Bowling di Premium Lanes, Penang !


Hai,

BOWLING | Hampir setahun tak sentuh bola bowling.hari ni dapat gak sentuh bola bowling tu, haha.
Hari ini ,lepas melawat sekolah, aku dengan kawan aku pun p layan KFC dulu dan kemudian baru pergi ke Premium Lanes yang terletak di BAYAN BARU , PULAU PINANG .

Kebetulan hari ini ada offer RM 13.50 untuk 3 game . Tak termasuk kasut khas yang di sediakan. Untuk Kasut harga dia Rm 2 .Mula-mula macam tak mau ambil 3 game, sebab sebelum ni pernah main 2 game pun dah tak larat. tambah-tambah main 2 orang je . Tapi tgk balik harga TANPA PROMOSI . satu game harga dia RM5.50 kalau 3 game maksudnya lebih mahal berbanding harga promosi.

Jadi, kami pun buat keputusan untuk ambil yang promosi.boleh jimat dan main banyak. Masa main first game boleh di katakan rileks-rilek je. Game kedua pun rileks lagi dan bila sampai game ke tiga, lagi la rileks. hahaha sebab tangan dah mula start sakit dah. Aku rasa aku silap baling kot. sebab tu cepat sangat sakit. hehe

tapi main bowling ni sebanarnya dari sekolah lagi. lepas habis exam, mesti lepak dengan kawan-kawan kat tempat bowling ni. sebab selesa sikit berbanding tempat lain. yang penting  sebab ada SURAU . itu je. hehehe

kalau korang nak main, boleh la mai main dekat sini. Tempat dia di tingkat 5 bangunan Sunshine ,Bayan Baru. selamat mencuba ^^

Bowling Penang.


أحدث أقدم