Recents in Beach

Biodata Ayda Jebat Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia - Umur, Drama dan Lagu Terbaru

Biodata Ayda jebat Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia - Umur, Drama dan Lagu Terbaru.

Gambar Ayda Jebat bertudung kelihatan manis dan cantik

BIODATA AYDA JEBAT 

  • Nama Penuh : Nur Suhada Jebat
  • Nama Artis : Ayda Jebat
  • Tarikh Lahir : 17 Mac 1992
  • Usia : 27 tahun (2019)
  • Asal : Melaka
  • Instagram : Ig Ayda Jebat 
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mula meningkat sejak membintangi drama Rindu awak 200 % dan kemudian dia membintangi drama-drama tempatan yang lain.

Selain berlakon, Ayda juga merupakan seorang penyanyi. Antara lagu nyanyian dia adalah Pencuri Hati, Mata, Temberang dan lain-lain.

Untuk tahun 2019, Ayda kembali menjadi pelakon dalam drama asalkan dia bahagia yang di tayangkan di tv 3. Dalam cerita ini, dia membawa watak Adira.

Ramai juga yang follow cerita asalkan dia bahagia ni kan. Ternyata gandingan Ayda dan juga Shukri Yahaya betul-betul menjadi dan di sukai oleh para penonton.


Ayda Jebat berpakaian pengantin untuk drama

Drama Lakonan Ayda Jebat

Antara drama yang aku suka lakonan Ayda ni adalah drama Aku Nazmi. Dalam cerita ni, dia membawa watak sebagai gadis bisu yang suka pada seorang lelaki cacat. 

Memang sedih cerita ni tau. ramai yang puji lakonan pelakon dalam cerita ni termasuklah lakonan Ayda Jebat.

Untuk pengetahuan anda, Ayda lebih mesra dipanggil dengan panggilan adik atau kenit dalam kalang peminatnya. Sebab itulah, kalau korang perasan yang dia ada ramai peminat-peminat terutamanya dalam media sosial.

Gambar Ayda Jebat

Ayda jebat memandang kamera untuk gambar ini


Biodata Ayda Jebat Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia

Sepanjang karier dia sampai ke hari ini, Banyak anugerah yang telah dimenangi oleh Ayda. Antaranya adalah Anugerah Lagu Terbaik ( Mata ) untuk Anugerah Planet Muzik ke 17 (2018), Anugerah pasangan Pilihan dalam DFKL 2018 dan banyak lagi lah.

Ada satu tahun tu, aku tak ingat bila tapi tahun tu merupakan tahun paling banyak dia dapat anugerah. Memang semua dia tapau. hehe Nak buat macam mana kan, orangnya berbakat. Jadi itulah penghargaan buatnya dari peminat-peminatnya
.
Akhir sekali, semoga Ayda Jebat terus kekal relevan dalam dunia seni tanah air sampai bila-bila. Sekarang ni banyak pelakon-pelakon baru kan, takut lama-lama nanti orang lupa. Semoga berjaya buat Ayda Jebat.
Sekian.

Post a Comment

1 Comments

  1. sebelum berlakon, dia dah masuk AF.. ayda ni sempoi orangnya.. peramah...

    ReplyDelete