Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik

Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik
Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik


Assalamualaikum, hari ni aku nak cerita pasal percutian aku dekat terengganu awal bulan ogos hari tu. Aku nak cerita dengan korang mengenai hotel yang aku duduk tu, TH Hotel Terengganu . Mesti korang tertanya sebab apa aku baru nak update pasal terengganu ni? hahaha sebabnya aku malas nak update haritu dengan exam bagai, sekarang ni baru rasa free sikit nak update.

Jadi, korang baca lah yer. hehe

aku kalau bercuti dengan keluarga aku, mesti akan pilih TH hotel yang ada dekat negeri yang kami nak melawat tu. satu sebabnya adalah islam dan halal. hehe bukan bermaksud hotel lain tak bagus, cumanya kami lebih selesa macam ni. jadi kami pun pilih yang mana senang lah kan. nanti aku cerita hotel lain yang aku duduk di pahang.

Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik
Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik

Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik


TH Hotel merupakan anak syarikat Tabung Haji yang menyediakan perkhidmatan perhotelan kepada orang ramai. Dah ada banyak TH Hotel seluruh malaysia ni antaranya di terengganu, pulau pinang, kelana jaya dan banyak lagi.

TH Hotel ni macam hotel-hotel lain, harga dia berpatutan*mengikut bilik yang korang tempah. Sesuai untuk yang berkeluarga termasuk yang nak bawa mak ayah yang dah tua. memang selesa. kalau ramai, korang boleh minta untuk bilik yang bersambung. maksudnya bilih hotel sebelah-sebelah dan ada pintu di tengah-tengah.


Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik
Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik

Yang kedua, TH Hotel Terengganu ada kolam renang yang besar ! Masa aku sampai tu memang rasa nak terjun ja kolam tu, memang besar. kalau ramai orang pun tak rasa sebab dia besar. dan ada kolam untuk kanak-kanak siap ada gelongsor sekali. memang menarik.

Tapi aku sedih.

Sebab masa aku pi hari tu, kolam dia macam kotor dan tak dibersihkan. keesokan hari , baru diorang bersihkan dan orang dah boleh guna. tapi bahagian kolam kanak-kanak masih tak buka masa tu. sekarang aku tak sure. tapi kalau dah buka memang seronok lah korang.

Yang KeTiga, Makan masa breakfast yang sedap. disebabkan TH hotel terengganu, jadi kita makan lah nasi dagang. ada ja makanan lain yang sedap macam buah-buahan , cornflakes dan sebagainya. Aku sempat jugalah tempah makan malam untuk makan dalam bilik. harga dia perghh standard hotel lah kan. tapi adik-adik aku cakap sedap. habis depa makan. hehe

Lokasi hotel TH Terengganu ni kan, dia dekat dengan Lapangan terbang Sultan Mahmud, dan Stadium sultan Mizan Zainal Abidin. Dari sini juga ambil masa dalam 15 ke 20 minit untuk ke Taman Tamadun Islam dan juga pasar payang.


Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik
Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik


Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik
Penginapan TH Hotel Kuala Terengganu Memang Terbaik


Ini alamat TH Hotel Terengganu ,

Jalan Lapangan Terbang,
Kampung Telaga Batin,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia

Number Telefon :
Laman Web : http://thhotels.com.my/the-hotels/terengganu/

Selain tu kan ada conferance hall untuk korang yang nak berseminar ke atau ada nak buat dinner boleh lah guna perkhidmatan di sini. korang cuma contact diorang jer tau.

Kesimpulan.

Aku dan family aku puas hati dengan perkhidmatan TH hotel terengganu termasuk dengan layanan yang mesra dari pekerja hotel dan yang penting diorang manis dengan senyuman. ada di mana-mana bila kita perlu kan mereka. Good job guys ! . kalau korang nak singgah terengganu, menginaplah di hotel tabung haji ni. mesti best !


Previous Post Next Post