Senarai Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia

Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia 

Drama ni baru sahaja mula ditayangkan di TV 3 dan dibintangi oleh pelakon seperti Ayda Jebat, Idris Khan dan Shukri Yahaya. Cerita ini menggantikan drama Dia menantu rahsia yang telah habis tayangan sebelum ini.

Jumlah Episod : 28 episod
Tarikh Tayangan : 8 Mac 2019
Waktu Tayangan : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran Tayangan : Slot Akasia TV3

Senarai Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia

Selain dari 3 pelakon di atas ada ramai lagi pelakon yang terlibat dalam drama asalkan dia bahagia ni. Antaranya adalah Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria dan Fadilah Mansor.

Sinopsis Drama Asalkan Dia Bahagia


Adira Imani merupakan seorang anak yang diambil dari jalanan. Oleh sebab itu dia menerima ketentuan jodohnya yang mahu dijodohkan dengan Haris Aryan. Dia merupakan kenalan abang Adira iaitu Ikmal.

Ikmal dalam senyap menyukai Adira. Dia terkejut apabila keluarga dia nak jodohkan Adira dengan Haris.

Adakah cinta Adira dan Haris akan kekal bahagia? atau akan diganggu oleh pihak ketiga? kalau nak tahu, jangan lupa saksikan drama ni tau.

أحدث أقدم