RAKYAT MALAYSIA SUSAH MENERIMA TEGURAN !


Sebenarnya, ni kali kedua aku tulis entri, entri pertama yang aku tulis dengan semangatnya terpaksa aku tangguhkan. haha sebab tak banyak info yang aku mahu kongsikan. tajuk ini lebih sesuai untuk aku kongsikan.hahaha apa lah tajuk yang ubai nak ceritakan tu ? aku kongsikan teaser dia je ya. " OBSESS " . huhu

Berbalik kepad atajuk entri ini, " rakyat malaysia susah menerima teguran " . Berikutan beberapa isu yang berlegar, aku tengok rakyat malaysia boleh di masukkan dalam kategori " susah untuk di tegur ". Walaupun bukan semua tetapi ada dalam kalangan rakyat malaysia yang bersikap seperti itu. korang pernah jumpa orang macam tu ?

rakyat malaysia susah di tegur

Dalam banyak-banyak isu yang berlaku, akan ada golongan yang mempertahankan hak mereka dan ada pula yang kuat menghentam sehingga orang yang di hentam hilang dari dunia maya. Kalau pertahan perkara yang betul. aku tak kisah, tetapi pertahan perkara yang tidak sepatutnya. Dan kalau nak hentam pun gunalah cara yang hikmah .

Apabila mereka di tegur, mereka cepat melenting. " kami pertahankan hak kami , tak boleh ka ? " . apa erti hak kalau terpalit dengan perkara yang tidak betul. tetapi masih berdegil  dengan hak mereka. Ada pula yang rajin menggunakan kata-kata kesat dalam ucapan dan tulisan . sekali sekala boleh di maafkan, tetapi kalau dah selalu, tiada maaf bagimu.

Bila di tegur, yang di jawabnya " suka hati aku lah , jangan ambil apa yang aku tulis, ambil je isi dia " . Dalam islam ada adab dan akhlak . ia di ajarkan kepada penganutnya agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan konsep harmoni dalam kehidupan.

Apa yang aku tulis di atas bukan lah sesuatu yang baru , dah lama dah ia berlaku. cumanya mungkin kita tak ambil cakna mengenainya, ya ! aku tak kesah pun korang nak teruskan hidup dengan perkara-perkara yang aku cakap tu.apa yang aku nak higlight ini adalah teguran yang di terima. Bila orang tegur kita, cuba check balik apa yang dah kita buat. adakah salah atau betul ?

rakyat malaysia susah di tegur

Jika betul, abaikan teguran tersebut.Sebenarnya, bukan 2 golongan yang ceritkan dekat atas sahaja yang terlibat, sebaliknya sesiapa sahaja termasuk aku tak boleh lari dari menerima teguran . Bila orang tegur,bermakna dia sayang kita. terima lah teguran tu.

Elakkan dari melenting bila di tegur. aku banyak baca komen-komen di facebook. rakyat malaysia suka isu yang negatif dari isu-isu positif. contoh, isu pasal nak menghentam orang , nak kritik orang. itu yang orang malaysia ambil port dulu. Perkara baik tak mau pula ambil port. contoh perkara baik, viralkan apa yang di lakukan oleh pihak urus zakat contohnya dari sebarkan perkara yang belum sahih mengenai zakat.

aku harap korang faham apa yang aku sampaikan* okay tak typo dah kan. hahaha ambil pengajaran dari entri ini. cuba fikir positif dahulu. barulah kita kan pandang semua orang ini baik. tidaklah asyik mencari kesalahan orang lain. ye tak ? ke aku salah . macam marah je tu ? hahaha

oklah, aku undur diri dulu. kalau korang nak share apa denga aku, boleh komen dekat bawah ini ya . aku membacanya, jangan risau. minta maaf atas salah silap.

sekian.





korang minat warna hitam ?  sebab apa warna hitam itu cantik >> klik sini


أحدث أقدم