CARA BUANG PERKARA NEGATIF DALAM KEHIDUPAN !

CARA BUANG PERKARA NEGATIF DALAM KEHIDUPAN !

CARA BUANG PERKARA NEGATIF DALAM KEHIDUPAN ! |  Sejak dua tiga menjak ini kalau korang perasan banyak betul perkara negatif berlegar di media sosial kita . Banyak benda fitnah dan mengumpat berlegar di wall kita menyebabkan kita rasa tempias aura negatif dari perkara tersebut. aku tak nak sebut perkara atau isu yang berlaku sebabnya aku tak minat nak ambil port . aku hanya doakan masalah mereka-mereka itu diselesaikan dengan cara baik .itu sahaja. pernah tak korang terfikir macam mana CARA BUANG PERKARA NEGATIF DALAM KEHIDUPAN !


CARA BUANG PERKARA NEGATIF DALAM KEHIDUPAN !


Sudah pasti, lawan bagi negatif adalah positif. mahu atau tidak mahu, kita perlu hiasi hidup kita dengan perkara yang positid. antara perkara positif yang boleh di lakukan adalah dengan mencari kawan-kawan yang positif, dan amalkan perkara yang positif seperti senyum, buat baik dengan orang lain dan sentiasa fikir untuk buat baik .

Tadi, aku terbaca status facebook milik Dr Zaharuddin Abdul Rahman . Aku tertarik untuk kongsikan dengan korang memandangkan status tersebut berkaitan dengan tajuk entri aku. Status tersebut adalah seperti berikut :





Satu peringatan yang baik dari Dr Zaharuddin mengenai situasi atau perangai orang melayu di media sosial . Konsep share dulu baru semak memang tidak patut di amalkan oleh orang islam. kita kena semak dulu, takut kalau salah nanti jatuh fitnah . dan berdosa pulak kita nanti . Antara perkara negatif yang menyelubungi kita sekarang adalah fitnah dan mengumpat yang berleluasa .

Ada pulak di antara kita yang menganggap perkara tersebut sebagai perkara biasa . Allahurabbi , sedarlah wahai manusia, dosa menfitnah itu lebih besar dari membunuh ! . elakkanlah dari menfitnah dan mengumpat . hati-hati takut ia mengganggu amal ibadah kita.


baca juga : Jangan bagitahu impian korang, tunjukkan !

Antara cara lain untuk membuang perkara negatif di dalam hidup kita adalah dengan sentiasa beristighfar kepada Allah setiap masa. Sudah pasti kalimah istighfar itu sendiri membawa maksud pemohonan maaf kita kepada Allah. mana mungkin kita minta maaf sambil buat dosa . betul tak ? yang penting sekarang ini, kita kena sebarkan Aura Postif ya, bukan aura white. hhahaha

kalau nak aura positif meh tengok video >> Sudah tak jadi pemandu kereta lumba ? << ada team ni ,dia try nak uji sama ada susah tak lumba kereta ni , nampak tak dia ada aura positif yakni untuk mencuba, kalau dia tak cuba atau dia ada aura negatif mesti dia malas nak join, huhu

Aura positif memberi kelebihan dan menguatkan badan jasad dan rohani kita. Biarlah orang nak cakap kita berlakon baik atau kita riak atau pun kita tunjuk baik, asalkan kita tahu niat kita sebenarnya adalah untuk membuang perkara negatif dalam kehidupan kita dan menambah perkara positif yang baik kedalam hidup kita. biar manusia berkata-kata, sampai satu masa mereka pasti diam kelu seribu bahasa.

Sekian.



SENARAI PELAKON DRAMA CINTA MASAM MANIS !

SENARAI PELAKON DRAMA CINTA MASAM MANIS !

SENARAI PELAKON DRAMA CINTA MASAM MANIS ! |  Drama baru yang menggantikan Drama Lara Terindah yang bertajuk Drama Cinta Masam Manis sudah mula di tayangkan di tv 3 hari ini ( 26 september 2016 ) . Drama ini di bintangi oleh Zamarul Hisham dan Izara Aishah ini trending di twitter ketika waktu siaran mereka untuk episod pertama. mesti ramai yang nak tahu SENARAI PELAKON DRAMA CINTA MASAM MANIS !, Berikut merupakan SENARAI PELAKON DRAMA CINTA MASAM MANIS !


SENARAI PELAKON DRAMA CINTA MASAM MANIS !



SENARAI PELAKON DRAMA CINTA MASAM MANIS !


Tajuk Drama : Drama Cinta Masam Manis
Bil Episod : 24
Tarikh Mula Tayangan : 26 September 2016
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 6.58 petang
Saluran Siaran : TV3
Senarai Pelakon : Izara Aishah, Zamarul Hisham, 
Wan Nur Azlin, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Rahim Omar, Raja Ilya, Mimi Ernida, Nu'man Salleh, Erry Putra, Tash Yong .


Video Sedutan Drama Cinta Masam Manishttp://lynk.my/k8zL

Tonton Online Drama Cinta Masam Manishttp://bit.ly/2e28eES

SENARAI PELAKON DRAMA CINTA MASAM MANIS !


SENARAI PELAKON DRAMA CINTA MASAM MANIS !


Ramai ke peminat zamarul Hisham dengan izara Aishah ? ce komen sikit. hehe sebenarnya lama tak nampaak drama lakonan hero malaya zamarul Hisyam ni dekat tv 3 kan. korang rasa best tak Drama Cinta masam manis ni ?

Sekian.


Jom like page Blog kataubaid, banyak info yang korang boleh dapat dekat sana ! :)

TUDUNG BAWAL VS SHAWL !

TUDUNG BAWAL VS SHAWL !

TUDUNG BAWAL VS SHAWL ! |  Perempuan dan tudung memang tidak boleh di pisahkan. Hakikatnya tanggungjawab dan tuntutan Islam kepada kaum wanita adalah untuk bertudung kerana ia salah satu perkara yang wajib di tutup atau wajib di sembunyikan daripada pandangan lelaki yang bukan mahramnya . Kalau anda perasan zaman sekarang banyak betul nama tudung yang ada di pasaran antaranya adalah bawal,shawl,exclusive dan sebagainya . Ini adalah antara peluang untuk wanita di luar sana untuk bergaya walaupun dalam keadaan mereka menutup aurat . 



