Immortal Songs Malaysia 2020. Mulai 30 Ogos 2020, TV3 akan mula menayangkan program realiti terbaru yang dibawa dari Korea Selatan iaitu Immortal Songs. Program ini akan menggantikan program i can see your voice malaysia yang telah memasuki musim ke 3 mereka.

Dalam rancang terbaru ini, ada 4 orang hos iaitu Ain Edruce sebagai Hos pentas utama, manakala Fad Bocey dan juga Amy Mastura pula akan menjadi hos di belakang tabir. Manakala Azmi Farm Fresh juga akan turut sama-sama membantu menjadi hos.


Immortal Songs Malaysia 2020


Kalau anda perasan, Immortal songs Malaysia ini merupakan rancangan dari korea kedua yang dibawa masuk ke Malaysia. Pasti format dan juga suasana program sebenar sama dengan yang ditayangkan di Korea.

Tarikh Mula Tayangan : 30 Ogos 2020.
Masa : 9 malam, ahad.

Ini Format Immortal Songs Malaysia 2020

Ada ramai artis yang menyahut seruan untuk bertanding bagi menyanyikan lagu-lagu dari lagenda setiap minggu tau.

Bakal disiarkan tujuh episod, Immortal Songs membariskan enam orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda pada setiap minggu.

Immortal Songs Malaysia 2020

Kesemua enam penyanyi berkenaan dikehendaki untuk mempersembahkan sebuah lagu pilihan mereka (daripada lagu karyawan lagenda terbabit) dengan gubahan lagu berbeza.

Sehubungan itu, Immortal Songs akan dihoskan Ain Edruce di pentas utama, manakala Amy Mastura dan Fad Bocey menjadi pengacara belakang pentas.




Antara karyawan seni lagenda terbabit untuk program ini ialah Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M Nasir dan Fauzi Marzuki.

Manakala, barisan penyanyi yang menyertai pula ialah Naim Daniel, Hael Husaini, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Aman Aziz, Amir Masdi dan ramai lagi.

 Immortal Songs Malaysia 2020



Jangan lupa untuk saksikan immortal songs malaysia 2020 di tv3!

terima kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post