Pintu di ketuk !

Perjalanan ku bermula hari ini, bila mata terbuka untuk mejalani kehidupan yang berbaki .

" penyakit haikal telah sampai ke tahap yang bahaya , dalam kiraan saya dia mungkin ada dalam 3 bulan je lagi " kata dr. ubai kepada keluarga haikal .

haikal yang ketika itu curi-curi dengar perbualan antara Dr. yang merawatnya dengan keluarga .

doktor tersebut bukan tidak mahu memberitahu haikal, cumanya ia adalah salah satu dari method atau cara yg di pelajari ketika di tahun 2 di universiti ketika dahulu yang mana ia di letakkan di bawah "Breaking Bad News ".

salah satu caranya dengan memberi kefahaman kepada pesakit dahulu sebelum memberi tahu perkara yg sbenar .

Haikal akur .

Dia segara ke bilik air untuk berwuduk untuk solat subuh .

dia merasakan yang dirinya begitu dekat dengan tuhan apabila dia solat. segala masalah yg di hadapinya ,di ceritakan kepada Allah dalam solatnya .

" kal,dah solat ke ? " tegur mak haikal yang bernama zainab .

" sudah mak " kata haikal sambil tersenyum .

fikirannya kembali melayang, beberapa bulan lagi, wajah mereka kedua ibu dan bapanya akan hilang dari pandangannya atau dia yang hilang dari pandangan mereka .

" oh , ALLAH " 

" beratnya dugaan ini " bisik hati haikal .

أحدث أقدم