Tudung bawal ke tudung Shawl !


Satu sahaja pesanan, islam tidak melarang ummatnya berfesyen, pakailah apa yang nak pakai asalkan tidak melanggar aturan yang telah di tetapkan oleh islam. itu sahaja . Sejak pelbagai jenis tudung yang keluar di pasaran, banyak juga video tutorial pakai shawl atau tudung berada di media sosial. Tidak kurang Entri berkenaan Cara pakai Shawl atau tudung di dalam google yang menjadi perhatian kaum wanita .

Pernah tak korang terfikir apa perbezaan antara Shawl dan tudung bawal. aku yakin kalau tanya orang lelaki macam aku ni, mesti jawapan kami adalah sama yakni kedua-duanya tudung . haha tap bagi kaum wanita ia adalah berbeza . Berbeza dari segi lilitannya sebenarnyakan. Jom kita study sikit pasal kedua-dua jenis tudung tersebut berdasarkan gambar di bawah .

Karton di atas ni nak bagitau yang tudung Shawl lebih laju dan cepat untuk di gayakan berbanding dengan tudung bawal itu sahaja . Kaum wanita , korang rasa betul ke cepat ? atau korang lebih mementingkan keselesaan ketika memakai tudung atau kecepatan bersiap ? . 


Point yang terakhir dalam karton ni cakap " kau ingat aku pakai tudung untuk pandangan lelaki ke ? " , aku suka ayat tu. betul kaum wanita pakai tudung untuk menutup aurat dan jangan pakai tudung sebab lelaki yang bukan mahram . pakai tudung kerana Allah semoga pakaian kita hari-hari ini memberi pahala  yang banyak kepada kita sepanjang kita memakainya .

Sekian.


JANGAN BAGITAHU IMPIAN KORANG TAPI TUNJUKKAN

JANGAN BAGITAHU IMPIAN KORANG TAPI TUNJUKKAN

JANGAN BAGI TAHU IMPIAN KORANG TAPI TUNJUKKAN  |  Korang pernah denga quote yang berbunyi " jangan bagitahu impian anda tapi tunjukkan ". Sebenarnya aku ambil Quote ini dari  Page Johor Southern Tiger ( JDT ) . ia adalah beberapa Quote yang di muat naik ke page berkenaan baru-baru ini. aku tertarik dengan quote ini kerana aku bersetuju dengan apa yang di nyatakan oleh quote tersebut .


JANGAN BAGI TAHU IMPIAN KORANG TAPI TUNJUKKAN


Dalam hidup ini, bukan semua benda kita boleh ceritakan dekat orang. adakala kita perlu kedekut atau berahsia dengan orang lain untuk menjadikan kita sesuatu yang istimewa dan bukan buah mulut orang ramai . Orang putih ada cakap " action is better then word " jadi kita perlu lebih banyak menunjukkan hasil berbanding hanya mencanang impian .

Orang yang selalu mencanang impian umpama orang yang bercakap kuat tetapi kosong . sebaliknya apabila seseorang itu mampu memberikan hasil yang lumayan atau dalam bahasa lain memberi kejayaan, pasti orang lain akan bertanya kepadanya apakah impian mereka setelah berjaya. nampak tak, bila kita berjaya,automatik orang lain akan tanya kita mengenai impian kita. berbanding kalau kita hanya bercakap tetapi tiada hasil langsung . orang akan bertambah ragu-ragu .

Mulakan dengan perancangan dan pastikan impian kita kena jelas .Bukan sekadar matlamat tetapi cara atau jalan untuk mendapatkan matlamat juga kena jelas. supaya tidak menyusahkan kita apabila kita di usik atau terjatuh di tengah perjalanan. Di samping itu, kuatkan hubungan dengan Allah, semoga ia lebih memudahkan urusan kita dan menenangkan hati kita .

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan tahniah buat Pasukan JDT,sebab berjaya membawa pulang trofi liga super buat kali ke3 berturut-turut . contohilah TMJ kerana beliau mampu menutup mulut pengkritik terhadapnya dengan memberikan mereka apa yang dia berjaya lakukan berbanding orang yang hanya cakap banyak tetapi tiada punya apa-apa.

Sekian.


BUAT MACAM NI KALAU NAK BERJAYA !

BUAT MACAM NI KALAU NAK BERJAYA !

BUAT MACAM NI KALAU NAK BERJAYA ! |  Pernah tak kita terfikir untuk berjaya ? pernah tak kita terfikir cara untuk kita berjaya ? Pernah ? kalau anda pernah berfikir macam itu tanda anda mempunyai peluang cerah untuk berjaya . Setiap manusia ingin berjaya namun tak ramai yang sanggup merealisasikan impian mereka untuk berjaya. Ada yang sanggup bermatian untuk berjaya dan ada juga yang sanggup ala kadar sahaja untuk berjaya. Anda bagaimana ? Kalau anda nak berjaya cuba buat macam ini .


CARA NAK BERJAYA DALAM HIDUP


Nak buat macam mana, Pertama, kita kena yakin dengan diri kita . Kalau kita tidak yakin dengan diri kita, macam mana orang lain nak yakin dengan kita . Yang kedua, Jangan buang masa dengan benda yang tidak berfaedah . Mulakan perancangan dan perbanyakkan plan mungking akan membantu kita bila kita memerlukan .

Selain itu, kalau kita nak berjaya, kita kena ada icon atau role model. Contoh , kalau dalam bidang blogger, korang perlu ada icon dan role model supaya korang boleh terus berjaya. Icon dan role model ini umpama sumber inspirasi kepada kita supaya kita tidak putus asa di tengah jalan . Sebenarnya setiap permulaan itu susah, tetapi adalagi susah daripada itu. apa dia ? nak maintain selepas bermula itu susah .

Nak tambah sikit lagi, mungkin ada dalam kalangan kita yang gemar buat pelaburan untuk berjaya ataupun mereka sendiri terlibat secara langsung dengan pelaburan. maka sebagai penguat semangat, korang bacalah entri >> Orang Malaysia yang berjaya tak akan buat 6 perkara mitos dalam pelaburan << entri ini berguna untuk setiap orang yang nak berjaya. Cumanya anda perlu letakkan 6 perkara tersebut di tempat anda dan berdasarkan apa yang anda nak berjaya.Insyaallah akan membantu .

