Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda (TV3)

Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda (TV3). Mulai 3 Oktober 2019, Drama baru ini mula ditayangkan di TV3 bagi menggantikan drama rumah siti khadijah. Ada orang tanya, drama sara sajeeda ni drama melayu ke ? hahaha jawapannya adalah Ya! tetapi ada campuran pelakon dari luar negara dan dari Malaysia.

Tajuk drama pun dah nampak macam dari luar negara kan. hehe Pelakon utama dalam drama ini adalah Tiz Zaqyah dan juga Fahrin Ahmad. Manakala pelakon luar negara drama sara sajeeda pula adalah Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch


Drama Sara Sajeeda (TV3)


Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda (TV3)


EPISOD : 30 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 3 Oktober 2019
WAKTU TAYANGAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SALURAN TAYANGAN : TV3
PELAKON : Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Shasha Abedul, Sofia Ibrahim, Ali Reza, Hanna Halim

Sinopsis


SARA 30, seorang pensyarah yang mempunyai prinsip hidup tersendiri dipaksa oleh bapanya, ISMADI, 50 untuk mengahwini MEGAT, 30, seorang peguam yang terkenal Malaysia. Empat tahun melayari alam percintaan, Sara merasakan sikap Megat amat membayangi bapanya.

Sara mengambil keputusan untuk mencari calon suaminya sendiri dan berlaku salah faham dengan Ismadi. Namun, cara Sara itu mendapat perhatian daripada ibunya NORIZAN, 50 dan adiknya, KHALIF, 20.

Sara bertemu dengan seorang jejaka Pakistan bernama Fawaad yang bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Sejak pertemuan pertama, dia mula menyukai jejaka tersebut.

Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda (TV3)

Fawaad pula menyukai Sara namun dia sebenarnya telah berkahwin dengan Sajeeda yang tinggal di kampung halamanya di pakistan.

Adakah Sara dapat menghidu rahsia yang disembunyikan oleh Fawaad. Apa pula yang terjadi pada Sajeeda di pakistan sana?

Kalau nak tahu lebih, kenalah follow cerita ni sampai habis. hehe



أحدث أقدم