Gegar Vaganza makin di minati kerana ?

GEGEARVAGANZA 2015 I Program Realiti yang menggabungkan artis dan penyanyi lama ini mula mendapat tempat dalam kalangan peminat. Gegarvaganza bukan asing lagi bagi peminat program realiti di negara kita. Rancangan yang di hos kan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah masuk ke minggu ke-5 pada minggu ini.

Sedikit kelainan pada musim ini apabila, lagu-lagu yang dipersembahkan dalam konsert menarik perhatian rakyat malaysia. terbaru lagu Memori Kekasih nyanyian asal- Nana dan Achik spin menjadi viral di media sosial. Cuma persembahan di konsert, Lan kristal menggantikan arwah achik spin, namun persembahan Lan kristal tidak mengecewakan dan aku sukaaa.. hehehe aku ulang bnyak kali dah hari ni. hehe


Aku nampak fenomena ini begitu di minati oleh peminat-peminat lingkungan usia 20 tahun ke atas.
Mungkin lagu-lagu yang di mainkan adalah lagu2 terkenal ketika zaman mereka membesar. bukan korang je, aku pun sama juga. bila terdengar balik lagu-lagu lama ni.dia ada feel lain terutamanya lagu-lagu jiwang dan cinta .

Aku yakin korang akan setuju bila aku cakap, dulu tak banyak lagu rap berbanding sekarang. Lirik lagu pun betul-betul menjiwai hati yang mendengar. ya aku akui, zaman bergerak , minat peminat juga sudah berubah. kaum muda mula mengambil tempat kaum lama * bukan kaum tua ya ^_^ jadi taste dia pun dah berbeza. jadi terpaksalah kita mendengar lagu-lagu  baru yang kadang2 ada yg best ada yg tak.


Aku rasa, kita lebih relevan tengok Gegar Vaganza berbanding Akademi Fantasia. Pendapat peribadi je ni. sebab aku pun dah tak layan AF dah.last aku betul2 layan ada laa zaman Mawi dulu. hahaha lama kaan. hehe. Mungkin tahun ni kita berubah angin ke gegar vaganza. Ingat ni, hiburan sementara ja. cari juga hiburanabadi dengan al-quran dan nasyid yg mengingatkan tuhan ya.

sekian.

**dengar cerita, lagu minggu ni best ^_^ #gegarvaganza
Previous Post Next Post