Kisah Seorang Pak Cik Di Malam Satu Rejab !


Assalamualaikum ! . salam 1 rejab !

hari ini aku nak cita sket peristiwa yg berlaku semalam . di malam satu rejab, Allah Hantar seorang pak cik untuk mengetuk pintu hati ini.

Latar Tempat : kawasan kuliah adab .

dua orang sahabat tgh berbual tiba-tiba di datangi oleh seorang pak cik arab . sambil memulakan taaruf antara mereka . Pak cik Arab itu bernama Umar . Pakcik ni dah pencen dari cikgu bahasa inggeris di sebuah sekolah berdekatan .

PERISTIWA DI BULAN REJAB

Kelihatan Pak cik Umar begitu peramah dengan dua orang sahabat ituu. lantas salah seorang bertanyakan kpada pak cik tu mengenai pekerjaan dia sekarang dan sebagainya. setelah itu, dia mengeluarkan sekeping kertas putih bertulisan arab .

" Bacalah .. " pinta pak cik umar . salah seorang membacanya dgn kuat agar didengari pakcik umar. dia kelihatan gembira bila mereka boleh membacanya . rupanya yang terpahat pada kertas A4 putih itu adalah doa bulan rejab .

" Ya Allah, berkatilah aku dengan bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah aku ke bulan ramadhan " terjemahan doa tersebut " kamu balik, kamu tampal di pintu rumah. bila orang baca kamu dapat pahala " ujar pak cik .

 2 sahabat pun mengangguk tanda setuju. kemudian pak cik umar pun beredar . tinggallah dua sahabat berdiri di tepi jalan sambil melihat pakcik umar beredar .

kesimpulannya : bila kita yakin sesuatu benda itu bermanfaat untuk kita. pasti kita akan buat, walaupun susah atau senang . begitu jugak dgn pak cik umar,kerana dia yakin dia akan dpt pahala..sanggup dia jalan di malam hari di usia 65 tahun untuk memberi kertas yg berisi doa itu kepada orang ramai .

sekian .

p/s : beberapa hari lagi menuju ramadhan :)


أحدث أقدم