Cerekarama Ara

Cerekarama Ara. Sebuah telefilem kekeluargaan yang akan ditayangkan semula pada hari sabtu ini 7 Ogos 2021. Minggu lepas, kita dah tengok tayangan cerekarama tiada lagi lakonan Rita Rudaini kan. Minggu ini kita layan cerita Ara pulak.  Untuk pengetahuan semua, cerekarama ini telah ditayangkan pada tahun lepas,2020 sempena sambutan hari raya aidilfitri. Ia ditayangkan pada hari raya ketiga. Yang bestnya telefilem ini di arahkan oleh Tam Suhaimi tau. Antara pelakon utama cerita ini adalah Mimi Lana dan Hafidz Roshdi. Tarikh tayangan pertama cerita ara ini ditayangkan pada selasa, 26 mei 2020 pada jam 4 petang. Macam manalah jalan cerita dia kan. jom kita baca info Cerekarama Ara di bawah.

Cerekarama Ara


Cerekarama Ara

Cerita ini mengisahkan tentang Ara yang merupakan seorang yang terkenal kerana dia seorang personaliti TV. Satu hari dia dibawa pulang oleh teman lelakinya untuk berjumpa dengan bakal mak mertuanya. Pn. Adibah merupakan ibu kepada Arman yakni kekasih Ara. 

Konflik Ara dengan pn adibah mula berlaku apabila pembantu peribadi pn adibah mahu merampas Arman daripadanya. 

Pada masa yang sama, ara nekad mahu berubah kepada yang lebih baik. walaupun begitu dia masih menerima kecaman dan kata-kata skeptikal tentang apa yang di lakukan. Mampukah ara mendapatkan kembali Arman dan berubah menjadi lebih baik?

Sama-sama kita saksikan.

INFO CEREKARAMA

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Adam Lee, Ruhainies dan Aida Aris.

Macam manalah kesudahan cerita ni kan. dah lebih setahun tayangan mesti ramai yang dah lupa ending dia macam mana kan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk tonton cerekarama menarik ini di TV3.

Selamat Menonton.




أحدث أقدم