JODOH TIDAK KENAL SESIAPA !

JODOH TIDAK KENAL SESIAPA ! | Ramai yang tercari-cari siapakan jodoh kita . ramai juga yang gagal menemui jodohnya walaupun sudah berhabis ribuan ringgit dengan pasangan tersebut . Namun ia adalah ujian dari Allah , kita tidak kenal siapa jodoh kita melainkan hanya dengan pertolongan Allah . Jodoh pula sudah pasti tidak akan datang seperti yang kita harapkan. ada kala pelbagai dugaan dan cobaan yang harus di tempuhi sebelum bertemu dengan jodoh yang betul-betul kena dengan kita kerana JODOH TIDAK KENAL SESIAPA !


JODOH TIDAK KENAL SESIAPA !

Ada pasangan bercinta puluhan tahun, namun tidak sampai ke jinjang pelamin . Ada pasangan yang tidak pernah bercinta sebelum berkahwin tetapi hubungan mereka sehingga ke akhir hayat. mereka bahagia . kita pula macam mana ? Pernah tak kita terfikir untuk mempunyai hubungan dengan jodoh kita secara sah dan di redhai ?

Aku yakin ramai yang mempunyai impian dan cita-cita sedemikian rupa , namun ramai juga yang kecundang dalam pemilihan jodoh yang sesuai . Ramai yang suka mencuba, mencuba dengan si A, kemudian gagal , bergerak pula ke si B ,gagal juga kemudian bergerak ke si C dan seterusnya sehinggakan boleh dikata ia mempunyai koleksi kekasih yang berbeza sebelum berkahwin. Sedarlah ia bukan mampu memberi pengalaman kepada korang tetapi ia menunjukkan kenapa kita ini terlalu mudah jatuh cinta .

Masyarakat akan mula pandang serong seandainya kita mempunyai perwatakan yang aku sebutkan macam tu. bagaimana nak atasi perasaan nak bercouple dengan ramai orang ? pertama sekali sudah pasti kita perlu tanya kepada diri kita sama ada kita betul-betul mahukan jodoh dengan pasangan tersebut. kalau tidak, lebih baik kita berlaku jujur dan tamatkan perhubungan . jangan biarkan kedua-dua pihak mempunyai harapan.

Kedua, buatlah istikharah mohon dan bertanya secara terus dengan Allah mengenai calon jodoh yang kita inginkan tersebut. Sama ada dia baik untuk kita atau sebaliknya . Insyaallah , kita akan mendapat jawapan yang lebih baik dan menenangkan hati kita dan yang lain . Dua perkara ini penting bagi mengelakkan kita berkenalan dengan orang yang tidak sepatutnya sehinggakan kita di pandang serong dalam masyarakat .

Akhir sekali, jodoh memang tidak kenal dengan sesiapa . Kita mungkin berkahwin dengan jiran kita, mungkin juga kawan kita yang sudah lama terpisah dan pelbagai lagi kemungkinan yang boleh berlaku . ia kerana Jodoh adalah rahsia Allah. DIA saja yang tahu dengan siapa kita akan berkahwin dan dengan siapa kita akan berkekalan sehingga akhir hayat kita. doa dan istikharahlah semoga kita mendapat jawapan yang diingini.

Sekian.

Previous Post Next Post