HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI !

HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI ! | Bagi yang mengikuti cerita aku mengenai travel di Langkawi baru-baru ini, pasti korang ternanti-nanti entri berkaitan cable car , betul tak ? hehe aku sempat sampai ke cable car ini sehari sebelum balik . jadi ada beberapa pengalaman di sini di samping memasuki ke  3D Art Muzium yang super duper awesome . tetapi entri kali ini aku fokuskan kepada Harga tiket sahaja , nak tengok gambar di puncak gunung mat chincang tu nanti aku update entri yang lain ya . hehe Ramai yang tanya berapa harga tiket cable car langkawi .Berikut merupakan HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI !


HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI !


HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI !

aku kongsikan mengenai harga basic sahaja sebabnya pihak panorama langkawi ada menyediakan beberapa pakej yang menarik untuk anda bagi memberi penjimatan kepada pelanggan mereka . kalau korang nak tahu maklumat lanjut, boleh terjah ke Panorama Langkawi . Berikut merupakan HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI yang basic .


HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI !


Sewaktu aku datang ke sini, aku tempah tiket mengikut jumlah yang naik sahaja. Maksudnya aku tak ikut beberapa pakej yang di nyatakan di laman Web Panaroma Langkawi . Kami naik 5 orang dan bawa mykad , jadi murah sikit lah . Pastikan korang bawa mykad untuk penjimatan kos menaiki Cable car langkawi . Pihak Panorama Langkawi ada menyediakan beberapa pakej dan kebanyakkan pakej ini mencampurkan beberapa tempat menarik di sekitar kawasan gunung mat chincang ini .

**ada pakej untuk korang book satu gondola terus untuk korang dan family . tapi harga dia mungkin mahal jika tak ramai dan mungkin murah bila ramai . satu gondola muat dalam 6 orang dewasa .

Antaranya ada Sky Rex,Sky Dome 6D Cinemotion dan banyak lagi . untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk laman web Panorama Langkawi . Mesti korang tanya, yang mana murah ? hehe korang kena pandai bajet ya . sebabnya ada kala ikut person murah sikit berbanding korang tempah untuk private gondola dan sebagainya.terpulang kepada bilangan orang bersama dengan korang ya.

Selain itu antara tarikan Cable car langkawi adalah Bottom Glass Gondola yang mana lantai gondola atau cable car korang di perbuat dari kaca yang kuat dan korang boleh tengok di bawah sepanjang perjalanan korang  ke puncak Gunung . beberapa maklumat lain, korang jangan risau kerana akan di beri panduan oleh petugas-petugas yang ada di Cable car Langkawi . 


HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI !

CARA BELI TIKET CABLE CAR LANGKAWI .

1. Tempah Online di Laman Web  Panorama Langkawi .
2. Pergi ke kaunter tiket yang ada di sana .

Semoga percutian anda dan keluarga lebih bermakna dengan Entri HARGA TIKET CABLE CAR LANGKAWI . Bawalah keluarga anda dan rasai pengalaman menaiki Cable Car Langkawi yang menakjubkan ini. aku pun dah naik dua kali. sapa berani boleh naik banyak kali . hehe abam tak kuaad. hehe semoga bermanfaat . jangan lupa share entri ni tau !

Sekian.

Previous Post Next Post