FACEBOOK LAZADA MALAYSIA DI SERANG OLEH NETIZEN

Sejak dua tiga hari ni ramai yang mengadu pasal lazada. sebab utamanya adalah barang yang di tempah masih belum dapat lagi. ada juga yang kata barang dah bayar tapi tracking number tak dapat dan sebagainya.

aku sempat juga buka page facebook lazada malaysia. aku jumpa notis yang di pinkan dekat wall page tersebut .

FACEBOOK LAZADA MALAYSIA DI SERANG OLEH NETIZEN

Rupanya diorang tengah upgrade website diorang. patutlah ada masalah bila orang masuk laman web tu . masalah ni aku yakin akan selesai tak lama lagi. tapi netizen mula menyerang dan minta balik wang yang telah di bayar kepada lazada.

ramai juga yang nak lari dari lazada di sebabkan isu ni.

tapi bagi aku lah kan.
rakyat malaysia ni jenis yang susah nak ubah sesuatu yang dah selesa dengan depa.

contohnya Astro,
orang kecam lah bagai nak rak. tapi masih ramai yang guna astro . betul tak ?

macam juga dengan lazada ni.
nanti bila sistem dah elok, ramai lah yang balik kepada lazada ni kan.

aku nak screen shot komen yang depa komen dekat page tu. tapi tak sampai hati lak. takut korang tiba-tiba kena sakit jantung lak. hahaha

biarlah korang tau yang fb lazada kena serang sudah lah ya.

kita doakan masalah ni selesai secepat mungkin. dan semua orang dapat duit mereka ataupun barang mereka balik. itu sahaja.

setakat ni lazada masih yang terbaik di malaysia.


Previous Post Next Post