Sekian.

VIRAL ! GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 TERBONGKAR !

VIRAL ! GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 TERBONGKAR !

GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 TERBONGKAR !  |  Baru-baru ini Proton baru sahaja melancarkan proton persona baru dan kini terdapat ura-ura proton bakal mengeluarkan proton saga baru 2016 . Korang dah tengok gambar proton saga baru 2016 ? jom tengok GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 . Gambar sumber siakap keli .


GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 TERBONGKAR ! 


GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 TERBONGKAR !

GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 TERBONGKAR !

GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 TERBONGKAR !



Baca juga : Video Evolusi Persona baru 2016 ! Fazura dan Zul Ariffin peneraju utama .

GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 TERBONGKAR !


**gambar sumber fb proton ,paultan, we motor

Body model kereta Proton Saga ni nampak cantik dan menawan . agak-agak nanti bila dah keluar, harga proton saga baru ni berapa eh. aku suka body macam ni, macam aku pernah cakap sebelum ini model proton dah ada revolusi dari petak kepada bulat dan yang penting seiring dengan jenama-jenama model terkenal dunia yang lain . seronok tak tengok GAMBAR PROTON SAGA BARU 2016 TERBONGKAR ! 

Sekian.


SENARAI PELAKON DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP !

SENARAI PELAKON DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP !

SENARAI PELAKON DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP ! | Drama baru yang di tayangkan di tv 3 iaitu Drama Patahnya Sebelah Sayap kini menjadi trending di media sosial . Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Ummi Nazeera , Wawa Zainal, Aeril Zafril,Izzue Islam dan ramai lagi menjadikan drama ini wajib tonton untuk anda. Berikut merupakan SENARAI PELAKON DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP !





SENARAI PELAKON DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP !


SENARAI PELAKON DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP !

TAJUK DRAMA : DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Bil Episod : 15
Waktu Mula tayang : 20 September 2016
Waktu Tayangan : Isnin-Rabu , Jam 10.00 malam
Saluran Siaran : Tv 3
Senarai Pelakon : Aeril Zafrel, Ummi Nazeera,Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd,


Baca juga : Biodata Ummi Nazeera .  Biodata Amran Ismail ( Putra Amaris ) Biodata Wawa Zainal .

SENARAI PELAKON DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP !


Waah, ramainya pelakon hebat dalam drama patahnya sebelah sayap. orang kata mereka ini hero-heroin lama yang sebelum ini pernah menghiasi drama-drama tempatan. korang rasa best tak drama ni ?

Sekian.

PERKARA YANG PALING MENAKUTKAN PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA !

PERKARA YANG PALING MENAKUTKAN PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA !

PERKARA YANG PALING MENAKUTKAN BERLAKU DI MALAYSIA ! |  Seram sejuk pulak aku menaip entri ini. hehe Korang perasan tak sepanjang tahun ini dan tahun sebelum-sebelum ini, negara kita tidak akan terlepas dari fenomena pelik yang melanda negara setiap tahun .Tak kira kisah itu misteri ataupun tidak ia tetap menjadikan kita pelik dan tak tahu macam mana boleh berlaku. Korang pernah terfikir tak apa PERKARA YANG PALING MENAKUTKAN BERLAKU DI MALAYSIA ?

Pada mulanya aku baca satu artikel dari sebuah blog mengenai perkara-perkara pelik ni. mula-mula aku tak percaya, lama kelamaan makin aku scroll ke bawah, makin banyak pula perkara pelik yang berlaku di Malaysia ini yang di diamkan oleh media .aku pun heran jugalah kan.Contohnya gambar di bawah ini, korang agak-agak gambar apa ?



gambar kambing berupa manusia : seram



Gambar budak berbulu ? gambar anak kucing ? sebenarnya gambar ini merupakan gambar seekor kambing milik seorang petani di malaysia yang melahirkan anaknya yang seakan-akan anak manusia . Pelik tak ? ni bukan cerita luar negara tapi dalam negara kita ni. tapi sayang, anak kambing ini tidak hidup lama kerana dia mati selepas dia dia lahirkan.

Antara perkara pelik lain yang berlaku di Malaysia yang aku baca dalam sebuah blog ini adalah mereka menjumpai Ikan Duyung di Pulau Pinang pada tahun 2006 . Whaatt, aku baru form 1 time tu.tak dengar pulak cerita mengenai ikan duyung di pulau pinang . Kalau korang nak tahu lagi perkara lain yang menakutkan yang pernah berlaku di malaysia korang baca dekat entri ini >> 8 PERKARA MENAKUTKAN ADA KAITAN DENGAN SUPERNATURAL BERLAKU DI MALAYSIA << .

Jangan takut, diorang tak kacau korang. misteri ini kita kena tahu sebab tak banyak media yang melaporkan mengenai PERKARA YANG PALING MENAKUTKAN BERLAKU DI MALAYSIA ! . Kita juga pernah di kejutkan dengan misteri kehilangan pesawat MH 370, itu juga antara kisah misteri yang masih belum terungkai.apa lagi kisah  misteri yang korang rasa pernah berlaku di Malaysia ce komen sikit. janga sebut raja bomoh lak. hahaha

Sekian.

BIODATA UMMI NAZEERA PELAKON DRAMA PATAH SEBELAH SAYAP !

BIODATA UMMI NAZEERA PELAKON DRAMA PATAH SEBELAH SAYAP !

BIODATA UMMI NAZEERA PELAKON DRAMA PATAH SEBELAH SAYAP ! |  Ummi Nazeera sudah tidak asing dalam dunia lakonan tanah air. pelbagai drama yang telah dibintangi oleh ummi nazeera sebelum ini antaranya alif imani . Kini ummi nazeera kembali menghiasi kaca tv anda dengan drama Patah Sebelah Sayap .Berikut merupakan BIODATA UMMI NAZEERA PELAKON DRAMA PATAH SEBELAH SAYAP ! .



BIODATA UMMI NAZEERA PELAKON DRAMA PATAH SEBELAH SAYAP !




