Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

20 September 2017

Hari ketiga aku bercuti di cherating, kami singgah di pusat penerangan dan Santuari penyu Cherating. Di sebabkan hari kedua di sini, tempat ni tutup jadinya kami pun buat keputusan untuk cuba nasib ke sini. Apa yang ada dekat pusat penerangan penyu ni ? ada macam-macam tau tak. tapi satu jer kekurangan dia, tempat ni kecil jer.

aku tak mau cerita pasal tu dekat awal entri aku sebabnya benda tu hanya sebahagian kecil sahaja yang aku nampak kekurangan pusat penerangan penyu ni. yang lain superb meletop kebabom ! hehe


Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

Ramai yang tak tahu pasal pusat penerangan penyu ni dekat cherating. Aku pun mula-mula tak tahu juga, di sebabkan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari pernah review dan datang tempat ini jadi aku pun jadi tahu dan tertarik untuk sampai ke sini.

Di namakan Pusat penerangan penyu membuatkan kawasan ini di kenali berdasarkan namanya itu sendiri. Mengumpulkan fakta dan informasi berkaitan penyu dan di simpan dalam galeri yang tersedia di dalam kawasan ini.

ada galeri penyu jer ke ?

Kalau korang nak tengok penyu sebenar ada di sini. jadi korang dapat bayangkanlah dapat tengok penyu besar-besar tu dekat pusat penerangan dan santuari ni kira memang beruntunglah orang yang sampai ke tempat ini.

Jom aku kongsikan gambar di sekitar pusat ini .


Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Comel kan anak penyu ni. hehe macam aku, kecil jer saiz dia. hahaha

Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
masa mai sini, penyu ni paling aktif. tak tau sebab apa . hehe

Untuk masuk ke tempat ni kan, korang tak perlu bayar kerana ia adalah percuma dan kalau korang ada sumbangan ikhlas untuk pembangunan pusat penerangan penyu ini, korang masukkan sahaja dalam tabung yang di sediakan.

Bila masuk kawasan ini , aku paling suka tengok anak penyu tu. hehe dah lah ramai. eh ramai ke banyak ? haha lepas tu comel jer berenang dalam tu . hehe tapi pusat ini mengasingkan anak-anak penyu dengan penyu dewasa yang lain. Tak tahu pula sebab apa.

Bagi korang yang ada anak kecil, aku sarankan korang bawa anak-anak korang untuk datang ke sini dan berkenalan dengan penyu yang ada ni. bayangkan aku yang dah tua ni pun teruja tengok penyu comel, ini kan pula anak-anak korang.

berbaloi kalau datang ke sini. serius tak rugi. penantian kami sebelum ini berbaloi bila masuk dalam tempat ni.

Alamat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

KM 45, Jalan Kuantan - Kemaman, 26080 Kuantan, Malaysia
+60 9-581 9087



Belakang pusat ini ada pantai yang lawa. sebaris dengan pantai dekat hotel aku kalau tak silap. memang lawa pantai tu. aku pun lepak dekat pantai bila petang.

Tadi aku ada cakap pasal ruang tempat ini agak kecil, macam spoil pula untuk korang yang tak pernah sampai ke sini. hehe sebenarnya, ruang yang kecil tu sesuai dengan apa yang ada di sini. janganlah korang fikir pusat penerangan penyu ni macam besar kelas jer. bukan macam tu tau. ruang dia cukup sesuai untuk kita yang nak tahu pasal penyu di sini.

Mungkin pada masa depan, kerajaan boleh besarkan sikit lagi kawasan ini dan mampu menambah keunikan tempat ini.

dalam ruang kecil ini pun ada 3 biji kolam untuk penyu tau, 2 untuk penyu satu untuk kura-kura. haa besar juga kan. memang puas hari dapat lepak dan tengok penyu di pusat penerangan dan santuari penyu cherating ni. korang datanglah tau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .