VIRAL ! 10 IKLAN RAYA 2016 YANG MENGUSIK HATI !


10 IKLAN RAYA 2016 YANG MENGUSIK HATI ! | Dalam kesibukan kita meraikan Syawal . ehhh jaapp. korang dah kerja kann. mana ada raya dah . hahaha dalam kesibukan meraikan syawal di samping memenuhi jemputan open house di hari raya. Kita haruslah beringat mengenai insan-insan yang kekurangan sama ada dari sudut kewangan mahupun apa sahaja. semangat ramadhan yang meraikan semua golongan harus di bawa ke bulan-bulan lain,agar masyarakat kita lebih aman dan harmoni .

10 IKLAN RAYA 2016

Korang perasan tak, sebelum hari raya , akan ada iklan-iklan raya muncul di tv . macam dulu-dulu banyak juga iklan-iklan raya yang menusuk kalbu sehingga menitiskan air mata kepada penonton. Cumanya tahun ini, aku tertarik dengan satu iklan raya yang muncul di tv .Kalau korang nak tangok 10 iklan raya yang Viral baru-baru ini - Klik sini .

Dalam 10 iklan raya yang dinyatakan dalam link yang aku bagi tu, aku suka iklan raya no dua. #lepastu . seorang kanak-kanak meminta maaf kepada ayahnya. Dalam permohonan maaf itu, adik tersebut menyatakan semua kesalahan yang dia buat. aku tengok banyak juga kesalahan yang dia buat, haha dan akhirnya ayah dia maafkan juga.



Sebab apa aku suka iklan raya #lepastu ?

Sebabnya, ia mengimbau kenangan masa kanak-kanak  dulu. waktu kecik-kecik dulu kan kita suka mention semua salah kita dekat mak ayah kita bila hari raya. ada sampai buat list sebab banyak sangat dosa. hehe sebab itu iklan #lepastu lebih dekat di hati dan lebih memahami situasi kita terutamanya kita yang sudah dewasa.



Kalau dulu, kita suka mention kesalahan kita tetapi sekarang kita sekadar memohon maaf. sebab apa kita malu untuk menyatakan salah kita. mana mungkin kita tidak pernah buat salah dengan mak ayah dan keluarga kita . Betul tak ? . Selain itu, sambutan raya juga sudah berbeza dulu dan sekarang. Raya pun tak semeriah dulu . agak-agaknya tahun depan kena buat iklan yang bersifat menyatu padukan keluarga yang terpisah pulak. hehe

dalam 10 iklan raya yang viral ( klik sini )tu, korang suka yang mana ?

sekian.


Previous Post Next Post