BIODATA UMMI NAZEERA PELAKON DRAMA PATAH SEBELAH SAYAP !


BIODATA UMMI NAZEERA PELAKON DRAMA PATAH SEBELAH SAYAP !

Nama Penuh : Ummi Nazeera Nurhidayah Binti Zainul Abidin
Nama Artis : Ummi Nazeera
Umur : 26 tahun
Tarikh Lahir : 20 ogos 1990
Asal : Kuala Lumpur

Lama tak nampak Ummi Nazeera berlakon . Hebat lakonan dia tambah pula dia bergandingan dengan wawa zainal dalam drama patah sebelah sayap . korang dah tonton drama patah sebelah sayap ? selepas baca entri BIODATA UMMI NAZEERA PELAKON DRAMA PATAH SEBELAH SAYAP ! , korang boleh tengok la yer .

Sekian .

PUTUS ASA BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA !

PUTUS ASA BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA !

PUTUS ASA BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA ! |  Sering kali kita berkata kepada diri kita jangan putus asa. Teruskan usaha dan jangan pandang belakang . Pernah juga kita terfikir yang kita sudah tak mampu nak tanggung semua keburukan yang berlaku ini . Kenapa semua perkara tak elok berlaku kepada kita ? Tenang, rileks dan rehatkan minda sekejap . Jangan buat keputusan untuk putus asa secara terburu-buru .


PUTUS ASA BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA !



Duduklah sebentar dan mula berfikir pelbagai cara lain untuk berjaya . Kita kembali berfikir mengenai kejayaan yang telah kita pernah capai . adakah kejayaan yang kita capai itu adalah dengan cara yang mudah ? atau kita tidak perasan sewaktu ingin mencapai kejayaan tersebut kita telah pun bersusah payah .cuba fikirkan .

Kita mula lahir ,kita terbaring sahaja, kemudian kita meniarap,merangkak,bertatih,berjalan dan kemudian kita berlari. Sepanjang usaha kita tersebut, berapa ramai yang mampu berlari tanpa sebarang luka dek kerana jatuh ketika belajar berjalan ? Tak ramai kan . Ia kerana semua orang merasai keperitan untuk berjalan dan akhirnya mereka berjaya berlari selepas bersusah payah berlajar berjalan.

Begitu juga dengan kehidupan kita ini, adakala kita di bawah dan adakala kita di atas. Buat persediaan yang rapi agar kita sentiasa mempunyai jalan keluar terhadap masalah kita. Ingat, masa akan terus berlalu dan kita akan terus mewarnai dunia ini sebelum kita melelapkan mata. tetapi persoalannya, siapakah kita sewaktu menjadi "pelakon " di muka bumi ini . kita yang mencorakkan masa depan kita.

Yang penting,jangan putus asa. Pasti ada jalan untuk kita berjaya . Kalau rasa down sangat, terus berdoa kepada Allah. Allah bagi kita peluang untuk hidup ini pun sudah cukup kita bersyukur dan tunduk. Ingat,gunakan peluang hidup yang Allah bagi ini dengan sebaik mungkin. jangan hiasinya dengan istillah putus asa . Selamat berjaya .

Sekian .


BIODATA ATIKAH SUHAIME PELAKON FILEM VOLKSWAGEN KUNING

BIODATA ATIKAH SUHAIME PELAKON FILEM VOLKSWAGEN KUNING

Pelakon baru iaitu Atikah Suhaime yang kini mempromosikan Filem Volkswagen kuning yang di terbitkan oleh MIG sedang meningkat naik namanya. Terbaru ada kontroversi yang berlaku kepada atikah suhaime dan kita berharap beliau boleh mengatasi kontrovesi tersebut dengan sebaik-baiknya . Jom berkenalan dengan atikah . Berikut merupakan BIODATA ATIKAH SUHAIME pelakon cantik dari singapura ini .

BIODATA ATIKAH SUHAIME
BIODATA ATIKAH SUHAIME

BIODATA ATIKAH SUHAIME 

Nama ATIKAH SUHAIME memang laris di Malaysia. di sebalik kontroversi yang di lalui olehnya, dia tetap masih kuat membina empayar di malaysia.

Nama Penuh : Nurul Atikah Mohd Suhaime
Nama Artis : Atikah Suhaime
Asal : Singapore
Tarikh Lahir : 15 Mac 1991
Umur : 25 tahun


Selepas korang baca biodata atikah suhaime , Apa pendapat korang mengenai mutu lakonan beliau. Beliau juga membintangi drama Si Kolot Suamku sebelum ini . Banyak dah drama lakonan atikah kan. korang suka drama yang mana? ataupun korang suka dia berlakon filem lagi best. jom komen di bawah.

Sekian .


VIDEO MAMAT NI MEMANG BOLEH BUAT KORANG MARAH !

VIDEO MAMAT NI MEMANG BOLEH BUAT KORANG MARAH !

VIDEO MAMAT NI MEMANG BOLEH BUAT KORANG MARAH !  |  Siapakah lelaki yang aku maksudkan ini ? kenapa dia buat kita rasa marah ?  Pertamanya , aku baru tengok video lelaki ini dalam iklan Sprite . Air minuman bergas yang memang legend dari masa aku kecik sampai besar masih ada lagi air sprite ini. Memang dah jadi kegilaan rakyat malaysia untuk memilih minuman sprite berbanding minuman lain .

Sebabnya, rasa air sprite ini lain sikit dari minuman bergas yang lain. betul tak ? sapa pernah rasa ,dia tahulah kan . Cumanya, kenapa Sprite buat iklan atau lebih tepat video promosi menggunakan mamat ni ? dalam video ni semua dia je yang power . mamat hensem lain semua tak power,semua poyo ja. ermm , kesian mamat hensem tu kena caras dengan mamat ini .




VIDEO LELAKI:IKLAN SPRITE


Kalau korang nak tengok apa yang mamat kaler hijau ini buat sampai korang boleh rasa marah, korang tengok dekat Blog ini >>  4 Situasi Yang Confirm membuatkan anda panas dan cara mamat ini mengatasinya << . ada 4 video , dan tindakan mamat dalam gambar di atas ni memang buat korang rasa nak marah. sebab dia guna "ilmu" lain untuk handle masalah tersebut .

