7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu edisi 2024

Hai korang. musim cuti-cuti ni mesti ramai yang akan terjah ke tempat-tempat menarik yang ada di dalam Malaysia dan juga di luar negara.

Salah satu negeri yang menjadi no 1 untuk healing adalah Terengganu. tapi apa yang ada di sana dan bagaimana nak tahu mengenai tempat-tempat best di negeri darul iman ini?

jangan risau, dalam artikel ini, aku kongsikan 7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu untuk korang yang dah lama mengidam dan teringin bercuti di negeri yang unik ini.

Lama dah aku nak tulis pasal tempat menarik di Kuala Terengganu ni.tapi sebabkan aku malas, ini pun aku paksa untuk tulis. hehehe penat ja pi travel tapi malas nak tulis entri. aku kata dekat aku tau. ramai jer blogger rajin update entri, aku jer pemalas hehehe

kalau korang nak pergi ke terengganu lebih khusus di kawasan kuala terengganu, korang boleh singgah di lokasi yang aku nak kongsikan dengan korang ni. Ia lebih mudah untuk korang nak pergi travel lepas ni. bila kita dah tahu lokasi, senang kita nak plan dan dapat jimatkan masa yang ada.


7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu
7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu


Tempat-tempat Menarik di Kuala Terengganu



1. Taman Tamadun Islam.


Baru ni, aku sampai ke Taman tamadun Islam buat kali kedua dalam hidup aku. tak banyak perubahan pun dekat sini . cumanya kena tarik pelancong mai baru nampak kawasan ni ceria dan happy. baru meriah sikit.


Pasti korang juga nak tahu harga tiket masuk taman tamadun Islam kan. jom kami kongsikan harga tiket terkini bulan Februari 2024 untuk masuk ke TTI ini.

1. DEWASA - RM 20

2. KANAK-KANAK usia 7-12 tahun - RM 16

3. WARGA EMAS 60 tahun keatas- RM 16

4. OKU - 

RM 10  - umur 13 Tahun hingga 59 tahun
RM 8 0 Umur 7- 12 tahun

5. KANAK-KANAK 6 thun kebawah - FREE

Sekarang dah tahun 2024, korang boleh beli tiket secara online sahaja dan ada banyak tawaran menarik untuk anda terutamanya jika anda datang berdua dan berkeluarga.

layari sahaja laman web rasmi Taman Tamadun Islam di sini - https://www.tti.com.my/monument-park-admission/

2. Masjid Kristal


Tempat yang tak asing bagi orang terengganu yang mana menjadi simbul kehebatan orang terengganu. Masjid kristal ni antara tempat menarik yang korang kena singgah tau. rugi kalau datang ke terengganu tapi tak singgah sini.

7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu
7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu


Non-Muslim pun boleh datang tau. jangan segan-segan. 


Dah masuk 2024 adakah Masjid Kristal masih macam dulu? jawapannya tidak! sekarang ini ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat di sekitar masjid kristal kuala terengganu ini. 


Dahlah masuk percuma, lepas tu boleh layan keindahan sekeliling yang cantik dan memukau anda. Banyak juga aktiviti ilmu yang berlangsung di Masjid Kristal ini. 

3. Cruise Taman Tamadun Islam.


Menaiki cruise ni adalah pengalaman pertama aku dekat sini. Benda ni ada dalam kawasan Pulau wan man juga, di tengah-tengah antara Taman tamadun islam dan juga Masjid kristal. haa, betul tu , korang akan jimat masa untuk melawat kerana ada 3 tempat menarik dalam satu kawasan. Nantikan entri aku mengenai cruise ni ya.


7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu
7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu

Macam mana keadaan cruise taman tamadun islam tahun 2024? Keadaan semakin baik dan sudah semakin ramai yang tahu mengenai lokasi ini. tak lama lagi cruise tti ni boleh viral ni.

Macam mana nak naik cruise taman tamadun islam? caranya mudah sahaja, koang hanya perlu beli tiket dan duduk dalam bot yang disediakan. Permandangan cantik Terengganu bakal tersaji di hadapan anda dan ia tidak mengecewakan.

Ini harga tiket cruise taman tamadun islam kuala terengganu.

1. DEWASA - RM 25

2. KANAK-KANAK usia 7-12 tahun - RM 20

3. WARGA EMAS 60 tahun keatas- RM 20

4. OKU - 

RM 25  - umur 13 Tahun hingga 59 tahun
RM 12 -  Umur 7- 12 tahun

5. KANAK-KANAK 6 thun kebawah - RM 12.

Sekarang dah tahun 2024, korang boleh beli tiket secara online sahaja dan ada banyak tawaran menarik untuk anda terutamanya jika anda datang berdua dan berkeluarga.

layari sahaja laman web rasmi Taman Tamadun Islam di sini - https://www.tti.com.my/river-cruise-admission/

4. Waterfront Kuala Terengganu.


Tempat ni cantik pada waktu malam. sebab ada lampu yang cantik menghiasi malam korang di kawasan sini sambil melihat sungai terengganu*kalau tak silap. 


sayang sekali, aku tak sempat mai kawasan ni. sedih penat sangat pi pulau kapas, last-last terlepas tempat ni.


