Tips : Perkara Wajib yang kena ada jika ingin Travel !


dulcolax_IMG_3959

Tips Travel I Sebelum ini aku dah pernah cerita pasal tips: Percutian Bajet  . Jadi kali ini aku nak kongskikan 3 perkara yang wajib bawa ketika Travel !. Kadang-kadang barang-barang ni kita asyik lupa je, sebab barang-barang ni bersaiz kecil dan lagi satu kita selalu ingat yang kita dah bawa. tapi ,tengok-tengok tak bawa rupanya.

Barang yang pertama :

1.  Peta .

Walaupun sekarang ni zaman canggih dengan waze dan google map .zaman semuanya di hujung jari je katakan. Tapi kita kena sedia dengan segala kemungkinan yang ada . Takot  tiba-tiba gadget kita tak berfungsi. internet tak ada dan sebagainya. maka, bawa la peta yang hard copy tu sebagai rujukan korang. ingat ! bawa peta lokasi travel anda ye. jangan bawa peta tempat-tempat lain. kang tersesat lak. hehe



2. Adapter .

Dalam bahasa mudah adalah plug yang ada banyak soket tu. Disebabkan handphone kita ni cepat habis bateri,termasuk juga la laptop dan juga camera, aku masukkan Adapter sebagai top list aku kalau p travel mana-mana. sebabnya, adapter ni berfungsi bila keperluan terlalu mendesak. contohnya bila habis bateri. kita di luar dari tempat penginapan kita. jadi kalau kita dah siap sedia dgn adapter ni. ia akan memudahkan kita.


3. Duit Emergency .

Haa, duit ini perlu di sediakan dan Tidak di campur dengan kos travel kita. contoh, kos travel kita  RM 2000 .duit emergency ni bukan dalam 2 ribu tu, dia akan menjadi RM2200 ndai duit emergency tu 2 ratus. fahamkan. ingat duit emergency ni bukan tujuan dia untuk di habis kan. ia digunakan bila perlu sahaja .

Banyak lagi aku nak kongsi dengan korang mengenai Barang-barang yang perlu di bawa ketika travel ni. cuma aku rasa cukup kot sekadar 3 ni sahaja, selebihnya korang tambah kan ilmu korang dekat Link ini. Ingat pesanan aku kat atas tu ya. hehehe .

Rasa macam nak travel je . huhu.

sekian .
Previous Post Next Post