SIAPA NAK KEMAS NI ! ORANG PEREMPUAN WAJIB BACA !

SIAPA NAK KEMAS NI ! ORANG PEREMPUAN WAJIB BACA !

Suri Rumah Sepenuh Masa | Kemas Rumah merupakan antara rutin harian bagi setiap manusia. Lebih khusus kepada kaum wanita yang bergelar isteri. Rutin kemas rumah sudah menjadi kewajipan bagi suri rumah untuk di lakukan selain daripada memasak untuk keluarga .Orang kata , kalau nak tengok seseorang itu pandai kemas rumah atau tidak, kita kena tengok pada tangan dia . Aku sendiri pun tertanya-tanya , apa kena mengena tangan dengan kemas rumah. barangkali tangan yang  rajin mengemas lebih kasar kot. kalau macam tu, sudah pasti kaum lelaki lah menang. tangan kami kasar . hehe


Suri Rumah Sepenuh Masa


Siapa nak kemas ni ! ayat yang selalu orang perempuan bisingkan bila tengok keadaan rumah yang tunggang langgang. kalau dia menjerit, satu rumah boleh dengar. hehe Mana dia tak mengamuk, penat-penat dia kemas rumah, last-last korang sepahkan . kalau korang nak jadi suri rumah, aku rasa korang kena jawab kuiz ni dulu . kalau tak, belum tentu korang qualified nak jadi suri rumah .




Suri rumah, banyak tugas mereka yang mereka lakukan seorang diri . suami pula bila balik kerja je, terus rehat. si isteri di rumah sibuk lagi mengemas dapur ,lap itu dan ini . sebab itu ada di kalangan wanita mudah stress bila mereka tidak di hargai. Sedangkan mereka melakukan kerja dari siang hari sampai lewat malam dan di ulang-ulang setiap hari . Maka suami kenalah pandai pujuk isteri. nak pujuk isteri. ajak dia pergi shopping. hehe


Suri Rumah Sepenuh Masa


Aku akui yang tugas suri rumah ni berat sebenarnya. bukan sahaja bagi perempuan tetapi bagi lelaki yang bergelar surirumah juga sudah pasti tugas mereka berat. mereka terpaksa melakukan tugas yang di luar kebiasan seorang lelaki secara berpanjangan . apa-apa pun pekerjaan kita, hormatilah sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita , jangan sesekali menghina pekerjaan orang.

baca : aktiviti indoor yang tidak keluarkan duit .

Bimbang . satu hari nanti kita juga diuji dengan apa yang kita kejikan itu .Jadi siapa nak kemas ni ! sama-samalah tolong kemas , jangan berkira. kalau isteri cakap, " saya buat kerja rumah dari pagi sampai sekarang , abang buat apa ? " sudah pasti jawapan si suami adalah " abnag kerja dari siang tadi sampai sekarang. pergi sana- sini .dan bla bla bla " . dan akhirnya sampai bila pun pertengkaran tak akan selesai . bertolak ansur antara satu sama lain. baru selesai masalah.

Sekian.

BIODATA AIMAN TINO !

BIODATA AIMAN TINO !

Hai korang, penyanyi baru yang sedang meningkat naik iaitu Aiman Tino muncul dengan lagu ku rela di benci ,telah pun mencecah viewers sebanyak 5 juta lebih di Youtube ! Music video tersebut telah di tonton sebnyak 5 juta kali. hebat juga Aiman ni. Mungkin suaranya seperti penyanyi-penyanyi sezaman dengan Ezad Lazim dan Tomok dahulu. korang dah dengar lagu Ku rela di benci ? Berikut merupakan Biodata Aiman Tino :



BIODATA AIMAN TINO !

BIODATA AIMAN TINO !

Sekarang ni AIMAN TINO sudah semakin hebat. dah mula masuk ke bidang bisnes dan perniagaan tau tak. bagi yang bertanya, biodata aiman tino adalah seperti berikut

Nama : Muhammad Aiman Bin Yusri
Nama Artis : Aiman Tino
Umur : 18 tahun
Asal : Malaysia
Instagramhttps://www.instagram.com/official_aimantino/?hl=en

Sedap Suara Aiman Tino dengan lagu Ku Rela Dibenci .

