[ Cerpen ] : Mee Kuah buat Cikgu !

" Faiz !! masuk kelas cepat !! waktu rehat dah habis ni !! " jerit cikgu fauziah kepada seorang anak murib beliau yang masih mengatur langkah ke bilik kelas selepas waktu rehat tamat .

aku sekadar memerhati gelagat pelajar dengan guru mereka .

betul, celoteh anak2 murid itu kadang2 membuatkan cikgu2 tersenyum sendiri.

" memang la budak2 ni nakai, sbb tu nama dia budak2 , kalau kita yang tua ni pun dok nakai2 gak, tak kan nak panggil budak2 gak..gelaran org tua tu tetap dpt. sebab kena dgn usia. org tua lebih sinonim dgn kematangan, tak buat kerja sia- sia. itulah dewasa yang di bezakan dgn budak2 " peringtan guru besar kepada cikgu-cikgu dan staf sekolah .

sepanjang aku mengambil tender utk menyediakan makanan kepada budak2 sekolah rendah, aku tak terlepas dari melihat perubahan yang berlaku pada anak bangsa aku .

masa darjah satu, mereka menggalas beg dan datang bersama bonda dan ayahanda masing2 ke sekolah .

ada yang beg lagi besar dari tuannya . bekas makanan yang colourful dan mcam2 lagi karenah mereka ini . ada yang menangis ketika hari pertama sekolah .

tapi di pertangahan dan penghujungnya mereka membina keyakinan diri dan kematangan dalam pergaulan dan pergerakan mereka.

" pak ciiiiik !!! " sapa Sabrina, antara pelajar darjah 5 yang baik dan menghormati orang tua .

" oiii " terkejut aku bila di sergah mcam tu .

sabrina menahan gelak,tapi tak tertahan.. melihat dia gelak sambil cuba utk menutup mulutnya agar tidak kelihatan gigi hadapannya yang tiada itu .

aku tersenyum sambil teringt akan apa yang aku fikirkan sebentar tadi .

" ye, sabrina . ada apa ni ? bukan waktu rehat sudah habis ke ? "

" memanglaa pak cik, tapi sabrina nak minta tolong pak cik ni boleh ke ? " kata sabrina .

" apa dia ? " aku mengerut dahi tanda kurang jelas mengenai apa yg cuba dia smpaikan tu .

" macam ini pak cik , esok hari guru . jadinya, sabrina nak pak cik masakkan makanan mee kuah special tuk cikgu sabrina , boleh ke ? "

ALLAH, baiknya hati budak ini . aku terfikir untunglah seorang ibu dan ayah mempunyai anak sperti ini.

aku mngangguk tanda setuju sambil tersenyum .

keesokan hari nya ,

aku menyediakan mee kuah yang special sperti di minta .

aku menanti kedatangan sabrina , tapi hairan..tidak berkunjung tiba

hampir2 sahaja sekolah smpai ke penghujung waktu . masih tidak kelihatan .

aku risau dengan  sabrina ini..kalau dia lupa, tak mengapa . tapi kalau ada apa2 yang berlaku padanya.

hanya doa sahaja yang mampu ku dahulukan.

selang beberapa minit , ku lihat sabrina dari jauh . tersenyum lebar wajah budak ini .

" pak ciiikk !! sihat ke hari ini ??  "

" alhamdulillah , pak cik sihat naak "

" dah siap ke mee kuah special tu ? " tersenyum sabrina .

" dah siap dah sabrina,tunggu kamu je ni " celoteh aku pula .

sabrina mengajak aku utk duduk di meja yang tersedia mee kuah itu .

aku hairan

" kenapa ni nak ? " soal aku .

katanya

"selamat hari guru, pak cik !!" kata sabrina sambil tersenyum .

aku hairan

"kalau  pak cik nak tahu, pak cik juga merupakan cikgu saya di sini , masa mula2 saya darjah satu , pak cik ajar saya mcam mana nak jaga kebersihan tempat ini, pak cik ajar saya macam mana nak beratur dan bnyak lagi pak cik ajar saya dan kami semua " sambung sabrina .

aku yang tak semena2 terasa sebak lalu menitiskan air mata. di usia aku 45 tahun, masih terdapat insan2 kecil yang berhati mulia menghargai aku. walaupun aku hanya pekerja di kantin sekolah .

p/s : definisi guru itu sendiri luas , hargailah siapa sahaja yang pernah mengajar kita samada melalui pendidikan formal atau in formal . Selamat Hari Guru !!

Selamat Hari guru buat cikgu2 aku kesemuanya dari aku lahir hingga dah 21 tahun dah tahun ni.. seperti yang aku ckp la,klau nak di kira bilngan cikgu kita ni..mesti banyak gila..kadang2 tu org yang kita jumpa tepi jalan je..yang ajar kita secara informal itu pun merupakan cikgu kita.

terima kasih semua !! terima kasih cikgu
أحدث أقدم