Jangan lupa tengok ! agak-agak korang, kalau korang ada dalam situasi mamat hijau ini , korang ada tak masa nak buat macam mamat tu buat. kalau aku, sorry lah .tak ada masa. Dia buat apa ? korang tengok lah video dia tu . hehe

Sekian .

Rasa lama lak aku tak minum sprite ni. hehe

MEMBACA GAMBAR !

MEMBACA GAMBAR !


MEMBACA GAMBAR ! | Assalamualaikum. malam nih kta baca info-info dari gmbar-gambar nih yer.kdng2 kita nmpk jaa..tp tk baca pun isi dia kan..hri jom baca.. amik ibrah dri pa yg ditulis yer..hehe. Jom kita belajar peranan gambar dalam kehidupan manusia. sebelum itu, jom kita baca gambar di bawah ini dahulu . Gambar kata-kata semangat ,mampu memberi kekuatan kepada pembacanya ?



KATA-KATA SEMANGAT

KATA-KATA SEMANGAT

KATA-KATA SEMANGAT

KATA-KATA SEMANGAT

KATA-KATA SEMANGAT

KATA-KATA SEMANGAT

KATA-KATA SEMANGAT

KATA-KATA SEMANGAT


Gambar yang di pertontonkan kepada anda ini merupakan koleksi gambar yang pernah aku miliki. setiap gambar mempunyai peranan masing-masing dalam meningkatkan semangat aku. Aku yakin korang juga mempunyai gambar yang sentiasa membantu korang apabila korang rasa sedih dan down. Betul tak ?

Gambar memainkan peranan yang penting dalam memastikan otak kita terus berfikir . Ada kala gambar membantu kita dalam mengingati memori-memori yang pernah " hidup " dalam diri kita. Bagi aku keperluan sesebuah gambar amat penting dalam memberi kita " memori " untuk di kenang. tanpa gambar mungkin kita tidak akan ingat dengan apa yang berlaku pada satu-satu masa .



KATA-KATA SEMANGAT


KATA-KATA SEMANGATKATA-KATA SEMANGAT
runningman pun ada.. =.="

KATA-KATA SEMANGATKATA-KATA SEMANGAT





KATA-KATA SEMANGAT







Kalau zaman dahulu,kita ada album yang mengumpulkan gambar-gambar kenangan kita. Zaman sekarang kita ada gallery sama ada di telefon bimbit mahupun di dalam computer. sekali sekala ,bukalah file tersebut dan cuba kenang kembali gambar-gambar moment yang pernah berlaku di dalam hidup kita. pasti kita akan tersenyum sendiri melihat gambar-gambar tersebut. itulah antara kepentingan bergambar bagi kita.

Sekian.

Entri 27 julai 2013 di update semula pada 21 September 2016

LAGU TEMA / OST DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU !

LAGU TEMA / OST DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU !

LAGU TEMA / OST DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU ! | Drama yang mendapat perhatian ramai iaiti Drama Abang Bomba I Love You ini semakin hari semakin ramai orang perkatakan. Mana tidaknya Drama Abang Bomba I Love You ini acah-acah drama Romantik dengan di barisi pelakon kacak dan cantik. Mesti korang yang menonton drama ini nak tahu apa Lagu tema atau Ost Drama Abang Bomba I  Love You . Jom layan Ost Abang Bomba I  Love You .


 Penyanyi amira othman LAGU TEMA / OST DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU !


LAGU TEMA / OST DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU !




Tajuk Lagu : Jaga-jaga
Penyanyi  : Amira Othman

LAGU TEMA/ OST DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOUhttp://lynk.my/W6Lh

Lirik Lagu tema /ost drama abang bomba I Love YOu

Lagu Jaga-jaga ini merupakan lagu Nyanyian Amira Othman sendiri untuk Ost Drama Abang Bomba I Love You . Peminat Drama Abang Bomba I Love You mesti dah hafal lagu Jaga-jaga by amira othman ni kan. hehe

Sekian.


SIAPA DI SEBALIK MISTER POTATO ?

SIAPA DI SEBALIK MISTER POTATO ?

SIAPA DI SEBALIK MISTER POTATO ? |  Sebut je Mister Potato, mesti korang terbayang keropok mister potato atau pun korang terbayang icon keropok mister potato yang bermisai dan memakai topi ala-ala orang mexico . Betul tak ? hehe Sebenarnya keropok mister potato ini sudah lama bertapak di dalam Malaysia,malah ramai yang menjadi penggemar keropok ini ketika mereka masih di alam persekolahan. Pasti ini adalah salah satu kenangan terindah yang ada pada zaman dulu dan tidak ada di zaman sekarang . Persoalan timbul SIAPA DI SEBALIK MISTER POTATO ?


SIAPA DI SEBALIK MISTER POTATO ?


Jenama Mister Potato kembali kini dengan wajah,suara dan imej yang baru ! mereka kini tengah memperkenalkan  SIAPA DI SEBALIK MISTER POTATO ? . Rupanya ada nama lain bagi Mister Potato ini dan namanya adalah Amigo . Dia mempunyai ibu dan ayah yang bekerja menjual potato chips dan mereka ini rajin merantau ke luar negara .

Amigo ini juga mempunyai darah kacukan Malaysian dan Mexico ! Amigo terkenal dengan topi besarnya dan juga misai yang mengancam . Sebenarnya ,kisah amigo a.k.a Mister potato ini adalah kisah benar . kalau korang tak percaya baca entri >> JOM KENAL DENGAN MISTER POTATO DENGAN LEBIH RAPAT << . Dalam entri tersebut korang akan kenal dengan lebih rapat dengan Mister Potato dan yang paling penting dia nak balik ke Malaysia !

Bila dia nak balik ke Malaysia memandang dia ada darah malaysian , agak-agak korang SIAPA DI SEBALIK MISTER POTATO ni sebenarnya ? orang terkenal katanya . entahlah , aku pun masih mencari siapa identiti sebenar di sebalik Mister Potato ni. Yang aku tahu, makan keropok yang dia jual tu je. hahaha Dalam link yang aku kongsi dekat atas ini, diorang bagi hint mengenai kawan-kawan mister potato ni dekat malaysia. aku pun konfius siapa mister potato ni. korang rasa SIAPA DI SEBALIK MISTER POTATO ? Sama-sama kita nantikan kemunculannya .

