Drama Cik Sempurna TV3

Drama Cik Sempurna TV3


Sebuah drama yang diulang siarkan di saluran TV3, CIK SEMPURNA sempena bulan ramadhan yang mulia ini.


Bagi yang tak tahu, drama ini mula ditayangkan pada 16 Jun 2018 yang lalu dan dibintangi oleh barisan pelakon yang terlibat adalah Emma Maembong, Azrel Ismail, Zoey Rahman, Dayang Areeda, Aiman Graseka, Farisya Irwayu, Aishah Atan dan Nor Albaniah tau.


Ramai lak pelakon yang best-best dalam cerita ni kan. hehe Korang jangan confius dengan cerekarama sempurna ya. Memang lain jalan cerita dan pelakon dia tau. 


SINOPSIS



Sinopsis drama cik sempurna ini adalah mengisahkan tentang adik dan kakak. si adik bernama Munirah manakala kakaknya bernama Noreen.


walaupun mereka adik beradik, tetapi perangai mereka sangat bertentangan. Si kakak seorang yang pembersih dan adiknya pula sangat pengotor.


Munirah ni terpaksa tadah telinga bila mendengar kakak di membebel. hehe.


Noreen ni seorang yang sangat detail orangnya. jadi bila dekat pejabat, ramai yang tak suka dengan perangainya.


yang bestnya, bila dia berkahwin.
pasangan dia amat berbeza dengan dia.


agak-agak apa yang jadi kalau pasangan kita berbeza perangai dengan kita.


hehehe
mesti bergaduh punyalah kan.


nak tahu tak kesudahan cerita ni?
kalau nak, korang kena tengoklah cerita cik sempurna ni nanti.


Jom like page kami >> Kata ubaid << untuk info menarik dan terkini untuk anda !


INFO BERKAITAN DRAMA NI.

Jumlah Episod : 21
Tarikh Mula Tayangan : 16 Jun 2018
Tarikh Ulangan Tayangan : Mac 2024
Waktu Tayangan : Sabtu-Ahad, 6.58 malam
Saluran Tayangan : TV3

Gambar Pelakon

pelakon Drama Cik Sempurna TV3

sinopsis Drama Cik Sempurna TV3


Penutup



Drama ini memang best dari segi jalan cerita dan juga chemistry di antara para pelakon dia. Memang akan membuatkan korang tak kering gusi melihat telatah cik sempurna dalam cerita ini.

Jangan lupa saksikan kesudahan drama ini di saluran TV3. 



أحدث أقدم