3 Tips Sebelum Beli Baju Raya 2019

3 Tips Sebelum Beli Baju Raya 2019. Hai Semua ! Memandangkan tak lama lagi dah nak raya, mesti ramai yang sudah atau nak beli baju raya kan. Jadi aku nak kongsikan tips beli baju raya untuk korang.

" Musim nak raya, Kita nak kena beli baju melayu saja ke ? atau nak kena beli baju-baju lain juga ? "

Mesti ramai yang masih dalam dilema nak buat pilihan yang manakan. Jangan risau, aku bantu korang ya.

3 Tips Sebelum Beli Baju Raya 2019


Aku sempat buat video pasal benda ni, kalau korang rajin pergi lah tengok dekat youtube channel aku ya.

3 Tips Sebelum Beli Baju Raya 2019


Dalam kita dok serabut fikir baju raya sama ada baju raya sendiri atau keluarga atau anak-anak ke, kita kena letak satu KPI atau kriteria sebelum kita membeli.

Kalau tidak, kita yang akan rugi.

Kriteria yang pertama

Pastikan baju raya yang dibeli itu mempunyai ciri-ciri patuh syariah. Pastikan ia tidak terlalu ketak dengan badan kita dan tidak terlalu jarang.

Pendek kata pastikan baju tersebut mampu menutup aurat kita.

Kalau tidak, bertambah-tambah dosa kita bila pakai baju tu.

Kriteria Kedua

Harga yang berpatutan. Zaman sekarang ni, orang tak boleh pandang sebelah mata mengenai harga. Ekonomi negara juga semakin teruk dari masa ke semasa dan memang memberi kesan kepada kita.

Jadi, " ukur baju di badan sendiri "

Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Jangan lepas raya nanti kita pula yang kena ikat perut pula kan.

Kriteria yang Ketiga

Pastikan baju yang kita beli itu mengikut cita rasa kita. Jangan pula kita hanya pakai sekali jer lepas tu tak pakai dah.

Pendek kata, kita kena bijak dalam memilih.

Akhir sekali semoga dalam hujung-hujung ramadhan ini, kita dapat mengelakkan pembaziran dan seterusnya menambah amal ibadah kita sempena bulan yang mulia ini.

Selamat berpuasa.

أحدث أقدم