" Bukan Sekadar Mengundi Untuk Memilih Pemimpin Tetapi ... "

Assalamualaikum, menjelang ketibaan hari pengundiaan tidak lama lagi, pastinya sekarang ini ramai yang telah bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman untuk mengundi. aku pun tidak terlepas dari melakukan perkara yang sama dengan anda.

Ini merupakan kali pertama untuk aku mengundi dan sudah pasti, aku teruja gila nak pergi mengundi. Semalam, aku ada terbaca mengenai satu kenyataan  di keluarkan oleh seorang calon. Beliau mengatakan " mengundi hanya untuk memilih parti memerintah, bukan nak pilih agama " . lebih kurang lah ayat dia.. hehe

Jemput baca perkara yang perlu anda lakukan di tempat pengundian .


bukan sekadar memilih pemerintah tapi kita juga lakukannya kerana ibadah


persoalan sekarang ini, betul ke kita mengundi hanya untuk memilih pemerintah ?

" Bukan Sekadar Mengundi Untuk Memilih Pemimpin Tetapi ... "


Sebenarnya, pengundian melalui pilhan raya adalah salah satu proses demokrasi yang dipraktikkan dalam negara kita. ada banyak cara untuk memilih pemimpin dilaksanakan di dunia hari ini dan yang menjadi pilihan banyak negara adalah melalui pengundian.

Jadi, proses PRU ini memang sangat penting demi kesejahteraan negara untuk 5 tahun akan datang. Kita kena sedar, mengundi bukanlah perkara yang mudah. Kita perlu timbang tara diantara satu calon dengan calon lain yang bertanding dalam kawasan yang kita akan mengundi.

dari sini , kita akan mampu menilai yang mana yang baik dan buruk.

Kalau kita salah pilih, maka kita akan menerima akibat seperti mana yang kita lalui selama 5 tahun lepas. pasti anda tak mahu pulang ke masa itu . penat , perit dan jerih yang berlaku dijadikan muhasabah untuk masa hadapan.

Sebab itulah, kita amat perlu untuk turun mengundi untuk membantu dalam memastikan negara kita dalam keadaan stabail dan harmoni .

Yang kedua, sebagai ummat Islam, kita tidak hanya mengundi untuk memilih pemerintah semata. sebaliknya kita mengundi untuk memastikan Islam terus diangkat di tempat yang tertinggi. orang islam kena sedar satu perkara. kita mempunyai hari akhirat untuk ditempuhi .

kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini nanti. Setiap amal kita akan disoal satu per satu di akhirat kelak. sudah pasti kita nak lepas dari neraka dan menuju ke syurga.

Sudah pasti, mengundi juga akan di soal di akhirat sana. jadi menjadi tanggungjawab kita untuk membuat pilihan yang terbaik supaya kita tidak disoal di akhirat kelak mengenai dosa yang kita buat di dunia ini.

Ulama telah meletakkan beberapa perkara untuk memilih pemimpin. antaranya adalah pilih pemimpin yang membawa islam, kalau tak ada pilih lah pemimpin yang mesra dan menghormati islam.

Jangan beri undi anda kepada musuh-musuh islam !!
nanti anda nak jawab apa di akhirat sana .

Tak kisah , jika anda nak undi siapa pun.
yang pasti, undi anda itu akan di soal di akhirat.

undi kita tanggungjawab kita.


Kesimpulan .

Aku ingatkan kembali, mengundi bukanlah sekadar memilih pemerintah. ia lebih besar dari itu. Ummat Islam perlu fikir yang mereka akan menempuhi alam akhirat. jangan buat dosa di kertas undi anda.

aku menyangkal dakwaan yang mengatakan mengundi sekadar memilih pemerintah sahaja. sebaliknya ia lebih besar dari itu.

Previous Post Next Post