Doa Untuk Anak yang Menghadapi Peperiksaan

Doa Untuk Anak yang Menghadapi Peperiksaan



Musim peperiksaan telah bermula, doa merupakan senjata paling kuat untuk menghadapi dugaan peperiksaan terutamanya kepada anak-anak kita yang akan menghadapinya.

Mak ayah nak doa apa untuk anak-anak yang ambil periksa ?

banyak doa yang boleh di baca termasuklah doa dalam bahasa melayu kerana ia lebih dekat dan lebih kita faham apa yang kita minta. apa kah Doa Untuk Anak yang Menghadapi Peperiksaan ? jom baca di bawah .

Doa Untuk Anak yang Menghadapi Peperiksaan


Tujuan utama doa adalah untuk memohon bantuan dari Allah supaya di permudahkan urusan anak-anak kita menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan cemerlang.

sebagai ibu dan ayah, ini juga merupakan bantuan yang amat penting kepada anak-anak ketika peperiksaan.

berkat doa mak dan ayah , membolehkan anak-anak berjaya menjawab soalan dengan baik. 

Perbanyakkan baca surah Al Insyirah untuk bagi terang hati.
Doa Untuk Anak yang Menghadapi Peperiksaan


Doa dalam bahasa Melayu 

Ya Allah, Permudahkanlah  Urusan Anak aku menghadapi peperiksaan ini. Lapangkan Hatinya menjawab soalan yang di tanya di dalam peperiksaan ini.

Ya Allah, Anak ini adalah anak yang soleh/ solehah. kau bantulah dia menjawab soalan dalam peperiksaan. andai dia terlupa apa yang dia belajar, kau ingatkanlah ya Allah.

--

Ibu dan Bapa juga di galakkan untuk solat hajat ketika anak-anak sedang mengambil peperiksaan. Ini akan memudahkan anak-anak menjawab soalan dalam peperiksaan nanti.

Selain dari doa, anak-anak juga kenalah juga belajar dengan bersungguh-sungguh. jangan harapkan doa tanpa usaha ya.

Mak dan ayah di rumah teruskan berdoa untuk anak yang menghadapi peperiksaan kerana anak-anak mungkin lupa untuk berdoa ketika peperiksaan. tetapi dengan doa mak ayah pasti akan membantu mereka.

yela kan, dok jawab soalan kadang-kadang kita terlupa nak berdoa. hehe aku pun macam tu juga dulu. doa sekali ja, lepas tu tak doa dah. ish ish ish. bila blank dalam exam, dah gelabah dah tak tau nak buat apa kan . ajarlah anak anda berdoa walau di mana mereka berada.


Doa Untuk Anak yang Menghadapi Peperiksaan
Doa Untuk Anak yang Menghadapi Peperiksaan


Aku harap Doa Untuk Anak yang Menghadapi Peperiksaan ini membantu anda untuk berdoa kepada anak-anak anda yang sedang menghadapi peperiksaan sama ada UPSR, PT3 , ataupun SPM ataupun di Universiti. ayuh sebarkan doa yang baik ini moga diberkati.

أحدث أقدم