Biodata Azwan Ali Pengacara Lagu Cinta Kita 2

Biodata Azwan Ali Pengacara Lagu Cinta Kita 2. Sejak bermulanya siaran lagu cinta kita 2, nama azwan ali kembali menjadi sebutan para peminat. Pasti ramai yang nak tahu biodata Azwan Ali kan, jadi jom kita baca di bawah.

Kita sedia maklum yang nama Azwan Ali sentiasa menimbulkan kontroversi sama ada dalam dunia hiburan mahupun dunia politik. YA! Azwan Ali pernah bertanding dalam PRU 14 baru-baru ni tau. berikut merupakan perkongsian biodata azwan ali a.k.a DIVA AA.

Biodata Azwan Ali Pengacara Lagu Cinta Kita 2

Azwan Ali pernah berlakon filem Aku No. 1 arahan Aznil Nawawi serta memenangi Anugerah Televisyen Asia 1999 untuk kategori Rancangan Bual Bicara Hiburan Terbaik menerusi program kelolaan nya Cit Cat Azwan yang bersiaran selama 10 tahun di Astro.

Rancangan Cit Cat Azwan bersiaran selama 10 tahun dan cukup terkenal dengan kata tanda "Amboi, Amboi, Amboi". Azwan juga berjaya mengumpulkan puluhan artis setiap tahun untuk meraikan Parti Cit Cat Azwan yang diadakan di pusat peranginan terkemuka seluruh negara. 

Program ini dianjurkan dari tahun 2000 hingga 2007 di mana ramai artis terlibat juga diberikan penghargaan dalam malam anugerah khas.


Biodata Azwan Ali Pengacara Lagu Cinta Kita 2

Pemilik nama penuh Mohamed Azwan bin Haji Ali di lahirkan di Gombak Kuala Lumpur pada 13 Febuari 1966. Kini Azwan berumur 54 tahun. Bapanya bernama Ali Omar dan Ibunya Hajah Che Tom Yahaya. Azwan mempunyai 6 orang adik beradik yang terdiri daripada Azmin Ali (abang), Arpah Ali (adik), Azman Ali (abang), Umi Hafilda Ali (adik), Intan Dawini Ali (kakak) dan Norliah Ali (kakak). 

Azwan memulakan kariernya pada tahun 1988 dan sejak itu dia telah menceburi bidang lakonan sebagai pelakon dan juga pengacaraan sebagai pengacara TV. 


Kita harap dengan kembalinya Azwan Ali dalam kancah pengacaraan mampu mengurangkan persepsi buruk terhadapnya.

Selamat kembali Azwan Ali!

أحدث أقدم