Koleksi Kupon Diskaun Untuk Lazada 12.12 Online Revolution !

Koleksi Kupon Diskaun Untuk Lazada 12.12 Online Revolution !

Kupon Diskaun Lazada. Assalamualaikum, korang masih shopping dengan lazada ker ?
almaklumlah sales sampai 14hb kan. jadi mesti banyak benda yang nak di beli. aku pun sempat tengok-tengok ja. hahaha malas lak nak beli, sayang nak keluarkan duit. sebab kebanyakkannya adalah barang kehendak, bukan keperluan pun. takpalah nanti-nanti kita tengok macam mana kan, kalau rasa nak beli, kita beli lah. kalau tak, tak yah beli. hehehe

Korang shopping dengan lazada pakai kupon tak ?

selalunya kupon ni adalah berbentuk potongan harga atas setiap pembelian yang korang buat dengan lazada. jadi ada penjimatan disitu. jom aku kongsikan koleksi kupon diskaun lazada untuk korang guna sempena Online revolution kali ni .

Kupon Diskaun Lazada

Kupon Diskaun Lazada

Kupon Diskaun Lazada

Kupon Diskaun Lazada


Korang gunakanlah kupon ni ya. jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. kupon diskaun lazada ni bukan selalu ada. bila dah ada ni banyak pula kan. hehehe

selamat bershopping .

BIODATA NUR QISTINA RAISAH, PELAKON KANAK-KANAK

BIODATA NUR QISTINA RAISAH, PELAKON KANAK-KANAK

BIODATA NUR QISTINA RAISAH

BIODATA NUR QISTINA RAISAH. Pelakon kanak-kanak yang comel ini dah lama jadi artis tau. banyak drama lakonan dia menjadi dan seronok untuk ditonton. walaupun umur qistina raisah masih muda, tapi dia sudah berjaya mengembangkan bakat lakonan dia sehingga membintangi beberapa drama yang " viral " tau.

antara drama yang viral tu adalah Papa Ricky dan terbaru dia akan membintangi drama syurga yang kedua bersama dengan pelakon zarul umbrella dengan siti elizad. jom baca nur qistina punya biodata dekat bawah ni ya .


NUR QISTINA RAISAH

**gambar sumber instagram qistina

Nama Penuh : Nur Qistina Raisah bt Mohd Kamarolazari
Nama Artis : Qis
Umur : 9 tahun [ 2017 ]
Tarikh Lahir : 2008
Asal : Selangor

Instagram nur qistina pun selalu berupdate. jadi orang lebih kenal dengan dia kan. followers dia pun ramai. lebih ramai dari aku. hehehe

Kita doakan yang qistina akan terus berjaya dalam dunia seni. aku suka tengok lakonan dia. dah lah comel lepas tu pandai berlakon pula kan. tahniah tau ! harap lepas ni boleh menang anugerah pulak kan.

sekian .
Beli Milo Dengan Lazada Memang Murah Harganya, Patutlah Ramai Yang Beli...

Beli Milo Dengan Lazada Memang Murah Harganya, Patutlah Ramai Yang Beli...

harga milo di lazada



Assalamualaikum korang. sihat kan hari ni.
hari ni pagi-pagi lagi aku rasa nak beli milo di lazada .

orang cakap harga milo tu lebih murah berbanding dekat luar.
betul ke ?

sempena 12.12 Online revolution lazada hari ni sampai 14 disember ni, aku pun rasa nak tengok murah tak harga barang-barang dalam tu.

antaranya adalah MILO !

hehe

Untuk Milo 1kg , harga dia hanya RM 15.70 . berbanding harga asal Rm 21.80 harga asal .

Murah gila-gila kan .

dapatkan di sini - Milo 1kg lazada .

Harga milo di pasaran selalunya akan lebih mahal berbanding di atas talian. jadi kalau korang na beli , baik beli sekarang.

boleh jer beli secara banyak terus. jimat pun jimat. hehe

kalau korang nak tengok kedai lain, boleh usha dekat pautan ini .

- Milo Murah di Lazada .

seronok tengok harga promosi online ni. mencabar keimanan sungguh lah . hehe korang pula dah beli apa tu ? ke nak simpan duit lagi .

hehe
tak pa simpan lah selagi mampu,
sebab ia penting untuk masa depan .

Fokus.

kalau dah habis milo dekat rumah tu.
korang beli lah dekat sini ya. hehe

sekian .

Zarul Husin, Siti Elizah dan Fasha Sandha Pelakon Drama Syurga Yang Kedua

Zarul Husin, Siti Elizah dan Fasha Sandha Pelakon Drama Syurga Yang Kedua

PELAKON DRAMA SYURGA YANG KEDUA . Assalamualaikum. kali ni aku nak kongsikan mengenai pelakon dalam drama syurga yang kedua. almaklumlah , hari ni hari terakhir drama dendam aurora ditayangkan. lepas ni drama syurga yang kedua ni yang akan menggantikan drama tersebut. tak leh nak tengok aurora dah kan. haha

dah boleh rileks-rileks sikit. hehe tapi drama baru ni pun best juga. pelakon-pelakon dalam drama arahan zamri zakaria ni pun hebat-hebat belaka. macam mana sinopsis untuk drama syurga yang kedua ni ? jom baca dibawah.

Drama Syurga Yang Kedua

Korang tahu,

antara pelakon dalam cerita syurga yang kedua ni adalah Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah. Diorang ni pun akan dibantu oleh beberapa orang artis yang juga pelakon tau. antaranya adalah Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan


pertama kali juga tengok gandingan zarul umbrella ,fasha sandha dan siti elizad dalam satu drama kan. kalau korang rajin follow Instagram diorang ni. mesti nampak chemistry antara mereka. hehe comel jer diorang dekat insta tu. haha

Sinopsis drama syurga yang kedua ni pula menekankan aspek kekeluargaan. jalan cerita dia bermula apabila Daniel yang berkahwin dengan sabrina tetapi masih tidak mempunyai anak, jadi ibu kepada daniel ni suruh lah dia kawin dengan vivy. dalam drama syurga yang kedua ni, fasha sanda merupakan pelakon watak vivy yang juga merupakan doktor kepada ibu daniel.


Drama Syurga Yang Kedua

konflik keluarga lah katakan. anak menantu dengan hantu. ehhhhh dengan mak mertua laah.. hehehe

Kalau korang tengok dendam aurora tu berapa episod ? seratus kan . drama ni tak sampai seratus tapi ada 70 episod. maak aiihh.. lama benorr yob . hehe korang layan lah drama panjang-panjang ni ya. hehe

akhir sekali, kalau korang nak tahu .drama syurga yang kedua ni adalah adaptasi dari drama indonesia tau. aku rasa cerita dia mesti panjang dan meleret kan. korang yang suka tengok cerita-cerita macam ni. korang layan lah ya. mesti seronok.


Senarai Penuh Finalis Gegar Vaganza 4 ( 2017 ) !

Senarai Penuh Finalis Gegar Vaganza 4 ( 2017 ) !

Assalamualaikum. selamat pagi . hehe korang kerja ker hari ni? hari isnin kan mestilah kerja. hehe takpa dapat pahala kan. hehe semalam korang tengok tak gegar vaganza 4 ? dah masuk separuh akhir dah konsert semalam rupanya. aku lak malas nak tengok semalam. rugi pula rasanya.

