Cerekarama Menantu Nista TV3

Hari Sabtu ini, ada tayangan cerekarama bertajuk  Menantu Nista. Aku sempat tengok iklan dia dekat tv tadi. memang menguji kesabaran sungguh. sakit hati kite nii sebab drama ni aku nampak macam akan bermain dengan emosi.

Cerekarama Menantu Nista TV3

PELAKON Cerekarama Menantu Nista

Kemaskini 2019. Pada 2 November 2019, drama ini diulang siar di slot cerekarama. Jadi mungkin ada yang pernah tengok akan rasa macam pernah tengok kan.

Kemaskini 2022, Cerekarama ini akan ditayangkan semula pada 6 ogos 2022 ini di saluran TV3. Juga masih mengambil slot yang sama.

Cerita yang sama dan pelakon yang sama. Yang dah tengok, apa komen anda? jom komen dibawah.

Senarai pelakon menantu yang nista adalah Normah Damanhuri, Sherie Merlis, Emma Maembong dan Syazuwan Hassan.

Powerkan pelakon-pelakon diorang.



SINOPSIS

Ini pula sinopsis cerekarama menantu nista yang mengisahkan tentang Nora. seorang ibu kepada sofea dan isteri kepada Fauzi. Nora ini ada masalah dengan ibu mertuanya dan dia memang tak kamcing dengan ibu mertuanya itu.

Sofea pula ingin berkahwin dengan Armin. Rombongan keluarga armin pun ingin masuk minang sofea, namun ia ditolak oleh Nora.

satu hari, Ibu mertuanya jatuh sakit . jadi fauzi membawanya pulang ke rumah, namun nora tak setuju.

lepas tu berlaku lah konflik nora dan mak mertuanya.

nak tahu apa yang berlaku seterusnya ??

Jom layan sedutan cerekarama menarik ini dekat bawah ini .




Geram kan..

hehe

Mungkin ada yang nak tengok full episod kan. Disebabkan tv3 dah update di youtube, jadi kami boleh kongsikan dengan anda.

Anda boleh tonton di bawah ni.




Amacam, best tak cerita ni?

Yang nak tengok, tolong sediakan tisu ya. takut nanti banjir satu rumah. hehe

Selamat menonton.
أحدث أقدم