Trafik Blog Kataubaid Bulan Jun 2018

Assalamualaikum, apa khabar korang ? sihat ke tu. hehe hari ni aku nak kongsikan trafik blog aku untuk bulan jun tahun 2018. sebelum ni aku dah kongsikan trafik bulan Mac, April dan Mei. jadi untuk bulan jun aku teruskan juga perkongsian berkaitan trafik blog aku.

Alhamdulillah , masuk bulan ke 6 , trafik blog kataubaid sentiasa meningkat berdasarkan rekod yang dicatatkan dalam google analytic. kalau korang sembang dengan otai-otai blogger atau baca mengenai trafik blog, ramai di antara mereka yang akan beri nasihat supaya kita tengok rekod analytic yang ada dalam google analytic.

katanya lebih tepat berbanding medium-medium lain.

Ini rekod trafik analytic bagi bulan Jun milik blog kataubaid. 



Trafik Blog Kataubaid Bulan Jun 2018

Untuk pengetahuan korang lah, trafik bulan mei aku adalah sebanyak 51,620 . dan untuk bulan Jun baru ini dah mencecah 59, 973 . banyak kan? alhamdulillah.

tapi aku nak kongsikan satu benda.
nak dapatkan benda ni bukan mudah tau.

mungkin blog aku ni tak sama dengan blog-blog otai lain, tapi aku cuba untuk menambah baik kualiti isi blog aku.

sekarang ni, kalau nak mula, anda perlu tahu apa yang pembaca nak tahu. cari benda ini dulu dan kemudian mula tulis artikel berkaitan perkara tersebut. insyaallah akan ada peningkatan trafik nanti.

selebihnya, kena kongsi di media sosial yang anda ada. sebab orang ramai berkumpul di media sosial. segala maklumat juga di cari di sana. peluang untuk meningkatkan trafik juga tinggi. jadi korang cubalah ya.

Sekarang ini , perkara paling susah adalah nak maintain 59k  ni . hahaha aku penat wehh..tak apalah, kita cuba yang terbaik untuk bulan julai ini. doakan aku tau. semoga berjaya !



أحدث أقدم