Biodata Redza Rosli

Biodata Redza Rosli . Pelakon kacak dan memiliki senyuman yang manis ini bernama Redza Rosli . Beliau terkenal dengan pelbagai drama lakonan beliau yang menjadi dan best untuk di tonton. Di sebabkan ramai yang tanya mengenai Biodata Redza Rosli  . Jadi , aku kongsikan lah dengan korang mengenai biodata beliau.




Redza Rosli menang anugerah pelakon terbaik


Biodata sebenar Redza Rosli, pelakon kerasnya takdir

Pemilik nama penuh redza rosli adalah Ahmad Redza Bin Rosli. Dia dilahirkan di selangor dan kini sudah berusia 31 tahun. Dia juga dilahirkan pada tarikh 18 Mac 1992 dan mempunyai 4 orang adik beradik.

Redza merupakan seorang pelakon lelaki kacak dalam industri filem dan drama Malaysia. Dia juga mempunyai perwatakan seperti pelakon sharnaaz ahmad tau.


Redza Rosli debut sebagai pelakon pada tahun 2009 pada ketika itu beliau berumur 17 tahun , ketika itu drama yang beliau berlakon adalah Kamelia Katrina tayangan di Astro.

Selepas itu , beliau berehat seketika selama 4 tahun sebelum kembali dengan drama Tanah Merah pada tahun 2013.

2014 beliau membintangi 2 drama itu drama tayangan TV2 dan TV3 , drama yang bertajuk Lembayung Kasihmu dan Antidot.

Tahun berikutnya berlainan dari tahun sebelumnya iaitu kerana beliau membintangi lebih dari 4 drama , bermula dengan Silir Kasih, Stella , Puteri Bukan Nama Sebenar . Maria 

Terindah dan M.A.I.D yang mana drama ini cukup popular di Malaysia lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin.

Redza Rosli juga banyak membintangi drama yang mencetuskan fenomena di malaysia seperti Leftenan Zana , Meh Sandar Pada Aku, Kekasih Hatii Mr Bodyguard , Rindu Yang Terindah ,

Plan Cinta , Isteri Untuk Diiktiraf , Misteri Mona, Seadanya Aku , Seindah Takdir Cinta dan banyak lagi.


Memang seronok tengok drama lakonan Redza Rosli ni kan. Haritu dia berlakon dalam drama Meh sandar pada aku. Sekarang yang terbaru, dia berlakon dalam drama Ku kirim Cinta bersama dengan Ayda Jebat pula .


Ada tak dekat sini peminat Redza Rosli ni ?


Ini jer yang aku dapat kumpulkan mengenai Biodata Redza Rosli . Korang kalau layan drama terbaru redza, korang share lah biodata ni kan. hehe boleh lah orang lain berkenalan dengan pelakon kacak ni .

Sekian .


Previous Post Next Post