Dah Rancang Tiada Penyingkiran - Gegar Vaganza 7

 Dah Rancang Tiada Penyingkiran - Gegar Vaganza 7. Ramai peminat-peminat gegar vaganza mempersoalkan kenapa tidak ada penyingkiran untuk minggu ini. Selain itu, ketiadaan Yantzen menjadi tanda tanya kepada penonton. 

Semalam, selepas konsert selesai. Tiada penyingkiran yang berlaku walaupun Yantzen tidak membuat persembahan. Peserta yang berada di kedudukan terakhir adalah Indigo yang terselamat dari penyingkiran.


Dah Rancang Tiada Penyingkiran - Gegar Vaganza 7


Sepatutnya setiap minggu akan ada penyingkiran. Tapi minggu ini lain macam pulak yer.

Dah Rancang Tiada Penyingkiran 

Jom ikuti jawpan yang dikeluarkan oleh pihak astro mengenai perkara ini.

Ditanya mengenai tiada bintang yang disingkirkan pada minggu ini, Emarina berkata dari awal lagi produksi sudah merancang tiada penyingkiran akan berlaku.

“Sebenarnya kalau ikut perancangan kita memang tiada penyingkiran pada minggu ini. Selalunya pada minggu tugasan 360, memang kita tak buat penyingkiran. Secara kebetulan, Yantzen pula tidak sihat. Tidak ada sebarang isu di sini,” katanya kepada Gempak.

Yantzen yang sepatutnya mempersembahkan lagu Malam Ini Kita Punya nyanyian Bunkface tidak dapat meneruskan cabaran kerana faktor kesihatan.



أحدث أقدم