7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu edisi 2024



Jangan risau aku tetap update dan kemaskini untuk pembaca blog aku.


apa yang ada di waterfront kuala terengganu untuk tahun 2024? sebenarnya macam-macam ada dekat sini. kalau siang hari ada banyak gerai jualan dan ada juga tamat permainan kanak-kanak.


Sambil anak-anak korang bermain, ayah-ayah boleh layan aktiviti memancing dekat sini. Memang best. kalau lapar, katanya ada kedai chicken chop padu di watrfront kuala terengganu yang korang kena cuba. 


Jadi, kena sediakan satu malam untuk aktiviti di sekitar sini sebab salah satu nya adalah tempat yang luas dan menenangkan diri kita dari kesibukan kota dan kesesakan jalan.

5. Pasar Payang


Tempat shopping di pasar payang kuala terengganu dan juga tempat menarik di kawasan kuala terengganu ni. memang wajib singgah dekat sini sebabnya ada banyak barang-barang cendera hati yang di jual di sini. sebelum balik, korang nak beli hadiah bawa balik, boleh singgah dekat sini.


harga standard jer dan murah!


7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu edisi 2024




Untuk tahun 2024 ini, katanya pasar payang bakal berpindah ke kompleks baru yang lebih kondusif dan lebih banyak ciri-ciri moden dengan kemudahan-kemudahan baru kepada pengunjung. 


Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri pengalaman di pasar payang 2024 yang baru dibuka ini. Jom support produk lokal ya! aku pun dah sambar satu baju tulisan jawi 'TERENGGANU' dekat sini.

6. ICT Airport Sultan Mahmud


Mula-mula tak tau pun benda ni wujud, hehe tapi bila google baru jumpa. akhirnya sampai juga dekat kawasan ni. Yang bestnya, ICT ( ikan celup Tepung) dia memang sedap dan korang kena masukkan tempat ni sebagai tempat menarik yang korang nak lawat. 

lokasi dia bersebelahan dengan airport sultan mahmud. cumanya jangan Mai bila malam, tak silap aku pukul 7 dah tutup. so, kena mai awal .


Antara tempat makan ikan celup tepung(ICT) edisi 2024 di kawasan kuala terengganu adalah seperti Port ICT Celop Tepong dan juga Haji Pok Long ICT. Kedua-dua kedai ICT ini mendapat 4.5 bintang dan 4 bintang review di google tau. Rating tinggi pasti rasanya juga padu dan memuaskan. jangan lupa korang cubalah makan di sana.

7. Pantai Airport


Pertamanya aku menyesal pi cari pantai batu burok sebab ada pantai yang lebih lawa iaitu pantai airport. hahaha jauh weh pi pantai batu buruk last-last pantai sebelah hotel lagi lawa. aummm. kalau korang nak makan ICT yang aku kongsikan tu, korang akan jumpa pantai ni dulu.


7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu edisi 2024
gambar sumber google



Banyak aktiviti 2024 yang boleh dilakukan di sekitar pantai ini. Terutamanya selepas asar yang tempat ni makin meriah. Antaranya adalah menaiki Kuda. bermain layang-layang dengan angin tepi laut kuala terengganu yang santai ni pasti membuat korang rileks dan happy.


ada tak kedau jual makanan di sekitar pantai airport KT ni? Mestilah ada. Banyak gerai jualan seperti air kopi, keropok lekor, teh beng dan sebagainya yang korang boleh beli di samping membantu peniaga-peniaga di sekita kawasan ini. 



Penutup


Pendek kata, dekat kawasan kuala terengganu ni memang macam-macam ada. cumanya korang kena pandai pilih nak melawat mana dulu. ada tempat yang dekat-dekat jer ada yang jauh. 


kalau korang niat nak travel, tips travel daripada aku adalah elakkan hari jumaat dan sabtu. sebab aku pi masa ni ,kosong gila sebab depa cuti rasanya. hehe


Amacam, puas hati ?


Jom share 7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu ni dekat kawan-kawan lain tau. mungkin ada yang nak pergi masa cuti nanti. 


sekarang pun musim cuti sekolah jadi, memang best kalau korang ambil masa untuk korang singgah ke kuala terengganu. okay. nanti kau cerita pengalaman di pulau kapas pulak tau.



Previous Post Next Post