Minggu depan akan berlangsung Final GV 4 2017. jadi siapa yang ke pentas final ?


Senarai Penuh Finalis Gegar Vaganza 4 ( 2017 )

Senarai Penuh Finalis Gegar Vaganza 4 ( 2017 ) !



1. Hazami

2. Aishah

3. Firman

4. Tia Jinbara

5. Liza Hanim

6. Lan Kristal .

Peserta tersingkir yang telah diumumkan adalah Syura. alaahh sayangnyaa.

GV 4 tahun 2017 kali ni memang menarik. kekuatan mereka kali ni adalah kerana peserta gegar vaganza yang ada value tersendiri. macam aku, aku suka dengar suara aishah. memang dah legend dah dia ni. tapi masih maintain dan terus menyanyi .

tak mustahil nama aishah tersenarai dalam yang layak ke final gegar vaganza 4. yang lain power juga macam hazami dan firman. tia pun best dengan suara serak dan rock dia tu fuhh layaaan . hehe

konsert akhir gv 4 akan berlangsung di pinewood Iskandar malaysia studios pada 17 disember ini . jadi jangan lupa tengok persembahan terakhir mereka nanti.
CARA TUKAR NOMBOR TELEFON UNTUK TAC MAYBANK2U

CARA TUKAR NOMBOR TELEFON UNTUK TAC MAYBANK2U

Untuk pengguna perbankan internet , anda memang tidak boleh lari dari menggunakan Tac Number . Tac number merupakan antara ciri keselamatan yang di gunakan oleh Pihak Bank untuk menjamin tiada masalah ketirisan duit pelanggan mereka.

CARA TUKAR NOMBOR TELEFON UNTUK TAC NUMBER MAYBANK2U !

Masalah utama bila guna perbankan internet adalah :

nombor telefon tak berfungsi untuk dapatkan tac number. Jadi macam mana cara nak tukar nombor telefon tu ? korang ikut langkah dibawah ya .

Soalan Kedua : Boleh ke tukar nombor telefon untuk tac nombor maybank2u secara online ? 

jawapanya tak boleh.

TUKAR NUMBER TELEFON UNTUK TAC MAYBANK2U !



Apa itu Tac Number ?


Tac Number adalah kode pengesahan yang di hantar kepada anda . Dalam bahasa mudah, bila korang dah nak buat transfer duit . korang akan di minta untuk kod pengesahan. dan kod pengesahan terbabit di hantar kepada number telefon bimbit yang anda telah daftarkan. Ia di hantar melalui khidmat pesanan Ringkas (SMS) .


Masalah Number Telefon tak boleh Pakai untuk Tac Maybank2u ?


Masalah utama apabila Number telefon yang di daftarkan ke Maybank2u tak boleh digunakan. Mungkin atas faktor number telefon bertukar dan sebagainya . Jadi macam mana kita nak atasi masalah number telefon tak boleh pakai untuk Tac maybank2u ?


CARA TUKAR NOMBOR TELEFON UNTUK TAC NUMBER MAYBANK2U !



Ada Dua sahaja caranya iaitu anda perlu ke cawangan maybank berdekatan anda untuk membuat penukaran. Atau anda telefon number hotline Maybank2u di talian 1-300 88 6688

Segala urusan mengenai maybank2u boleh di rujuk kepada Number hotline atau pun ke cawangan-cawangan Maybank berdekatan anda.

Aku harap masalah tak boleh guna number telefon untuk tac number maybank2u tak berlaku dah selepas ini. kalau berlaku pun, korang dah tau cara nak atasi masalah tersebut. Jom share dengan kawan-kawan korang pasal ini. kesian diorang tak tahu. Sekian.

Lazada 12.12 Online Revolution Kembali Lagi . Barang apa yang best ?

Lazada 12.12 Online Revolution Kembali Lagi . Barang apa yang best ?

Assalamualaikum. hari ni sibuk sikit sebab pagi tadi ada exam. dia punya stress tu, fuhh kemain lagi. hahaha dah lah tak study lepas tu masuk exam. agak-agak keputusan nanti macam mana lah kan . hehe korang kali terakhir ambil exam bila ? komen dekat bawah ya.

Online Revolution

Lazada 12.12 Online Revolution Kembali Lagi .


Aku tau korang nak tahu pasal lazada 12.12 ni kan. sebelum tu, aku dah cerita pasal pengalaman ngeri semasa shopping 11.11 dengan lazada hari tu. terima kasih kalau korang dah baca. kalau belum, boleh baca yer. hehehe

aku harap pengalaman tu tak kan berulang lagi lah kan.

untuk bulan disember ini, lazada sekali lagi buat jualan murah untuk barang-barang yang ada dalam lazada tu sempena tarikh keramat 12.12 . mungkin sebab hari tu ada " untung " jadi diorang cuba pula untuk bulan ni . hehehe

barang menarik yang di jual sempena Online Revolution Lazda ?

mesti korang dah survey sikit untuk promosi kali ni. aku pun adalah dua tiga barang nak beli. hehehe tapi tak taulah jadi beli ketidak. antara barang yang menarik perhatian aku adalah TV 32 inchi. sebenarnya nak guna untuk main game. lalala

kan aku pernah cerita yang aku beli PS4 dengan lazada sebelum ni. haa, nak main dekat tv sekarang ni macam biasalah kena buat jadual. masa orang tak tengok baru boleh main. hahaha

target aku bawah 7 ratus. aku dah jumpa dah. cuma aku nak tunggu masa online revolution nanti harga dia macam mana. kalau lagi murah, baru belilah aku beli .

itu jerlah rasanya. haha kalau beli banyak nanti habis duit blog aku bulan ni.
nak kena menyimpan juga kan. tak kan nak keluar-keluar jer .

Fakta dari 11.11 online revolution baru ni, antara barang yang paling banyak orang beli adalah Powerbank. sebab apa eh ? hahaha

korang rasa nak shopping apa agaknya nanti. sekarang dah 9 Disember 2017 , lagi 3 hari jer lagi. aku ada tips untuk korang yang nak shopping dengan lazada. korang buat macam ni tau, beberapa hari sebelum sales yang diorang buat, korang cuba survey dulu harga barang yang korang nak.

bila hari kejadian, korang tengok juga harga barang tu. ada perbezaan ke tidak. aku dah selalu cuba. tapi aku tak mau bagitau korang. nanti korang cakap aku tipu. hehehe korang buat eksperimen sendiri . tengoklah harga tu turun atau tidak . hehe

baiklah, korang komen dekat bawah tau, apa yang korang nak beli nanti dekat bawah yer. nanti aku cuba cari kalau ada kupon untuk lazada 12.12 Online revolution ni ya. 

sekian bebelan aku hari ni. hehe

TIADA NEGARA ISRAEL DALAM DUNIA INI !!!

TIADA NEGARA ISRAEL DALAM DUNIA INI !!!

Hari ini kita dikejutkan dengan cadangan baitul maqdis sebagai ibu negara israel . ia diumumkan oleh Donald Trump yang ingin mengubah kedutaan Amerika ke baitulmaqdis. pengumuman macam ini pasti akan meningkatkan kemarahan rakyat dan ummat islam dari seluruh dunia.

