Curi Curi Tulis Entri

Fuhh, minggu ni aku tak update satu entri pun lagi. Ini entri pertama rasanya sejak dari hari ahad atau isnin. Korang tak rindu dekat aku ke ? hahaha boleh pulak tanya kan. Sebenarnya aku tengah kejar due date untuk hantar assignment ni. Tu yang rasa macam nak pasrah kejap blog ni .
Curi Curi Tulis Entri
Curi Curi Tulis Entri


Aku ada 3 assignment alhamdulillah hampir siap ke semuanya. korang doakan lah aku ya. nanti aku masuk balik dalam blog ni. hehe

Aku dok fikir juga sebenarnya nak ubah blog aku ni menjadi satu benda yang lain. korang mesti bosan bila asyik baca entri pasal artis dan drama jer kan. takpa nanti aku susun balik silibus yang sesuai untuk blog kataubaid.com ni.

Korang tunggu tau, lagi dua tiga hari aku masuk balik insyaallah.

Kemudian, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada yang puasa enam. dah nak habis dah bulan syawal tau. Hari ahad ni last. jadi pastikan sempatlah nak habiskan puasa enam tu. kalau tak sempat tu, nak buat macam mana kan.

lagi satu jangan dok pi buat open house dalam bulan zulhijjah pulak yer. hahaha tu dah tak namakan open house dah tu. haiihh teruk sangat kan kita ni. kata raya sebulan jer, tapi ni dah nak masuk bulan kedua dah.

makan apa tak tau.

hahaha

oaylah aku nak sambung buat assignment, nanti kita sembang panjang lebar lagi. jangan lupa follow blog aku ni tau.

sekian .

أحدث أقدم