Sekian .

HATI TAK TENTERAM ! NAK BUAT MACAM MANA ?

HATI TAK TENTERAM ! NAK BUAT MACAM MANA ?

HATI TAK TENTERAM ! NAK BUAT MACAM MANA ? |  Setiap manusia mempunyai hati . Hati di ibaratkan seperti otak yang mengawal badan kita. hati juga memainkan peranan dalam menentukan hal itu baik atau buruk sebelum di serahkan kepada otak untuk kerja yang seterusnya . Ada satu masalah bagi manusia apabila dia mempunyai hati yang tidak tenteram . Resah dan Gelisah senantiasa menjadi asbab dari hati yang tidak tenteram . macam mana nak buat bila hati tidak tenteram ?


cara bagi Hati tenang , emoji facebook

Baca juga : C.I.N.T.A

Sudah pasti jawapannya adalah kita kembali kepada pencipta . Jaga hubungan baik dengan Allah . Sudah pasti selepas itu kita akan kembali tenang. di samping itu, banyakkan istighfar kerana kemungkinan kerana dosa kita yang banyak menyebabkan hati kita tidak tenteram dan di penuhi dengan rasa resah dan gelisah .

Hati merupakan satu organ yang selalu di gunakan secara maksima . Hati juga merupakan antara organ yang sering kali di cederakan sama ada secara sengaja atau tidak . Hati merupakan satu organ yang di ciptakan tuhan yang mampu mengubah perasaan manusia sekelip mata. ada kala kita sedih, hati memujuk, adakala kita rasa marah, hati menenangkan. sebab itulah, hati sering di lukai tanpa kita sedar .

Baca juga : Kelebihan Jaga Hati .

Segarkanlah hati kita dengan Zikir kepada Allah, Baca Al-quran dan melakukan perkara baik yang lain agar hati kita terus hidup . Hati yang baik mengeluarkan hasil yang baik. Andai hati kita baik, kelakuan kita juga baik. tiada istillah ,perangai buruk tapi hati baik . sebab semua perkara bermula dari hati yang baik .

Jadi, jagalah hati kita sebaik mungkin. Andai hati tidak tenteram, carilah puncanya dan rawatlah ia. Jangan biarkan ia terus padam dan padam dan akhirnya mati. apabila hati sudah mati, pohonlah dan berdoa agar dikurniakan hati yang baru supaya kita mampu hidup dengan aman dan tenteram . Semoga Allah mententeramkan hati kita di mana kita berada sekali pun. Insyaallah.

Baca juga : Masukkan Cinta Ulama di dalam Hati Kita .

Sekian.

BIODATA DEENA EMIR ISTERI SAHARUL RIDZWAN

BIODATA DEENA EMIR ISTERI SAHARUL RIDZWAN

Baru-baru ini, pelakon lelaki kegilaan ramai iaitu Saharul Ridzwan sudah menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya. Isteri beliau bernama Deena Emir .Ramai yang memuji kecantikan deena emir. Persoalan timbul, Siapa Deena Emir ? Beliau seorang usahawan online dalam bidang kosmetik dan berikut merupakan biodata deena emir Isteri Saharul Ridzwan .

baca juga : Gambar Saharul Ridzwan kawin .


BIODATA DEENA EMIR
BIODATA DEENA EMIR




BIODATA DEENA EMIR ISTERI SAHARUL RIDZWAN !


Usahawan Deena Emir ini mempunyai empayar yang besar dalam bisnes. beliau seorang usahawan yang berjaya. kalau nak kenal, meh lah baca biodata dia di bawah.


Nama Penuh : Qaabila Deena Emir Binti Mohamed Akif Emir
Nama Panggilan : Deena Emir
Umur : 28 tahun
Tarikh Lahir : 1988
Asal : -


BIODATA DEENA EMIR ISTERI SAHARUL RIDZWAN !
BIODATA DEENA EMIR

Baca juga : Biodata Saharul Ridzwan

Beliau merupakan usahawan online yang berjaya . jadi sekarang korang dah kenal dengan BIODATA DEENA EMIR ISTERI SAHARUL RIDZWAN !  Gadis-gadis di luar sana jangan sedih-sedih ya. hehe

Sekian .

VIRAL ! RESEPI SAMBAL BELACAN TERBAIK !

VIRAL ! RESEPI SAMBAL BELACAN TERBAIK !

Resepi SAMBAL BELACAN I Belacan dan sambal memang tak leh di pisahkan .dulu aku selalu jugak makan sambal belacan. bila dok mesir, tak makan dah sebab susah nak dapat. hehehe .
tapi bila balik malaysia ja, mesti makan sambal belacan dengan kuah gulai atau kari. perghh.. terangkat weehh. Kalau korang nak resepi sambal belacan terbaik, korang boleh baca di bawah !


RESEPI SAMBAL BELACAN TERBAIK !

kali ni aku share tips mudah untuk buat sambal belacan .

RESEPI SAMBAL BELACAN TERBAIK !

1. sediakan cili hijau dan merah .
2. letak kan belacan yang dah di masak .
3. Kemudian letak kan kedua2 bahan di atas dalam mangkuk lesung .
4. tumbuk laa apaa lagii.. hahaha.

senang kan.tapi kalau orang malas macam aku ni, memang tak buat laa. nampak gayanya macam kena cari calon isteri yang pandai buat sambal belacan gamaknya.  hehehe . Korang juga boleh tengok 3 resepi sambal yang peminat sambal mesti cuba. aku sediakan link dibawah ini . Semoga resepi sambal belacan terbaik membantu anda untuk berjaya buat sambal yang korang suka :)

rujukan tambahan  >> 3 RESEPI SAMBAL YANG KORANG KENA CUBA ! <<

Selamat mencuba !

Entri 24 September 2015 diupdate semula pada 19 september 2016 .

FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !

FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !

FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !  |  Hari ini, tanpa di rancang aku dan family aku melangkah ke Food Mega Festival Penang yang berlangsung di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang . Memang tak plan pun, aku pun baru tau nama ekspo yang aku singgah tu Food Mega Festival bila aku tengah jalan-jalan dekat sana . untuk pengetahuan korang Food Mega Festival ini berlangsung dari 14 september 2016 hingga 18 september 2016 .


FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !


Jadi, maksudnya ketika korang baca entri ini kemungkinan Ekspo ini sudah habis. Tapi kalau di masa hadapan masih di laksanakan Food Mega Festival ini, aku harap kornag pergi dan jalan-jalan dekat dalam Tapak Ekspo tu tau . Antara keunikkan yang ada di sini adalah Pameran dan juga jualan gerai-gerai . Secara kasar, tapak ekspo ini di bahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian makanan dan juga pertanian .

Bahagian pertama yang aku masuk tadi adalah bahagian pertanian. Ada pelbagai produk tempatan yang di jual di sana dan antaranya adalah keropk,minuman,, kordeal ,pokok-pokok bunga dan juga buah . Bagi yang gemar bekebun sudut ini memang sesuai untuk anda terokai . Ada pelbagai jenis pokok di jual di sini. dan ada juga menjual hasil pertanian yang sudah di prosese macam keropok, makanan sejuk beku dan lain-lain.

Bahagian kedua pula adalah Bahagian Makanan atau lebih khusus Food Mega Festival berlangsung di sana. Lebih dari 50 gerai di buka di sana, dari gerai bawah kemah sehinggalah ke food truck juga di buka. Makanan seperti laksa, laksa telur sarang , pasembur , air gelas besar dan macam-macam lagi gerai di sediakan untuk anda. korang hanya perlu bawa duit ja.Pau Cendawan yang viral masa bulan puasa hari tu pun ada. tapi aku tak beli lah. hehe


FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !


Pendek kata, banyak yang di jual di sini. Dan setakat apa yang aku lihat, ramai gila orang yang berkunjung di sini . parkin juga mudah dan terdapat ruang yang luas untuk letakkan kenderaan anda. Tapi aku minta maaf sebab tak maklumkan awal, memandangkan tarikh Food Mega Festival ini tamat 18 september, jadi mungkin kornag tak berkesempatan pergi ke sana. maaf sekali lagi.


FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !


Mungkin info Mengenai Thai Food Festival yang akan berlangsung pada 24 september ini dapat mengubat duka lara korang yang tak dapat pergi Food Mega Festival. Korang boleh pergi ke lokasi yang sama iaitu Tapak Ekspo Seberang Perai,Pulau Pinang .nanti korang share lah gambar dengan aku kalau korang pi. hehe baik, itu sahaja untuk kali ini. '

Sekian.

MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?

MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?

MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?  |  Pernah tak satu hari, kita sembang dengan kawan kita yang kita crush dengan dia tetapi masa sembang tu dia buka cerita pasal crush dia . Dan yang pasti crush dia bukan korang . haha sapa pernah rasa macam ni ? mungkin sedikit perkongsian. kita sebagai manusia kadang-kadang ada rasa suka dan adakala kita benci dengan manusia. Namun kedua-dua perasaan ini perlu di kawal berpandukan agama . MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?




MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?

Sapa yang tak pernah ada crush ? mesti dia orang yang hebat . macam mana cara dia boleh tidak suka dengan manusia lain yang berlainan jantina . bagi yang tak tahu crush itu apa, crush lebih dikenali sebagai orang yang kita suka dalam senyap macam secret admire lebih kurang . Zaman sekarang ramai guna istillah crush untuk gambarkan yang dia suka seseorang dalam senyap dan tidak meluahkan lagi rasa suka tersebut kepada orang yang dia suka .

Baca juga : Nikah Kita bercinta

Selalunya kita jarang akan kawin dengan crush kita kalau kita tidak mulakan dahulu proses perkenalan dan seterusnya membawa kejinjang pelamin. Aku tak mau cerita pasal couple dan sebagainya. Sebab hakikat sebuah perhubungan adalah pengakhirannya sebuah perkahwinan. buat apa kita hold dan tunggu lama sebelum kawin. ubah mind set " nak couple dulu " . kalau kita betul yakin dia jodoh kita buat apa kita heret dia ke kancah keburukkan.

lebih baik sama-sama membina bahagia ,bersama-sama membina bahtera kekeluarga. tetapi semua ini tidak mampu di kecapi jika kita tidak mulakan perkenalan . dan last-last kita ditinggalkan oleh orang yang kita suka dalam senyap . bak kata pepeatah moden  "lambat bertindak alamatnya jadi tetamu di majlis persandingan dia " .

Macam mana nak tahu Crush kita ini jodoh terbaik kita ?

Sudah pasti satu jalan sahaja dengan banyakkan berdoa kepada Allah. Buat istikharah dan mohon jawapan dengan Allah. Sebab ,Allah sahaja yang tahu rahsia setiap manusia.Allah juga mengaturkan perjalanan hidup manusia. Allah jua tahu Bila hidupnya, bila matinya manusia, bila jodohnya bakal ketemu.

Semoga kita memperoleh jodoh yang baik yang diredhai Allah. dan di kurniakan keberkatan di dalam perkahwinan kita semua nanti. Insyaallah . MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?

Sekian .

MASUKKAN CINTA ULAMA DI DALAM HATI KITA !

MASUKKAN CINTA ULAMA DI DALAM HATI KITA !

JANGAN HINA ULAMA ! |  Baru semalam kita dapat perkhabaran sedih mengenai pemergian Tuan Guru Haron Din yang meninggal dunia . Satu malaysia menangisi pemergian Almarhum TG Haron Din. Semua kebaikkan beliau di cerita oleh setiap manusia Pasti pemergian beliau menimbulkan rasa bersalah buat insan-insan yang tidak sempat menuntut ilmu dengan ulama ini . TGHD seorang ulama yang di segani dan menjadi rujukan para ustaz dan ustazah di dalam negara kita .

baca juga : Tuan Guru Haron Din Dalam Kenangan Rakyat Malaysia .

Selain itu, beliau juga pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia satu ketika dahulu dan telah melahirkan ramai anak murid dalam medan ilmu . Jasa beliau memang tak akan di lupakan. Di sebalik pemergian ini, ada juga yang gembira atas pemergian Tuan Guru Haron Din. Ada yang memerli tindakan TG Haron Din untuk berubat di sebuah negara yang bukan Islam .