TIADA NEGARA ISRAEL DALAM DUNIA INI !!!

" TIADA NEGARA ISRAEL DALAM DUNIA INI "

semat dalam diri ni !
kata tak ada israel dalam dunia !

bagitau dekat anak-anak,
tak ada israel dalam dunia.

mereka perampas tanah ummat islam ,
merekalah pengganas !
mereka yang bunuh insan tak berdosa.
mereka bunuh adik, abang, pakcik makcik , kakak kita di sana.

adakah masih ada ruang untuk mereka di dunia ?
kenapa kita masih ada rasa kesian dengan mereka ni ?

kenapa ??

sudah-sudahlah membantu mereka ini.

sekarang bantulah rakyat palestin tu.
mereka perlukan kita.

palestin hak ummat islam.
kenapa kita masih degil untuk bantu mereka ?

kenapa ??
tak ada hati perut ka kita ni ?

Aku cadangkan kita kembali BOIKOT barangan mereka.
tindakan mereka dah melampau, masih lagi kita nak sokong mereka ?

ada orang cakap, boikot tak bagi kesan kepada mereka.

sebenarnya kempen boikot betul berkesan kepada mereka.
syarikat mereka menerima akibat dari perlakuan mereka.

aku ada buat research mengenai satu syarikat terkenal.
dalam laporan mereka, boikot ummat islam satu ketika dahulu mengganggu ekonomi mereka.

ya, kita ada kuasa sebagai pengguna.
gunakan lah kuasa kita ini demi kebaikkan ummah.

tak mampu nak angkat senjata,
buatlah benda ni.

tak kan nak tengok diorang bermaharaja lela ?
buat sesuka hati.

rampas tanah orang,
kemudian kata itu tanah mereka.

jangan sampai nanti kita balik jumpa ALLAH,
kita tak ada sedikit pun sumbangan terhadap ummat islam.

sedih.
sedih
sedih.

#sayabersamapalestin
#tiadanegaraisrael

banyakkan qunut nazilah .
moga semuanya selamat.

Pengalaman Barang Lazada Tak Sampai ke Rumah. Rupa-rupanyaa ada di ....

Pengalaman Barang Lazada Tak Sampai ke Rumah. Rupa-rupanyaa ada di ....

Assalamualaikum , hari ni aku nak kongsikan pengalaman barang lazada tak sampai lepas beli dengan diorang... sebenarnya ni pertama kali benda ni berlaku.. hehe memang masa ni cuak habis lah. dah lah barang tu harga dia RM 1K Lebih dan guna duit mak aku. hahaha

mau kena ceramah nanti.
hehehe

Barang apa yang beli dengan Lazada Tak Sampai ke Rumah ?


kisahnya macam ni...

aku beli barang ni masa kempen 11.11 haritu.
barang yang tak sampai tu adalah Treadmill .
hehe

...mak aku yang suruh belikan,
dia nak execise katanya.

jadi aku pun tolonglah order dengan lazada,
memandangkan masa ni murah sikit dari harga biasa jadi aku pun beli lah kan.

Barang Lazada Tak Sampai

**gambar sumber google.


Tunggu punya tunggu,
diorang tak update tracking number pun.

aku sangka baik jer,
selalunya kala duration masa yang diberikan tu memang barang akan sampai.

jadi aku tunggu sampai tarikh akhir barang sampai.
tapi tak juga sampainya.

....aku terus komen dekat kedai yang aku beli dengan lazada tu.
aku minta tracking number.

nasib baik dia respond.
dia minta nak check aku punya order.

rupanya dia terlepas aku punya order.
waaaa..

patutlah barang tak sampai.
11.11 haritu kan ramai yang beli dengan lazada, jadi diorang terlepas pandang.

dan kemudian diorang kata diorang akan hantar balik barang tu.

keesokkan harinya , kedai tu telefon aku.
dia cakap habis stock dah.

di sebabkan lambat sangat , diorang offer treadmill yang pakej lain.
harga dia pun mahal sikit dari yang aku order tu.

aku pun setuju jerlah.
selang beberapa hari,

sampai lah treadmil aku tu. hehehe

kesimpulan yang korang boleh buat bila barang lazada tak sampai rumah adalah pertama korang komen terus dekat kedai yang korang beli tu.

... nak tahu macam mana ? korang klik dekat order korang tu, kemudian klik dekat link item tersebut.
dekat bahagian bawah tu, korang  komen lah minta tracking number.

kadang-kadang bukan masalah lazada pun, .... masalah kedai yang dalam tu. diorang yang tak up to date dengan system . kesian lazada kena maki. hahaha

lepas ni kalau jadi dekat korang. harapnya korang dah tahulah kan apa yang nak kena buat. hehe kalau korang ada pengalaman macam aku, jom kongsikan dekat bawah ni. mana tau ilmu korang berguna untuk yang lain kan.

sekian.

Mati Hidup balik.. seriuslah drama nii

Mati Hidup balik.. seriuslah drama nii

Geram pulak aku tengok drama lelaki itu pemilik hatiku ni.
aku ingat dah nak habis.

tapi nampak macam panjang jer lagi.
hahaha

drama lelaki itu pemilik hatiku


siapa yang mati hidup balik ni?
Aiman .

dah mati sebab accident haritu.
tiba-tiba dia muncul balik.

tak pasti sama ada kembar dia atau tidak.
kalau tengok sedutan dia,
memang aiman .

kesian, tak leh tengok luk dengan nurin kawin.
waaaaa

kalau korang follow drama ni, korang akan faham maksud aku.
anyway , mula-mula aku tak layan drama ni, tapi bila dah tengok beberapa kali,
rasa best pula jalan cerita dia.

itu yang aku sambung tengok tu.
dah tu, tiba-tiba teremo pulak hari ni.

hahaha
ida dengan zaimah pula gaduh.

si ida tu dah lah lumpuh, boleh pula ada niat jahat nak tengok madu dia susah.

ish-ish. bawa mengucap kak.
dah nak mati tu.

hahaha
dah-dah kang aku pulak yang darah tinggi.

hahaha
tak sabar nak tengok episod esok macam mana.

korang pula, rasa best tak drama ni ?
jom komen di bawah.

3 Perkara Korang Kena Tahu sebelum Muat Naik Gambar Resit Harga Makanan Korang

3 Perkara Korang Kena Tahu sebelum Muat Naik Gambar Resit Harga Makanan Korang

Hai korang, semalam kan, aku ada ternampak satu post di facebook. dia upload gambar resit harga makanan yang dia makan. adalah benda yang dia tak puas hati dengan kedai tu.

kira dia nak viralkan mengenai harga makanan dekat kedai tu yang sangat mahal .

tu kata dia.

tapi last-last dia kena kecam pula.
hahaha

Muat Naik Gambar Resit Harga Makanan

**gambar resit aku shopping dekat aeon. hahaha sekadar hiasan .

lawak sebenarnya baca.
yela, tak hati-hati.

nak kritik kena tengok juga.
nak viralkan kena pandang-pandang juga kan.

free-free kena kecam balik.

disebabkan benda tu.

jom aku kongsikan 3 benda yang korang kena take note sebelum nak kongsikan harga makanan yang terlajak mahal tu .

