Membeli Belah Di Pekan Rabu, Alor Star Kedah

Assalamualaikum, salam jumaat, baru-baru ni aku ada cerita di instagram aku mengenai Pekan Rabu yang terletak di Kedah. Kalau tanya orang utara, lokasi pekan rabu nilah menjadi tumpuan sejak berzaman-zaman lagi. Aku pun dah banyak kali sampai sini, cumanya aku pertama kali sampai ke lokasi baru pekan rabu yang mana tempat mereka berniaga sekarang selepas tempat lama dalam proses pengubahsuaian.

Bagi yang tak tahu lokasi baru PEKAN RABU , mereka sekarang berada di Ukir Mall yang berada tidak jauh dari kawasan asal tempat pekan rabu yang lama. jadi kalau korang nak pergi, pakai waze atau google map jer Ukir Mall.


Pekan Rabu, Alor Star Kedah
Pekan Rabu, Alor Star Kedah


Membeli Belah Di Pekan Rabu, Alor Star Kedah


Tempat Legend bagi orang lama di bahagian utara ini semestinya menjadi memori indah yang cukup bermakna. Pekan Rabu yang bangunan asalnya melalui proses pengubahsuaian di jangka akan siap tidak lama lagi. jadi sekarang ni depa berniaga dekat sini lah , ukir mall.

Tapi satu jer lah , tempat ni tak semeriah dulu. mungkin ramai tak tau kot yang pekan rabu dah pindah kan. jadi tempat ni agak kosong berbanding tempat lama.

Apa yang ada di Pekan Rabu Alor Setar ?


Macam-macam ada. hehe di ukir mall sekarang ini terdapat dua bahagian menjual satu di luar dan satu lagi di dalam Mall. di dalam mall lebih kepada alatan-alatan memasak yang legend seperti lesung, nak buat kuih dan sebagainya.

Di bahagian luar, banyak kedai jual kuih seperti loyang, asam jawa, kerepek , dodol, sos tempatan dan macam-macam lagi. jadi kalau korang datang pekan rabu di ukir mall ni jangan shopping di luar jer, masuk sekali tau.

Aku beli ikan pekasam dekat sini, mak aku pula beli asam jawa, belacan , kerepek dan lain-lain. kalau dah pernah sampai pekan rabu yang lama, kebanyakkan barang dekat sini adalah barang yang di jual oleh peniaga yang sama. jadi korang masih boleh dapatkan barang yang korang nak tak perlu tunggu bangunan baru siap.

ada juga tempat jual Kitab lama, barang pengantin, tempah baju dan lain-lain. kalau nak beli baju melayu, memang banyak dekat sini tau.

Gambar Pekan Rabu, Alor Setar .



Pekan Rabu, Alor Star Kedah
Pekan Rabu, Alor Star Kedah

Pekan Rabu, Alor Star Kedah
Pekan Rabu, Alor Star Kedah

Pekan Rabu, Alor Star Kedah
Pekan Rabu, Alor Star Kedah

Lokasi Terkini Pekan Rabu Alor Setar.


aku kongsikan alamat lokasi pekan rabu terkini untuk memudahkan korang jejakkan kaki di sini .

Alamat : Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu Niaga : 9AM–7PM
Peta :



Penutup,

Pekan Rabu ni ada kisah yang tersendiri untuk orang utara. menjadi tempat tumpuan rakyat jelata sejak dari tahun 90an lagi sebelum terbinanya pusat beli belah yang mewah dan besar. Orang dulu, nak beli belah selalu mai pekan rabu ni. aku pun teringat masa dulu, bawa arah tok aku mai beli baju dan makanan dekat sini.

sungguh nostalgia. tak sabar pula nak tunggu bangunan baru pekan rabu siap sepenuhnya.


Previous Post Next Post