TULIS BLOG KENA ADA MINAT ! KALAU TAK MINAT , NANTI CEPAT PUTUS ASA !

Panduan tulis blog !


TULIS BLOG KENA ADA MINAT ! | Sejak dua tiga menjak ni , ramai dah blogger-blogger baru muncul di media sekarang ni . Bagus sebab makin ramai , makin meriah suasana dan ke " panasan " suasana blogger sekarang ni . hehe Sebelum ni aku dah tulis mengenai Senarai Blogger Lelaki dan Senarai Blogger Wanita .

Kedua entri ini dapat sambutan yang menggalakan. Aku boleh simpulkan yang ramai dalam senarai blogger yang aku kumpulkan tu  adalah blogger yang aktif dengan blog mereka .

ada pun yang tak ada dalam list tu sebab depa tak komen Link blog depa dekat statu aku tahun lepas la tu . haha jangan lah sentap lak kan .


TULIS BLOG KENA ADA MINAT !


Dalam keramaian blogger sekarang ni , aku mungkin nak kongsikan mengenai TULIS BLOG KENA ADA MINAT . sebab apa, aku tak nak ramai yang putus asa di kemudian hari nanti. Kalau tak minat tak boleh ke ? Boleh ja, tapi selama mana korang boleh bertahan buat sesuatu yang korang tak minat ? itu yang menjadi persoalannya.

Tak kan buat blog , lepas tu berhenti ? Macam aku pernah buat dulu . RUGI - RUGI WEH !

Blog ni sebenarnya aset untuk orang yang faham !

Aku asingkan sekarang ni antara buat blog sebab suka-suka dengan kerjaya sebagai blogger. Kalau korang buat blog secara suka-suka . isi masa lapang korang tu , aku yakin korang tak AKAN TERKESAN dengan entri aku ni.

Sebabnya , korang memang dah ada minat untuk menulis blog tetapi satu ja korang tak ada. iaitu Minat untuk Jana pendapatan dengan blog .

Yang jadi masalah sekarang ni , buat blog secara paksa sebab nak dapat duit dari blog . Mana minatnya ? Bukan tak boleh, boleh jer macam aku cakap dekat atas tu . berapa lama korang boleh bertahan ?

Kalau mula dengan terpaksa, pastikan anda sabar menantikan hasil dari blog. Sebab ia makan masa yang PANJANG untuk dapatkan hasil . Blogger-blogger terkenal pun makan masa nak build depa punya blog dan dapatkan pembaca masing-masing. kita yang baru mula ni dah penat letih, padahal baru buat sikit ja .

Sebab itu , aku cakap minat itu penting .

Macam Orang perempuan !

depa Suka makan, sebab depa minat nak makan. kalau tak minat pasti depa tak makan . betul tak ?

Jadi minat dan suka mesti kena ada .

Kisah aku !


Aku buat blog awai-awai dulu sebab suka-suka , tapi aku tak tau apa yang nak tulis . lepas tu suka-suka jadi terpaksa dan kemudiannya hilang minat sebab tak dapat apa-apa dari blog. Kemudian , aku terikut dengan blogger terkenal dapat jana pendapatan dari blog. aku pun konon-kononnya macam Ultraman dapat kuasa semula lepas lampu merah kelip-kelip .

Panduan tulis blog gaya ultraman terkini
FIRE !


Aku pun kembali jadi blogger , buat sikit , belajar sikit pasal blog. Baru aku faham kenapa blog susah nak dapat pembaca, sebab aku TAK FAMES macam si fattah amin. jadi orang tak baca. Aku pun frust, tinggai balik blog . MINAT hilang lagi . fuhh dua kali dah hilang .

Aku kembali untuk kali ketiga , dengan azam dan tekad yang kuat ! Aku nak jadi sasuke dalam naruto. hahaha tak da lah . aku niat, nak improve kehidupan aku sambil-sambil tu boleh lah kongsikan pengetahuan kita di blog.

Aku buang jauh-jauh perkataan nak suruh orang baca dari kamus oxford versi kataubaid aku . Aku pegang perkataan ni untuk aku kuat menulis sampai sekarang . Perkataan apa ?

" kerja aku hanya TULIS sahaja , Allah yang akan gerakkan hati orang untuk klik dan baca Blog aku " .

Lepas tu, baru hati aku tenang, dan mula ada rasa suka untuk menulis . Mula datang minat dan SAYANG KUASA 7 boboboy dengan blog aku ni .

Korang nampak tak, 3 kali aku putus asa dengan blog aku ni . aku tau blog aku tak fames macam blogger terkenal lain . tapi cukuplah awak terkenal di hati saya sudah lah.. cia cia cia .. hahaha cukuplah blog aku ni, aku tahu tahap mana dia boleh pergi , jauh mana dia boleh pergi dan kekuatannya hanya aku yang tahu .

Di sebabkan Sayang aku masih berada di sini . Di sebabkan minat, aku masih di sini .

Kesimpulan .


Rajin benar hangpa melangut baca entri aku ni . sampai ke kesimpulan hangpa stay naa. aku harap satu ja lepas membebel pada hari ahad yang sungguh indah, dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa yang di keluarkan oleh kipas angin dalam bilik ni , aku harap kita semua akan sentiasa ada semangat nak menulis blog . kalau tak semangat, takut jadi macam aku ja.

Sebab blog ni banyak manfaat setelah aku mula faham selok belok blog ni . cumanya aku tak mau cerita lah kali ni sebab korang dah masuk kesimpulan kan . haha gunakan blog sebaiknya untuk saham di dunia dan di akhirat .

aku mohon maaflah sebab membebel panjang. hahaha lama tak berletiaq kan . semoga blog korang berjaya menjadi seperti blog-blog yang berjaya di luar sana Insyaallah. Ingat pesan aku , TULIS BLOG KENA ADA MINAT !

Sekian .

Previous Post Next Post