1. Kedai .

kalau korang makan dekat kedai mewah, jangan lah komplain yang harga dia mahal.

2. Makanan yang korang ambil .

kalau ambil seafood banyak, faham-faham lah yer memang harga dia akan mahal .

dulu memang ya,
sebab orang jarang makan.

sekarang orang dah ramai makan.
jadi permintaan tinggi.
harga pun mahal lah kan..

3. Pastikan ada back up. hahaha

3 benda ni adalah untuk korang tengok sebelum post gambar resit yang korang nak viralkan tu. kalau tak cukup benda ni, jangan lah share. sebab kau mungkin akan kena kecam lepas tu. hahaha

seeloknya, deal terus dengan pekedai tu. tak perlu nak viral sangat. kita ada saluran yang betul. kalau tak jalan juga, report dekat kementrian. nanti diorang ambil tindakan.

sekian .


Biodata Daiyan Trisha Pelakon Drama My Coffee Prince

Biodata Daiyan Trisha Pelakon Drama My Coffee Prince

Daiyan Trisha

Biodata Daiyan Trisha


Pelakon Baru yang mula berjinak dalam dunia lakonan ini bernama daiyan trisha. sebenarnya dia merupakan seorang penyanyi... kalau korang nak tahu, dia ni selalu buat cover lagu-lagu dekat youtube dia. boleh dikatakan dia ni terkenal dekat youtube lah.

Nama Penuh : Daiyan Trisha Binti Mohd Nasaruddin
Nama Artis : Daiyan Trisha
Tarikh Lahir : 1993
Umur : 24 tahun (2017)
Asal Selangor .
Instagram daiyan Trisha : https://www.instagram.com/daiyantrisha/

Daiyan Trisha


Watak Ira dalam My Coffee prince iaitu adik kepada dani lakonan janna nick merubah persepsi mengenai daiyan trisha. yelah kan, dari penyanyi, sekarang dah boleh berlakon. hebat-hebat.

Bakat lakonan beliau dicungkil oleh pengarah terkenal iaitu Micheal Ang untuk drama ni. jadi kita harap penyanyi lagu kau tahu ini akan terus mengembangkan karier dia dalam dunia lakonan selepas ini.

aku boleh katakan lakonan dia not bad untuk pelakon baru macam daiyan trisha ni. sebenarnya tak nampak macam pelakon baru pun. dah nampak kematangan dia dalam lakonan. korang pula rasa macam mana ? jom komen pendapat korang dekat bawah ni ya..

Biodata Rita Rudaini Pelakon Drama Misi Laksa Dan Laksam

Biodata Rita Rudaini Pelakon Drama Misi Laksa Dan Laksam

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dari perlis ni kan... Rita Rudaini merupakan seorang pelakon yang telah banyak membintangi drama tempatan.dari dulu... dia dah fames kan. sekarang apa tah lagi. hehe. ada ketika kontroversi keluarga rita menjadi bualan peminat, namun sekarang ni dah makin ramai yang hormat dia sebagai seorang pelakon.

Rita Rudaini

Biodata Rita Rudaini


Nama Penuh : Rita Rudaini binti Mokhtar
Nama Artis : Rita Rudaini
Tarikh Lahir : 11 April 1976
Umur : 41 tahun(2017)
Asal : Perlis
Instaram Rita Rudaini.

Gambar Rita Rudaini .


Rita Rudaini


Rita Rudaini

Maulidur Rasul Mengingatkan Kita kepada Kekasih Hati

Maulidur Rasul Mengingatkan Kita kepada Kekasih Hati

Assalamualaikum . Salam jumaat dan salam maulidur rasul.
hari yang dinantikan oleh setiap ummat islam iaitu hari keputeraan baginda rasulullah S.A.W .

saban hari kita mendengar cerita mengenai baginda,
tetapi kita tak pernah pun berjumpa dengan baginda.



orang yang kita cakap, kita cintakan baginda,
tapi kita tak pernah tengok gambarnya.

insan ini seorang yang hebat.
kita boleh rasa aura dan kehebatan baginda biarpun baginda telah meninggalkan kita.

Rasulullah,
disebut oleh Nabi adam ketika berdoa kepada Allah agar ampunkan dia.

Rasulullah,
disebut namanya oleh nabi isa sebelum kedatangannya lagi.

subhanaaallah hebatkan insan bernama muhammad ini.

ayuh, kita semua perbanyakkan selawat kepada kekasih hati kita ini.
sebagai tanda sayang cinta kita kepada baginda s.a.w .

semoga dengan selawat kita ini dapat menjadi asbab untuk kita mendapat syafaat baginda di akhira kelak insyaah.

sollu a'alannabiy .


BR1M 2018 : SEMAKAN, KEMASKINI DAN CARA MEMOHON PERMOHONAN BARU

BR1M 2018 : SEMAKAN, KEMASKINI DAN CARA MEMOHON PERMOHONAN BARU

Assalamualaikum, hari ni kita nak cerita pasal Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2018 atau BR1M 2018.
macam mana nak buat semakan , kemaskini BR1M 2018 dan untuk membuat permohonan baru pula eh ? hehehe sabar kita sembang semuanya di sini hari ni.

Seronoklah kan ada orang nak bagi duit.
hahaha

BR1M 2018 : SEMAKAN, KEMASKINI DAN CARA MEMOHON PERMOHONAN BARU




SEMAKAN, KEMASKINI DAN CARA MEMOHON PERMOHONAN BARU


baik, untuk yang belum tahu...
korang dah boleh buat kemaskini secara online untuk BR1M 2018.

tarikh untuk kemaskini bermula dari 27 November 2018 sehingga 31 Disember 2018 tau.
kalau yang dah pernah dapat sebelum ni, korang hanya update jer. buat online pun boleh tau.

korang ikut cara ini ya.

kemaskini permohonan BR1M 2018

1. Sila ke pautan ini - https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k

2. masukkan nombor Ic korang.

ingat ya, ada soalan keselamatan untuk korang jawab.
jawab dengan betul tau.

pastikan korang ingat maklumat yang korang pernah isi sebelum ini....

... Yang kedua , cara buat semakan BR1M 2018

cara dia mudah jer.

1. masukkan ke laman web ini - SINI

2. masukkan nombor ic korang.

status permohonan korang akan keluar selepas tu.

cek brim lulus atau tidak tau .
kalau tak, penat jer menunggu.
hehehe

Status permohonan BR1M 2018

Yang Ketiga adalah untuk permohonan baru .

ada dua cara untuk BR1M 2018 ni . ...

1. Online.

Untuk permohonan online, korang ke sini.

masukkan nombor ic ,
dan isi maklumat yang di minta dengan betul.

pastikan betul tau !
jangan tipu.

2. Manual.

untuk permohonan secara manual, korang kena isi borang.

untuk mendapatkan borang BR1M secara manual , korang boleh pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam negeri korang, UTC pun ada juga...

dah dapat borang, isi dan hantar dekat tempat yang sama juga tau.

kalau nak download borang secara online, korang ambil di sini .

aku lebih suka kalau guna permohonan online,
sebab lebih mudah. korang isi jer maklumat dan tekan butang hantar.

hehehe
nampak sangat Gen Y kan.

ada 3 kategori untuk BR1M 2018 .

