Sarah Suhairi Juara, Ini Keputusan Penuh Final Big Stage Astro 2018

Hai korang ! Setelah 8 Minggu beraksi di atas pentas big stage, akhirnya juara buat julung-julung kali untuk program ini telah di umumkan.. Sarah Suhairi diumumkan sebagai Juara Big Stage Astro 2018. Kalau anda nak tehu keputusan penuh final semalam, anda kena baca sampai habis tau.

Sarah, penyanyi yang baru berusia 18 tahun ini berjaya mengalahkan peserta lain untuk memastikan gelaran juara menjadi miliknya.

Sejujurnya, nama sarah ni ramai yang tak berapa kenal. tapi sejak dia menyanyi lagu blackpink sebelum ni, nama dia terus naik mendadak. Orang mula kenal dengan susuk tubuh kecil si sarah ni.

Sarah Suhairi Juara, Ini Keputusan Penuh Final Big Stage Astro 2018


Alhamdulillah, Akhirnya dia berjaya menjuarai pertandingan big stage musim pertama ni. Senarai pemenang lain antaranya adalah Syafiq Farhain menghuni tempat kedua, manakala Afieq Shazwan berada di tempat ketiga.

Wanie Kayrie pula berada di tempat ke empat dan akhir sekali di tempat ke lima adalah Baby Shima.

Selepas big stage ni, Gegar Vaganza pula yang akan mengambil alih waktu siaran. korang nak tahu siapa peserta gegar vaganza 2018 ? boleh baca di sini : peserta gegar vaganza Musim ke 5.

berikut merupakan keputusan keseluruhan persembahan mereka.

Juara : Sarah Suhairi
Secara keseluruhan, Sarah telah mendapat 66.05% dimana 59.24% diberi oleh para juri dan 6.81% dari undian di aplikasi TikTok.

Naib Juara : Syafiq Farhain
Markah keseluruhan yang diterima Syafiq adalah 64.37%, 57.27% diperoleh dari pihak juri dan 7.10% dari undian di aplikasi TikTok.

Ketiga : Afieq Shazwan
Afieq telah menerima markah keseluruhan sebanyak 62.17% hasil gabungan pemarkahan pihak juri sebanyak 56.31% dan 5.86% dari undian di aplikasi TikTok.

Keempat : Wani Kayrie
Secara keseluruhan, Wani telah mendapat markah sebanyak 62.15%, 57.44% diperoleh dari pemarkahan pihak juri dan 4.71% dari undian di aplikasi TikTok.

Kelima : Baby Shima
Baby Shima telah menerima markah keseluruhan sebanyak 58.56% dimana 53.03% diperoleh dari pihak juri dan 5.53% hasil undian di aplikasi TikTok.

kesemua pemenang membawa pulang Cek dan juga trofi pertandingan.

Juara - 100,000
N. Juara - 50,000
Tempat ketiga - 25,000
Temat keempat -10,000
Tempatkelima- 5,000

Bagi yang terlepas Final Big Stage semalam, anda boleh tengok balik melalui pautan ini ; FINAL Big Stage 2018 .

Tahniah kami ucapkan buat juara dan juga finalis Big Stage 2018 ! anda telah berikan yang terbaik sepanjang minggu persembahan. kali ini anda telah berjaya buktikan kehebatan anda. Tahniah sekali lagi buat anda !

Previous Post Next Post