Telefilem Ting Tong Love (Astro Citra)

Telefilem Ting Tong Love. Sebuah telefilem baru yang akan ditayangkan buat kali kedua di Astro Citra. Telefilem ini pernah ditayangkan sebelum ini iaitu pada 1 Febuari 2020 tapi akan ditayangkan semula pada 17 Julai 2021. Telefilem ini dibintangi pelakon dan penyanyi Naqiu dan juga Scha Alyahya. Minggu lepas kita dah tengok telefilem 44 hari bangkitnya pocong kan, cerita seram gila tau. Kali ni kita tengok cerita sweet dan romantik pulak yer.  Kalau korang dah tengok hari tu, mesti korang dah tahu jalan cerita dia macam mana kan. Bagi yang belum tengok, korang boleh tonton Telefilem Ting Tong Love di Astro Citra pada hari sabtu ini.  

Telefilem Ting Tong Love


Telefilem Ting Tong Love

Telefilem romantik komedi ini di arahkan oleh Hadith Omar. Ting tong love mengisahkan tentang eorang lelaki bernama Hairi yang berkerjaya tetapi masih bujang. Oleh sebab itu, mak  Hairi terus menerus memaksa Hairi mencari pasangan hidup.

Namun begitu, Hairi bersetuju apabila dia boleh mencari jodohnya sendiri. Tak perlulah mak dia susah-susah carikan jodoh untuk dia. Calon-calon mak dia sebelum ni semua tidak jadi kerana Hairi tak berminat.

Lain pula yang terjadi pada Naina. Dia bekerja sebagai penjual ikan di pasar dan memiliki hidup yang susah. Disebalik keadaannya itu, hidup mereka sering diburu pengutip hutang. Ini disebabkan Ibunya meminjam duit dari  peminjam hutang.

Nak dijadikan cerita, satu hari Ibu hairi mengajak hairi ke pasar untuk membeli barangan dapur. Hairi akur dan ikut arahan ibunya itu. Di pasar dia bertemu dengan Naina secara tidak sengaja. Naina simbah air ais ikan tu ke muka Hairi kerana dia ingat Hairi adalah orang yang selalu datang kutip hutang daripada mereka.

Hairi terkejut dengan tindakan Naina tersebut. Selepas beberapa ketika, Hairi jumpa semula dan Naina dan menawarkan sesuatu kepada Naina. Dia berjanji akan melangsaikan hutang Naina. Cuma syaratnya meminta Naina menyamar jadi bakal isterinya mengejutkan Naina. Tetapi lepas itu Naina pun setuju sebab dia nak habiskan hutang yang dia ada tu. 

Adakah lakonan mereka akan berjaya? atau akan membuahkan rasa cinta sesama mereka? Persoalannya mampukah Hairi mencari Jodohnya sendiri? Sama-sama kita saksikan.

Selain Naqiu dan Scha, pelakon lain yang terlibat adalah Aleza Shadan, PS Mansur dan Alynn Techen. Dalam cerita telefilem ting tong love ini juga, Naqiu membawa watak sebagai Hairi dan Scha sebagai Naina. 

Jangan lupa tonton telefilem menarik ini di astro citra !


Related Posts

أحدث أقدم