1. Bujang / Individu

RM 450
tarikh pembayaran : bulan Febuari

2. Isi Rumah (pendapatan Rm 3,001 sehingga Rm 4000 )
RM 900
Tarikh pembayaran : Febuari, Jun dan Ogos . * setiap bulan tersebut dibayar RM 300

3. Isi Rumah (pendapatan RM 3,000 kebawah )
RM1,200
tarikh pembayaran

satu ja aku nak ingatkan, bagitau dekat adik beradik yang dapat brim untuk update dan kemaskini permohonan untuk memudahkan pembayaran BR1M 2018 untuk tahun depan. jangan lambat-lambat, buat jer sekarang ya.

orang bagi duit, kita ambil.
ehh duit GST kita okaayy.

jangan nak segan-segan sangat. hehehe.

Review KFC Chizza Menu Terbaru Di KFC Oleh Blogger Kataubaid

Review KFC Chizza Menu Terbaru Di KFC Oleh Blogger Kataubaid

review KFC Chizza

Assalamualaikum.  hari ni aku nak kongsikan mengenai KFC Chizza .
Ia adalah menu terbaru yang ada dekat KFC tau.

sejujurnya... aku ni memang peminat tegar KFC, semua menu baru yang keluaq di Malaysia aku akan cuba. hehehe

macam Chizza Kfc ni.
nampak iklan memang sedap.

korang nak tahu tak rasa dia macam mana ?

Jom layan Gambar dia dulu ya.

KFC Chizza

review KFC Chizza


mula-mula tengok dekat iklan,
nampak macam sedap lah kan.

tapi bila makan,
rasa KFC chizza ni memang kurang sedap.

aku suka ayam kfc, tapi bila dijadikan pizza ni rasa lain sikit.
satu mungkin sos pizza atas ayam tu tak berapa nak kick.

aku tak suka sebab sos tu lah.
tapi cheese atas toping tu kira okay dan just nice.

kalau makan sekali , rasa sos tu akan jadi dominan.
aku yang tak suka sos pizza tu, akan terus rasa tak sedap.

tapi adik aku makan , dia cakap sedap jer.
berselera tengok dia makan.

Baca Juga : Resepi Mash Potato KFC

hahaha
kalau nak compare dengan double down.

aku lagi suka double down.
yummmy !!

korang ada tengok video laparpo mengenai kfc chizza ni ?
kalau belum tengok, korang tengok diorang komen macam mana.

hehehe



lawak lah depa ni review. hahaha

pendek kata, kalau ada 5 bintang, aku bagi 3.5 ja.
sayang sungguh rasa dia tak seenak promosi.

ada satu lagi menu KFC yang aku tak suka, korang nak tahu ? aku dah tulis dekat sini.

tapi aku selalu cakap,
ini hanya review dan komen aku mengenai apa yang aku makan.

mungkin korang rasa sedap.
tapi aku tak sedap.

itulah kehebatan nikmat rasa yang Allah bagi kan.
subhanaallah.

kalau korang nak tau rasa dia macam mana ?
korang kena makan sendiri dan rasa sendiri kfc chizza ni tau.

Harga dia Rm 8.90 untuk ala carte.
ada combo dan box juga untuk anda cuba * harga dia lain2 tau.

anyway untuk KFC, please bring back double down !!
hahahaha

Terima kasih.

 Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama My Coffee Prince ( Malaysia ) [ 2017 ]

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama My Coffee Prince ( Malaysia ) [ 2017 ]

My Coffee Prince merupakan drama baru yang ditayangkan di astro. Antara pelakon yang terlibat adalah Fattah Amin dan Janna Nick sebagai gandingan utama. drama my coffee prince ini merupakan drama yang menggantikan drama red velvet sebelum ini.

 ' Senarai Pelakon Drama My Coffee Prince '

Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Isma Daniel, Mohamad Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari, Roy Azman

 Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama My Coffee Prince


Sinopsis Drama My Coffee Prince.

ini sinopsis coffee prince versi malaysia tau, lebih kurang jer dengan yang korea tu.

Drama ini mengisahkan tentang seorang anak orang kaya yang dihantar ke luar negara untuk belajar mengenai bisnes management. Raikal seorang yang berketuruan orang kaya dan hidup serba serbi dalam kekayaan.

setelah pulang dari luar negara, neneknya mula menyuruhnya mencari calon isteri. oleh sebab dia tak mau layan cakap nenek dia, dia cuba menukar topik lain. namun terpaksa mengalah juga untuk menilai siapa calon isterinya.

Dani pula seorang perempuan tetapi kasar. orang cakap macam tomboi lah. dia jadi macam tu sebab dari kecil lagi dia dah hidup susah. dia kerja sebab nak sara keluarga dia. dia pun selalu terlibat dengan kerja orang lelaki.

pertemuan dia dengan raikal sewaktu di appartment raikal merubah segala-galanya. dia dituduh  menolong kawan dia untuk meragut beg kawan raikal. tetapi sebenarnya dia tak berbuat macam tu pun.

kesian dani.

setelah nampak macam raikal tak ada kerja. nenek raikal lakonan ellie suriati menyuruh dia menguruskan kafe kopi. nak tak nak dia terpaksa menguruskannya kalau tidak nenek dia akan ingatkan pasal kawin.

dani pula memohon kerja di kedai tersebut. mulanya raikal hanya nak orang lelaki sahaja jadi pekerja, disebabkan dia menyangka yang dani ni lelaki , jadi dia diterima.

agaknya apa yang berlaku selepas ini ? korang kena tengok di astro ria tau. rugi tak tengok. aku dah tengok episod pertama, memang best.

info berkaitan drama my coffee prince 

Drama My Coffee Prince


Bilangan Episod : 28 episod
Tarikh mula tayangan : 27 November 2017
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10.00 malam
Saluran Tayangan : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
pengarah : Micheal Ang


Untuk korang yang tak tahu lagi,
drama my coffee prince ni merupakan drama adaptasi dari drama coffee prince di korea.

kalau dekat korea, coffee prince tu memang famous gila tau.
korang dah tengok ke ?

kalau belum, cuba search dekat internet ya.
aku rasa itu jer kot pasal drama My Coffee Prince ni.

selamat menonton .




Buat apa pun mesti ada orang tak suka

Buat apa pun mesti ada orang tak suka

Assalamualaikum, hari ni aku mula menulis balik selepas beberapa hari aku tak menulis. ehh yeka ? tapi semalam macam ada jer entri kan. hahaha entri pasal elyana kan. tapi tak pa ni adalah entri yang agak proper dari entri artis-artis tu . hehe

" Buat apa pun mesti ada orang tak suka "

itulah yang aku boleh katakan untuk gambar macam mana dunia hari ini.

dunia hari ini meliputi teknologi yang hebat tetapi kurang dari segi nilai kemanusiaan.

Buat apa pun mesti ada orang tak suka

**fattah amin pun kena kecam sebab dia kawin tak bagitau. ehh suka hati dia lahh.


mana tak nya asal ada benda yang kita buat.
ada sahaja yang nak komen.

komen tak apa.
beri pendapat pun tak apa.

kecam tu yang tak boleh.
kesian dekat orang tu.

kadang-kadang aku respect dengan orang terkenal di media sosial ni.

kena kecam tapi dia masih cool jer.
buat tak tau langsung.

hebatkan orang cam ni.
kalau aku lah, mesti aku mengamuk.

