masa tayangan tahun lepas, jadi hujung minggu ni aku kena pastikan aku tak terlepas lah kan. Korang pun pastikan korang tengok tau. 


Cerekarama Jerat (TV3)


Cerekarama Jerat (TV3)

Telefilem persahabatan ini mengisahkan tentang kehidupan 3 sahabat yang terjalin atas sebab kerja dan tugasan mereka. Terdiri daripada Iris, Najihah dan juga Angie mereka ini terlibat secara langsung dalam merungkai banyak kes jenayah terutama kes pemerdagangan manusia.

Iris merupakan seorang anggota polis, Angie pula sebagai wartawan dan yang terakhir adalah Najiha sebagai seorang peguam. Dalam sibuk bertugas, Iris juga sibuk mempersiapkan majlis perkahwinannya dengan Faris dan majlis itu pun berjalan dengan lancar. Iris dan Faris pergi berbulan madu.

Namun sepanjang mereka bercuti, terjadi satu perkara buruk kepada dua sahabat baiknya. Angie dan Najiha dibunuh oleh orang jahat. Apabila Iris pulang, dia sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Dia kemudian bangkit mencari siapa pembunuh rakan-rakan baiknya itu.

Mampukah Iris menyelesaikan masalah tersebut? atau Iris juga menjadi mangsa korban seterusnya? Sama-sama kita saksikan.

INFO CEREKARAMA

Cerekarama jerat ini akan ditayangkan pada 14 Ogos 2021 ini di TV3. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Julia Farhana Marin, Nina Kho, Ridzuan Hashim, Lan Siro dan Cha Oi. 

Aku tak tengok lagi cerita ni, kalau tidak aku dah letak spoiler untuk korang hehe. apa-apa pun jangan lupa untuk saksikan cerekarama ini pada hujung minggu ini ya.

Selamat menonton



أحدث أقدم