Pusara Tuan Guru Haron Din
Gambar Dr. Huda Haron


Pelbagai tomahan dan cercaan mereka terhadap TG Haron Din tidak bermula selepas beliau mati. Sebaliknya ketika hayat beliau pun sudah sering kali di hina dan di cerca. Tetapi Akhlak Seorang ulama memang indah. Dia tidak pedulikan cercaan mereka malah tidak sedikit pun menyakiti orang yang menghinanya.

Buat mereka yang menghina TG Haron Din, satu kerugian besar buat anda kerana orang yang anda hina itu adalah seorang ulama . Ulama kedudukanya dekat dengan Allah . sudah pasti doanya sentiasa didengari oleh Allah. Andai anda penghina yang beragama islam, bertaubatlah . kerna kita di akhirat nanti perlukan syafaat alim ulama . mana mungkin kita dapat pertolongan mereka di akhirat kelak seandainya kita di dunia membenci mereka .


Bukan setakat TG Haron Din sahaja, semua ulama perlu di hormati dan di cintai kerna mereka merupakan Pewaris para Nabi . Mereka lah yang mengajar kita apa itu islam dan memberi kita ilmu bagaimana menuju syurga dan yang paling penting bagaimana kita mengenal tuhan kita. Buanglah sifat benci ulama dalam diri kita. sunggu tidak berbaloi perasaan itu di dalam diri kita.

baca juga: Pesanan Ustaz Ismail Kamus

Tanamlah rasa cinta dan kasih terhadap ulama . Aku yakin ia perasaan cinta itu tidak akan memudaratkan kita malah memberi kebaikkan pada kita. buat ibu dan ayah, perkenalkanlah kepada anak-anak kita mengenai para alim ulama yang ada mahupun sudah tiada. bukan semata-mata memperkenalkan mereka dengan " orang barat " tetapi perlu di tanam juga rasa cinta di samping memperkenalkan mereka dengan ulama-ulama.

Aku yakin, si anak itu akan menjadi anak yang soleh setelah pemergian kita nanti. Sayangilah ulama dan masukkan cinta ulama di dalam hati kita sebelum hati kita mati dan terus mati. ketika itu , mungkin dunia dan agama sudah tidak kelihatan indah lagi buat kita yang hatinya mati. maaf atas salah silap. Al-fatihah kita hadiahkan buat Tuan Guru Haron Din.

Sekian.


5 LOKASI HIKING TERKENAL DI MALAYSIA ! VIRAL !

5 LOKASI HIKING TERKENAL DI MALAYSIA ! VIRAL !

5 LOKASI HIKING TERKENAL DI MALAYSIA !  |  Aktiviti hiking dalam kalangan rakyat malaysia sudah tidak asing lagi. Namun, aktivit tersebut seakan-akan sunyi sebelum ia menjadi viral di media sosial apabila gambar-gambar catnik yang diambil dari beberapa lokasi hiking di pertontonkan kepada rakyat Malaysia. Ramai yang tidak sedar kewujudan tempat-tempat ini melainkan selepas ia di viralkan di media sosial . Jadi, mari aku kongsikan 5 LOKASI HIKING TERKENAL DI MALAYSIA ! 

sumber ( http://www.sinarharian.com.my/rencana/lokasi-hiking-pilihan-ramai-di-malaysia-1.562220 )


5 LOKASI HIKING TERKENAL DI MALAYSIA !


1. Buki Broga

Image result for bukit broga


2. Sungai Chiling


Image result for Sungai Chiling


3. Mossy Forest

Image result for Mossy Forest malaysia

4. Bukit Tabur


Image result for Bukit Tabur

5. Bukit Batu Putih

5 LOKASI HIKING TERKENAL DI MALAYSIA !
Gambar Kaki travel khairuddin

Lepas ini korang boleh lah try semua tempat hiking terkenal di malaysia ni. Pasti menyeronokkan apabila ia di jadikan hobi. Cumanya kalau dah hiking, pastikan korang hormat kawasan tersebut dan elakkan melakukan perkara-perkara yang tidak di sukai oleh penghuni tempat tersebut. Mungkin kita tak nampak,tapi mereka ada dan perhatikan kita.

Sekian.

TUAN GURU HARON DIN DALAM KENANGAN UMMAT ISLAM MALAYSIA !

TUAN GURU HARON DIN DALAM KENANGAN UMMAT ISLAM MALAYSIA !

TUAN GURU HARON DIN DALAM KENANGAN UMMAT ISLAM MALAYSIA ! | Hari ini merupakan hari Malaysia . Hari ini juga kita di kejutkan dengan pemergian seorang lagi Murabbi ummah iaitu Tuan Guru Haron Din . Beliau yang banyak menyampaikan risalah dakwah islam sejak dari zaman muda nya sehinggalah ke akhir hayatnya memberikan kita satu contoh teladan yang baik untuk diikuti .

Tuan Guru, akan aku sambung perjuanganmu untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai Islam . ini sahaja yang aku mampu lakukan setakat ini. aku tahu,aku tak sehebatmu dalam bidang agama. aku tidak hebat dalam belajar ilmu hukum hakam, aku tidak hebat berhujah dan menyampaikan sesuatu. tetapi aku inginkan masyarakat faham susah peritmu menyampaikan islam kepada mereka .


TUAN GURU HARON DIN


Aku harap,orang yang mencercamu akan berhenti dari mencercamu. Akan kami pertahankanmu walau apa yang berlaku. sudah pasti rakyat malaysia menanti kepulangan jenazah Tuan Guru Haron Din . Namun, pihak keluarga beliau telah membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah beliau di California ,AS  lokasi dimana beliau menghembuskan nafas terakhir .




Kami menghormati keputusan keluarga TG Haron Din . Kita doakan semoga urusan mereka di permudahkan di sana . Kita juga doakan Tuan Guru Haron Din tenang di alam sana. Sungguh, beliau pasti sedang berehat selepas urusan beliau di dunia selesai . Allah. moga kita juga mati dalam husnu khatimah .aamin

BIODATA TUAN GURU HARON DIN !



Walaupun TG Haron Din sudah tiada, semangatnya tetap mekar dalam jiwa anak muda islam.

Sekian.

Kataubaid© .