MESTI !

sebab apa?
yelah kau tak ada kena mengena dengan aku, tiba-tiba nak kecam aku bagai.
hahaha

tapi orang-orang terkenal di media sosial ni masih cool dan rileks jer.

aku pelik !
dengan orang media sosial.

aku dah ulang banyak kali tapi mungkin sebab diorang tak baca , jadi aku tulis lagi.

come on laah, tak yah cari salah orang semata-mata nak kecam orang tu.
mentang-mentang kau tak suka dekat dia, bukan bermakna kau boleh kecam dan burukkan dia.

kau nak bagi pendapat, ada ayat untuk pendapat.
dan yang pasti ayat dia lebih lembut dari ayat kecaman.

pilihlah jalan yang terbaik dalam menegur.
jaga sikit akhlak tu.

bila kena dekat batang hidung sendiri, baru kau tau nanti.

kadang-kadang bukan kita upload pun benda yang kita buat,
tapi orang lain yang upload.

kita juga yang kena kecam.
adoii laahhh

sedih dengan perangai orang kita.
agak-agaknya, masa depan nanti macam mana lah kan.

kita doakan agar, nilai melayu dan islam masih kekal dalam malaysia dan rakyatnya.
sungguh akhlak kita dah teruk sangat.

aku minta maaf,
kalau aku pun terbuat benda yang aku tegur ni.

kita sama-sama ubah kearah kebaikkan ya.
sekian.

Video Elyana Cakap dia sakit Cancer

Video Elyana Cakap dia sakit Cancer

Video Elyana Cakap dia sakit Cancer. terkejut sebenarnya dengan pengumuman dari elyana tadi masa ucapan akhir sebelum meninggalkan gegar vaganza. bagi yang blum tengok, korang boleh tengok di bawah ni .

Video Elyana Cakap dia sakit Cancer



kita doakan elyana sembuh dan terus dipanjangkan usia ya.

Final Episod Drama Red Velvet Neelofa dan Alif satar ONLINE

Final Episod Drama Red Velvet Neelofa dan Alif satar ONLINE

Hai korang, buat apa tu ? hehe
semalam ditayangkan episod akhir drama red velvet alaahh yang neelofa dengan alif satar tu. haa
Aku tak sempat nak tengok semalam, jadi kita tengok online jer lah kan.

Final Episod Drama Red Velvet ONLINE

kalau korang tak tengok lagi, boleh tengok dekat bawah ni tau.
sedih daahh lepas ni tak leh tengok PN aida  :'(

aku suka tengok puan aida jer dalam drama ni hehe

Final Episod Drama Red Velvet Neelofa dan Alif satar




korang tekan enlarge ya untuk tgk full screen ya.
aku buat kecik sebab nak mudahkan orang yang guna phone tengok. hehe

errmm nak kena cari setting video responsive pula lepas ni. hehehe

dah tengok tu, share lah yer. haha
minggu depan ada cofee prince pula.

mesti best kan. selamat menonton

aku layan sambil siapkan assignment.

waaaa.. ada yang nak tolong aku tak ?
hehe
10 Kelebihan IPHONE X Yang Ramai Tak Tahu

10 Kelebihan IPHONE X Yang Ramai Tak Tahu

Hai korang, hari ni macam biasa, aku nak sembang mengenai Iphone X .
aku bukanlah penggemar iphone tapi saja nak kongsikan dengan korang mengenai produk keluaran APPLE ni.

Kelebihan IPHONE X


sebelum keluar, orang dah ramai berpusu-pusu nak tahu secara details mengenai iphone X ni. mungkin diorang nak yang latest produk kot.. sebab tu lah diorang survey dulu.

macam aku, aku tengok harga dulu. hahaha kalau mampu, baru baca spec dia. kalau tak mampu, layan gambar jer lah kan. hehehe

10 Kelebihan Iphone X yang ramai gila tak tahu. kalau dah tahu, buat juga tak tahu yer. hehehe

  ➤  Body dia diperbuat dari bahan stainless stell dan glass, untuk nampak mewah dan elegan
  ➤  internet 4G LTE
  ➤  Dual Sim Card
  ➤  boleh rendam dalam air, kedalam 1.5 meter.
  ➤  Screen OLED LCD seluas 5,8 inchi, resolusi 1125 x 2436 pixels pixels,
  ➤  Menggunakan iOS 11
  ➤  Memory Internal 64 / 256 GB
  ➤  Kamera utama Dual 12 MP.
  ➤  Selain itu, kamera iPhone X ini juga mampu mengambil gambar potrait dengan efek background blur.
  ➤  Ditemani kamera depan beresolusi 7 MP  sesuai buat selfie video call.
  ➤  Dilengkapi Face ID recognition sebagai sistem pelindung data penggunanya.
  ➤  Bateri Tahan Lebih Lama

kalaulah harga dia murah, dah lama aku beli. hahaha
camera dia power,
screen cantik dan nampak elegan.

arrghhh semua ni menepati ciri-ciri kegemaran aku.
tapi aku dah ada redmi 4a aku. huhuhu

cantik tauu.

korang tunggu apa lagi, dapatkan lah Iphone X ni dengan segera tau !
tarikh keluar di Malaysia pada 24 November 2017
harga RM 5149

Gambar Iphone X Terkini

Kelebihan IPHONE X

Kelebihan IPHONE X


Kelebihan IPHONE X


dahlah sikit-sikit aku share ya. hehehe jom kongsikan kelebihan iphone X ni dengan keluarga korang. mana tau ada yang nak hadiahkan dekat korang ke. hehehe

Bagaimana Influencer Marketing Membantu Bisnes Anda ?

Bagaimana Influencer Marketing Membantu Bisnes Anda ?

Hai, hari ni topik kita akan tertumpu kepada Influener Marketing. Untuk pengetahuan korang, Influencer marketing ini adalah antara yang menjadi tumpuan orang bisnes dalam melariskan produk mereka.

betul ke ni?
jom aku terangkan.

Influencer Marketing malaysia


Pertama sekali : Apa itu Influencer Marketing?


.. Influencer Marketing merupakan platform untuk mempromosikan produk kita kepada orang ramai. caranya adalah melalui sosial media influencer . " apa pula ni ? "

hahaha

macam ni,

maksud social media influencer ni adalah orang yang ada followers tersendiri dekat platform media sosial terkini. bahasa mudahnya adalah retis media sosial. antaranya adalah insta femes ( orang yang banyak followers dekat instagram.

blogger ( orang yang terkenal di blog  ), vlogger ( orang terkenal di youtube ) dan ramai lagi.

faham kan.
jadi,

Yang Kedua : Bagaimana Influencer Marketing membantu Bisnes anda?


Melalui promosi

melalui promosi di media sosial. Influencer ni akan review barang kita dan dari situ kita dapat tingkatkan kesedaran pengguna untuk mendapatkan produk kita.

Selalunya kita follow orang di media sosial sebab apa??

sebabnya adalah kita percaya dekat dia,
percaya content yang ditulis dan pendapat dia untuk satu-satu perkara.

sebenarnya ini merupakan...

Pengaruh!!

