Type something and hit enter

author photo
By On
Hai ~!! Memandangkan kita akan menjalani proses pilihan raya, aku nak kongsikan dengan anda mengenai pengundi pos. Siapakah yang layak untuk menjadi pengundi pos dan juga siapa yang dibenarkan untuk berbuat demikian untuk PRU nanti.

Aku rasa ramai yang dah buat semakan lokasi pengundian anda nanti, jadi sekarang ini fasa kita menanti calon-calon yang akan bertanding yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

tak sabar dah kan. hehe .

Siapa Pengundi Pos yang dibenarkan SPR ?


Terdapat 5 Kategori rakyat malaysia yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjadi pengundi pos.

1. Anggota dan Pegawai SPR
2. Pelajar Sepenuh Masa di Luar Negara
3. Petugas Pilihan Raya
4. Anggota Polis/Tentera
5. Pekerja Media dan Warga Negara di luar negara

Pengundi Pos Yang Dibenarkan SPR

ada bebertapa kategori yang ditambah dalam senarai pengundi pos seperti anggota jabatan bomba dan penyelamat .

→  Anggota dan Petugas kesihatan
→  Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
→  Anggota Jabatan Penjara Malaysia
→  Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
→  Anggota Jabatan imigresen Malaysia
→  Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
→  Anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara
→  Petugas Jabatan Pendaftaran Negara yang bertugas di UTC Sahaja

Banyak juga jawatan-jawatan yang ditambah dalam kategori pengun pos ini ya.

Bagi anda yang berada di luar negara yang ingin menjadi pengundi pos,mungkin anda belajar di luar negara ataupun bekerja di sana. Anda perlu pergi ke kedutaan Malaysia di negara berkenaan untuk mendaftar sebagai pengundi di sana. Jangan lupa tau, undi anda juga penting dalam menentukan kerajaan yang akan memerintah nanti .

aku harap anda faham apa yang diterangkan mengenai undi pos ini.
Pastikan anda layak mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan.

Selamat mengundi !

Jom komen dibawah

Comments
0 Comments

Click to comment