PENGALAMAN KITA BERBEZA , APA YANG PATUT DI LAKUKAN ?

PENGALAMAN KITA BERBEZA , APA YANG PATUT DI LAKUKAN ? | Pelbagai persoalan yang di lontarkan kepada diri kita apabila kita berjumpa dengan seseorang yang melalui perkara yang hampir sama dengan kita tetapi pengalamannya amat berbeza dengan kita. kadang-kadang kan , kita rasa macam nak kata ja, "kenapa aku tak rasa macam ni pun " dan sebagainya . tapi betulkan tindakan kita itu ?

PENGALAMAN KITA BERBEZA , APA YANG PATUT DI LAKUKAN ?

Sebelum pergi jauh, kita kena sedar yang pengalaman kita tidak sama dengan orang lain walau pun kita buat benda yang sama. Sebagai contoh , korang makan durian dan bagi korang ia adalah buah yang paling sedap dalam dunia . tetapi ada orang yang makan durian dan dia mengatakan ia adalah buat paling tak sedap dalam dunia .

Perbezaan ini berlaku kerana masing-masing mempunyai sebab untuk meluahkan apa yang terbuku di hati . Apa yang di rasai, itulah yang di luahkan . Sebagai manusia, kita tidak sepatutnya tarik orang yang berbeza pendapat dengan kita untuk menyukai pendapat kita .

Sebaliknya, kita perlu menghormati pendapat orang lain yang melalui pengalaman yang berbeza dengan kita .

Melayu dan berdebat berpisah tiada !

Aku cerita mengenai Pengalaman kita berbeza ini sebabnya aku baca di media sosial yang mana ramai yang mempertikaikan sesuatu dengan alasan " aku buat okay ja, apsal kau buat tak boleh " . selepas itu berlaku lah pendebatan yang tak ada pengakhirannya .

Aku ni jenis malas nak bergaduh di media sosial, sebabnya ia betul-betul tak bagi manfaat pun dekat kita ni. seelok-eloknya kita hormat orang lain . dengan cara ini sahaja yang akan menyebabkan orang lain turut hormat pada kita .

Mungkin bagi kita , kita tak lalui apa yang orang lalui. betul tak ? ada yang kita lalui , tapi orang lain tak lalui. jadi bila sampai tahap ini, jangan nak tunjuk kita sahaja betul dan orang lain salah. buanglah ego tu jauh-jauh .

Sematkan dalam hati yang kita hidup bermasyarakat ini memang akan bertemu dengan perbezaan. jadi nak kekal harmoni macam mana ? kena belajar hormat orang . kes yang aku cerita dekat atas tadi , pasti akan berlaku kalau kita tak hormat orang lain. bila tak hormat, maka akan timbul perkataan-perkataan kesat yang akhirnya menyebabkan pergaduhan di media sosial. rugi lah macam ini kan.

Sebolehnya elakkan pergaduhan . tanamkan sifat kasih sayang antara kita. tak kalah aih, kalau kita berdiam diri . betul tak ? Aku harap entri PENGALAMAN KITA BERBEZA , APA YANG PATUT DI LAKUKAN ? bermanfaat untuk kita semua. hormat orang , orang akan hormat kita .

Sekian .

أحدث أقدم