Pengaruh influencer inilah yang akan membantu memberi keyakinan kepada pengguna untuk mendapatkan produk kita. bila pengguna yakin, barulah mereka akan beli.

Trend Media Sosial !

sekarang ni, orang lebih suka media sosial dari media massa.
kadang-kadang kita akan cari review sama ada di youtube, blog , facebook untuk mendapatkan info mengenai sesuatu perkara.

apabila ada review,
maka lebih mudah untuk orang tertarik mengenai barang tersebut.

macam aku selalu kalau nak beli barang, aku akan baca review blogger untuk barang tu. kalau okay, baru aku beli.

tempat makan contohnya, aku akan baca review dulu sebelum aku terjah ke tempat tu.

sebab itulah pentingnya influencer marketing ini dalam membantu bisnes kita.

Bahagian ke 3 : Siapa Boleh Tolong Carikan Influencer ?


sushivid Influencer Marketing

Untuk pengetahuan korang, Sushivid antara platform untuk korang dapatkan influencer untuk promote produk dan jenama korang. aku pun pernah berkerjasama dengan sushivid untuk promote jenama Medklinn haritu. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi mereka melalui link yang aku kongsikan ini - www.sushivid.com

Mereka ini macam orang tengah antara korang dengan influencer. mudah kan.

Akhir sekali, nak pastikan bisnes korang berjaya. korang kena ikut trend terkini.
ia lebih berkesan berbanding cara lama.

kalau korang tak mulakan sekarang, takut korang akan ketinggalan nanti.

Gunakan influencer untuk memastikan orang ramai percaya dengan produk korang dan lihatlah hasilnya. selain dari bantu orang kenal dengan produk korang, influencer juga akan membantu membina keyakinan terhadap produk korang .

ini yang paling penting sekali, bila orang percaya, barulah orang beli.
betul tak ?

sekian.

PESTA PULAU PINANG 2017 KEMBALI LAGI

PESTA PULAU PINANG 2017 KEMBALI LAGI

Bila masuk hujung bulan november setiap tahun, ramai yang ternanti-nanti kemunculan pesta yang diadakan setiap tahun ini !!... Pesta pulau pinang @ pesta penang 2017 pasti akan menjadi lebih menarik lagi dan di jangka akan ada ramai lagi yang akan memenuhi pesta tahun ini.

uniknya pesta penang ni adalah ia selalu berlangsung di tapak pesta sungai nibong. dan setakat ni tak pernah tukar lagi ke venue lain tau. hehehe

PESTA PULAU PINANG 2017

Tarikh bermulanya pesta pulau pinang 2017 adalah pada  25 november 2017 sehingga 31 Disember 2017.

apa yang menarik di pesta penang ni ?
setiap tahun boleh dikatakan ada banyak benda baru.
antara yang menjadi tumpuan sudah pasti funfair untuk kanak-kanak dan dewasa.

korang boleh main permainan top gun ,roller coaster dan macam-macam lagi.

kalau korang tak mau main game, hangpa boleh jalan-jalan sambil menikmati udara malam yang segar dan juga boleh shopping !!!

ye, sebab banyak kedai di buka dan pastinya harga depa cakap memang murah gila-gila tau. terutamanya bab makanan lah. orang penang suka makan kan. hahaha

jadi, kebetulan pesta pulau pinang 2017 ini diadakan pada musim cuti sekolah jadi pakat mailah ramai-ramai ke pulau pinang ni ya lepas tu pergi pesta.

bagi korang yang pergi tahun lepas, aku ada tulis mengenai pesta pulau pinang 2016. harap korang sudilah baca ya.

bagi yang tak tahu lokasi pesta penang ni,

korang search " tapak pesta pulau pinang " . mesti jumpa punyalah kalau tak jumpa juga cuba "tapak pesta pulau pinang sungai nibong " kalau tak jumpa juga search sahaja " terminal bas sungai nibong " nanti jumpalah tempat dia.

aishhh susah sangat lah.
nah map dia. hahahaha



OOh ya, aku lupa nak bagi tahu,
nak masuk pesta penang kena bayar tiket ke tidak ?

Ya , kena bayar. jangan risau murah jer.
di pintu masuk akan dijual tiket

tahun lepas ,
...harga RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak .

untuk 2017  nanti aku update lain ya. rasanya tak ada perubahan.

jom aku belanja suasana di pesta pulau pinang !!

PESTA PULAU PINANG 2017

PESTA PULAU PINANG 2017


PESTA PULAU PINANG 2017


amacam , best kan. apa lagi cepat tempah flight dan hotel untuk merasai sendiri pengalaman di pesta pulau pinang 2018. macam-macam ada !! hehehe pakat kongsikan dengan rakan lain mengenai pesta penang ni. mana tau diorang nak join juga. hehe


Senarai Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita ( TV3 )

Senarai Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita ( TV3 )


Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita ( TV3 )


Drama dekatkan jarak kita ini merupakan drama adaptasi dari novel dekatkan jarak kita karya Syu Ariani tau.  Pelakon utama dalam drama ni adalah Syafiq Kyle dengan Ayda Jebat... hehe jarang tengok gandingan dua ni kan.

Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita

Syafiq Kyle ( Tashriq ), Ayda Jebat ( Alyssa Sofea ) , Azhan Rani (  Kamil ) , Catriona Ross sebagai Ummi Khadijah, Wan Sharmila sebagai Riana, Nadia Brian, Riena Diana sebagai sofiya , Emma Akma, Aishah Atan

Info Berkaitan drama ni.

Jumlah Episod: 15 episod
Waktu Tayangan : Isnin hingga  rabu, 10 malam
Tarikh Mula Tayangan : 21 November 2017
Saluran Tayangan : TV3

Sinopsis Drama dekatkan jarak kita adalah berkisar mengenai seorang perempuan yang menyamar menjadi orang lain semata-mata wasiat. alyssa terpaksa menyamar menjadi sofiya selepas diminta oleh rakannya itu.

Sofiya merupakan seorang adik kepada Tashriq lakonan syafiq kyle yang terpisah sejak dari kecil lagi. pertemuan ini bertukar menjadi tragedi apabila perasaan cinta mula menjelma.

Drama Dekatkan Jarak Kita

mampukan alyssa menceritakan peristiwa sebenar kepada tashriq, atau dia akan sentiasa menjadi adik kepada tashriq sebagai penyamar sofiya atau ada plot twist nanti ?

jangan lupa tengok drama ini dekat tv 3 ya. tak sabar nak tengok drama arahan azman yahya dan shiela rusli ni tau. selamat menonton

VIRAL !!  11 SOALAN UNTUK IBU DAN AYAH SEBELUM BUAT KEPUTUSAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH

VIRAL !! 11 SOALAN UNTUK IBU DAN AYAH SEBELUM BUAT KEPUTUSAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH

Anak korang baru nak masuk sekolah ?
tapi masih takut-takut nak hantar anak.

takut dia tak boleh survive ?
risau dia buat hal dekat sekolah ?

tak yakin ?
tak mau lah lagi, dia masih muda.

