KENAPA ORANG ARAB HARGAI HUJAN !

KENAPA ORANG ARAB HARGAI HUJAN ! |  Aku pernah cerita dengan pembaca blog aku satu ketika dahulu mengenai Hujan , Mesir dan Arab. mesti korang tak ingat dah. sebabnya entri tu pun tahun 2013 hari tu. masa aku dekat mesir dahulu. Jadi kali ini aku nak recall balik mengenai Kenapa orang arab hargai Hujan . 


KENAPA ORANG ARAB HARGAI HUJAN !


Kenapa Bila Hujan kita di suruh Berdoa ?


Ia berikutan saranan Baginda Rasulullah S.A.W dalam hadis berikut :

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dilaksanakan, dan [3] Sewaktu hujan turun.” 

(Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al Umm dan Al Baihaqi dalam Al Ma ‘rifah dari Makhul secara mursal. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat hadis no. 1026 pada Shohihul Jami’)

Apa kaitan hujan dan Arab ?


Hujan merupakan antara fenomena yang jarang berlaku di tanah arab berbanding di Malaysia. Kita di malaysia boleh di katakan selalu menerima nikmat hujan. Manakala di tanah arab amat jarang sekali berlaku. ia berlaku sebagai tanda perubahan musim terutamanya musim luruh ke musim sejuk dan musim sejuk ke musim seterusnya .

Mesir dan Hujan ?


Aku pernah menulis mengenai mesir dan hujan satu ketika dahulu. apa yang aku tulis adalah pengalaman yang aku lihat sendiri . Satu hari hujan turun di kawasan tempat tinggal aku di mesir. dan aku dengar sendiri riuh rendah di luar rumah. aku ingat ada orang arab gaduh ka apa, rupa-rupanya hujan.

Jelas terpancar di wajah mereka kegembiraan bila hujan. mulut merek sentiasa mengucap syukur dengan hujan yang turun. Aku masa tu rasa macam, allahhurabbi, mereka bersyukur dengan hujan sedangkan kita yang setiap minggu hujan boleh complain kenapa hujan .

ada yang marah nikmat hujan yang Allah bagi dekat kita dengan berkata " kenapa hujan ni, menyusahkan aku nak balik kerja " dan sebagainya. sepatutnya kita bersyukur dengan nikmat yang di berikan bukan kufur.

Pengalaman di tanah arab benar-benar memberi pengalaman yang begitu indah bagi aku dan aku tak kan lupakan perkara dan pengalaman yang berlaku. Semoga apa yang aku kongsikan kali ini memberi gambaran kepada korang mengenai arab dan mesir . Ia juga hanya sekadar perkongsian peribadi antara aku dan korang. Sekian.

Previous Post Next Post