Cara Daftar Anak Untuk Tahun 1 2019 / 2020

Hai korang, hari ni aku nak kongsikan cara daftar anak tahun 1 2019/2020 . memandangkan isu ini dah viral aku cuma ulang balik jer, mungkin ada yang belum daftar anak tahun 1 untuk sesi 2019 dan 2020 nanti. untuk pengetahuan  korang, permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan dekat bawah ni .


Daftar Anak Untuk Tahun 1 2019/2020

Anak korang nak masuk darjah 1 kan tahun depan, dah daftar ke belum ? cepat tau. jangan sampai terlupa pula. nanti tak bersekolah pula anak korang nanti .

Cara Daftar Anak Untuk Tahun 1 2019/2020


aku kongsikan cara dia ya.

1. pergi ke pautan ini - https://public.moe.gov.my/

2. Anda hanya perlu daftar masuk ( log in ) ke dalam akaun yang ada telah buat.

ikut arahan yang telah di beri tahu ya.

itu jer..

** bagi pendaftaran baru, anda kena buat akaun baru dulu dengan menggunakan ID penjaga.

sebenarnya pendaftaran anak tahun 1 secara online ini adalah sebagai ganti kepada borang manual. kalau tak, korang kena isi borang macam dulu-dulu lah. hehe

lama tak isi borang kan.

tarikh tutup daftar anak korang adalah pada 30 April 2018. manakala tarikh buka untuk permohonan adalah pada 1 Mac 2018 .

jadi korang ada masa 2 bulan untuk isi.

aku cadangkan pilih waktu tengah-tengah. sebab apa ?
tujuannya adalah nak elakkan dari kesesakan trafik online tu.

nanti ada pula yang tak terhantar borang kan..
dah susah pulak nanti.

Tahun Kelahiran Anak 


👉Sesi 2019

   Lahir pada : 2.1.2012 hingga 1.1.2013

👉Sesi 2020

   Lahir pada2.1.2013 hingga 1.1.2014

pastikan anak korang mendaftar mengikut sesi yang telah ditetapkan tau...

Semakan untuk permohonan pendaftaran darjah 1 akan di umumkan ada bulan Julai 2018 / Ogos 2018 .

ibu bapa juga di minta untuk mencetak permohonan yang telah berjaya dan pergi hantar ke sekolah yang korang pohon dalam tempoh pendaftaran iaitu pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 .

ini untuk tujuan pengesahan.

selebihnya korang baca maklumat yang diberikan semasa proses pendaftaran online yang korang buat tu tau.

dia akan beri arahan dalam tu..

baca elok-elok dan hati-hati.

Silakan share dekat mana-mana yang korang nak.
tolong ingatkan ibu dan bapa yang ada anak nak masuk darjah satu tahun depan dan tahun seterusnya untuk buat pendaftaran segera..

semoga entri ini bermanfaat... insyaallah

أحدث أقدم