11 SOALAN UNTUK IBU DAN AYAH SEBELUM BUAT KEPUTUSAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH

kecik lagi,
takut nanti dia tak bercakap dengan orang lain.

dia kena buli ke.
menangis ke ?

trauma lah,
bahaya tau !!

ini semua solan yang berlegar di minda ibu dan bapa bila nak hantar anak buat kali pertama ke sekolah. macam mana nak atasi benda ni ?

korang jawab soalan ni .

jawab di sini .

dah jawab ?
jawab dulu ya.

kalau semua dapat dijawab dengan betul,
maka anak korang dah bersedia untuk ke sekolah.

jadi jangan risau dengan diorang.
pandailah diorang sesuai kan diri.

kita hanya mampu beri sokongan dari jauh.
kuatkan semangat dia untuk ke sekolah.

insyaallah dipermudahkan urusan.

kalau ada soalan yang masih belum ada jawapan ?
itu korang kena pastikan ia dijawab dulu.

contoh ada beberapa soalan macam memerlukan perancangan dan sebagainya. itu korang letak dalam planner korang elok-elok.

nanti bila tiba masanya, jawab soalan tu ya  .
soalana apa tu ?

hehe baca dekat link yang aku kongsikan tu ya.
penting sangat untuk ibu dan bapa faham benda tu ya.

selamat menjawab !!
hehehe

Orang Negatif Sila Duduk Jauh-Jauh

Orang Negatif Sila Duduk Jauh-Jauh

Hai korang, buat apa tu ? hari ni aku tak update entri lagi kan.
jadi aku nak sembang-sembang ja dengan korang.

korang mesti pernah jumpa orang yang suka kutuk orang.
mesti pernah kan.

aku kategorikan mereka ni sebagai orang negatif.

Image result for criticize people

" sebab apa negatif, sebab tak membantu dalam membangunkan seseorang. "

aku tak nafikan ada teguran yang membina.
membina itu dinamakan positif.

bila negatif ni macam

kau buat apa pun , mesti tak kena pada mata dia.

ada ja yang nak ditegurnya.

pakai baju ni salah.
keluar awal salah

upload gambar ni salah

dan macam-macam lagi lah.

nasihat aku, jangan layan orang macam ni.
selagi apa yang korang buat tu betul dan ikut syariat islam.

maka teruskan lah apa yang korang buat tu.
jangan di layan.

nanti tak jadi kerja korang nanti.

yang kedua, tak perlu cari rakan positif dengan meminta like semata .

" nak tengok rakan-rakan positif like post ni "

dan bla bla bla .

nasib kalau baik, kau nampak status macam ni dan kau boleh like.

tapi ada ja perangai yang baca status macam tu tapi dia tak like pun.

hahaha
aku lah tu.

ya aku bukan kawan korang yang positif.

ada cara lain nak nilai sama ada kawan korang positif atau tidak.
jangan ukur kawan anda dengan jumlah like yang diberikan.

murahnya nilai persahabatan kalau diukur dengan jumlah like.
fikir-fikirkanlahhh.

baik, dah dah aku membebel.

aku saja nak sembang dengan korang jer malam ni.
ya, aku pun kadang-kadang kutuk orang juga.

bukanlah aku yang terbaik 100 %
kita sama-sama ingatkan antara satu sama lain ya.

senyum selalu.

meh follow blog ni tau !!

Pengalaman Bercuti Di Holiday Villa Cherating Yang Sangat Menarik

Pengalaman Bercuti Di Holiday Villa Cherating Yang Sangat Menarik

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best



Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best. Assalamualaikum, hari ni aku teruskan entri travel aku yang tak habis-habis lagi tu. hahaha , kali ini aku nak cerita pasal HOLIDAY VILLA CHERATING yang menjadi tempat penginapan aku semasa bercuti di cherating  !!! .

Masa di Terengganu , aku duduk di TH hotel Terengganu yang best tu tapi ini di cherating pula tempat baru dan suasana pun baru.

...Holiday villa cherating ini merupakan sebuah tempat penginapan yang berada betul-betul di tepi pantai. kalau korang keluar bilik jer, pergi ke belakang hotel ada pantai yang luas dan sangat-sangat menarik . aku bagi 5 bintang dekat pantai dia.

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best


Selain pantai, antara kemudahan lain yang ada di sini adalah dua kolam renang untuk kita mandi. kiranya korang ada dua pilihan lah sama ada nak mandi laut ataupun nak mandi kolam. ramai jer yang mandi kolam, lepas tu pergi terjun laut. hehehe

tu yang syok tu. aku tak mandi sebab aku malas. hahaha aku mandi dalam tandas hotel jer. lalala

Kemudahan di holiday villa cherating 


..Sebut pasal kemudahan ni, macam hotel-hotel yang lain. ada kafe dia sendiri, ada kolam renang dia sendiri , ada Wifi ada elektrik dan kemudahan lain. Cumanya masa aku pi sana tu , kami minta wifi tapi tak dapat password pula. penat jer tunggu dekat kaunter tu. haaishh.

tapi keseluruhan tempat ni memang best, ada ruangan bersantai tepi kolam renang diorang. ada padang kecil sebelum ke tepi pantai tu. ada wakaf untuk berehat sambil menghirup udara segar di tepi pantai dan lain-lain. ada juga tempat main bola tampar di holida villa cherating ini.

Sunrise dekat pantai dia memang terbaik. aku tergoda , aku tergoda aku tergoda. hahaha

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best
Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best

Gambar bilik holiday villa cherating

Bagi yang nak tahu macam mana gambar bilik yang aku duduk di holiday villa cherating ni. jom tengok di bawah ni .

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best
Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best

Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best
Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best


Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best
Percutian di Holiday Villa Cherating Yang Best


Kami pilih bilik yang ada sambungan sebabnya nak sembang-sembang senang. jadi tak lah buat hal sendiri bila duduk bilik asing kan. bilik kami di holiday villa cherating ni betul-betul menghadap kolam renang di sebabkan kami dapat bilik yang di bahagian bawah. buka jer sliding door tu terus boleh ke kolam.

> Memang best duduk dekat sini. sebagai tambahan, aku pernah cerita pasal tengok penyu di cherating kan. hotel holiday villa ni ada menawarkan perkhidmatan untuk korang tengok penyu di sekitar kawasan tersebut. cumanya korang kena bagitau dekat kauter tu supaya korang boleh tahu waktu bila untuk sertai aktiviti tersebut.

Aku tak sempat pergi sebab hari raya , jadi faham jer bila staf tak ada dan sebagainya untuk uruskan benda ni. sebab tulah kami pergi ke pusat penerangan penyu, dekat jer dari hotel ni dala 15 minit ke 20 minit .

Alamat holiday villa cherating

Bagi yang nak tinggal di sini, korang boleh tempah dekat booking.com ataupun korang call dan buat tempahan di alamat holiday villa ini. Mudah dan cepat.

HOLIDAY VILLA BEACH RESORT & SPA CHERATING PAHANG

Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
+60 9 581 9500
+60 9 581 9178

rsvnchv@holidayvilla.com.my

Penutup

Alhamdulillah, percutian di cherating memang best dengan suasana yang menarik dan lari dari kesibukan kota. kalau berminat untuk tinggal di sini, korang buka laman web hotel villa cherating ini dulu untuk pilihan pelbagai jenis bilik di sini. semoga perkongsian aku mengenai cerita percutian aku di holiday villa cherating ini bermanfaat untuk korang.

p/s : diupdate semula pada 20 november 2017 .

Kataubaid© .