Lirik lagu ku rela di benci


Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku
Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal
Igauan mimpimu ternanti-nanti


Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir
Membasahi di dadaku
Hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti


Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya


Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi

Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya


Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi

Hanya di sana kekal dan abadi

 Terbaru lagu juga mendapat tempat dalam kalangan anak muda sekarang ni. kalau korang tanya anak-anak kita kebanyakkan akan kata idola mereka adalah Aiman Tino. hehe aku hanya mampu gelak jer .

semoga dia mampu jaga nama baik dia sampai bila-bila. masa sekarang ni nama di atas, mesti ada yang nak jatuhkan dia. kadang-kadang orang ni fitnah semata-mata nak jatuh kan orang lain tanpa rasa bersalah. kita doakan aiman tak jadi macam tu lah kan. 

Sekian.

TRAVEL | MELAWAT TAMAN BOTANI NEGARA DI SHAH ALAM !

TRAVEL | MELAWAT TAMAN BOTANI NEGARA DI SHAH ALAM !

MELAWAT TAMAN BOTANI NEGARA DI SHAH ALAM ! || Percutian saya dan keluarga baru-baru ini dalam bulan Jun ke Kuala Lumpur membawa kepada persinggahan kami di Taman Botani Negara di Shah Alam . Pada mulanya saya ingat di Taman Botani Negara tak ada apa-apa . sangkaan saya meleset apabila menjejak kaki ke Taman Botani Negara ini. Antara Tarikan Taman Botani Negara ini adalah Rumah 4 Musim . Nak tahu apa yang ada di rumah 4 musim di Taman Botani Negara ? jom sambung baca .




Apa yang ada di Rumah 4 Musim di Taman Botani Negara Shah Alam ?




Taman Botani Negara Shah Alam
yang terletak di Shah Alam ini mempunyai beberapa bahagian yang boleh di terokai oleh pengunjung . Antaranya Rumha 4 Musim , Taman yang luas dan juga tasik yang cantik . Cumanya kali ini saya nak highlightkan kepada rumah 4 musim .Sebabnya itu tujuan asal kami ke sini . lagi pun bahagian-bahagian lain seperti taman-taman yang ada di tempat-tempat lain. tetapi masih menarik untuk di kunjungi .

baca juga : Pengalaman Menaiki Cruise Putrajaya .

Apa yang ada di Rumah 4 Musim di Taman Botani Negara Shah Alam ?

Sebenarnya, rumah ini di bina untuk memberi pengalaman kepada pengunjung yang berkunjung ke Taman Botani Shah Alam untuk merasai pengalaman berada di negara 4 musim. 4 musim yang ada adalah Musim Pnas, Sejuk, Bunga dan Luruh . Semasa kunjungan kami, musim bunga sedang  bermusim di negara yang beriklim 4 musim . Jadi , di rumah 4 musim juga berlaku perkara yang sama. Oh ya, sudah pasti korang pening kan. baik mari sini aku terangkan.

Keunikkan rumah 4 musim ini adalah ia di susun khas mengikut keadaan cuaca yang sebenar yang berlaku di negara-negara 4 musim. contohnya sekarang musim panas( jun sampai september ) di semua negara yang beriklim 4 musim.jadi, kalau korang pergi ke rumah 4 musim, korang hanya akan mengalami dan memasuki rumah yang beriklim musim panas sahaja. kalau korang nak pergi masa musim sejuk dan alami suasana musim sejuk di rumah 4 musim maka pilih lah tarikh di mana musim sejuk berlangsung . contohnya pada bulan November sehingga Febuari .

Gambar Sekitar Taman Botani Negara Shah Alam .

Apa yang ada di Rumah 4 Musim di Taman Botani Negara Shah Alam ?

Apa yang ada di Rumah 4 Musim di Taman Botani Negara Shah Alam ?

Apa yang ada di Rumah 4 Musim di Taman Botani Negara Shah Alam ?

Apa yang ada di Rumah 4 Musim di Taman Botani Negara Shah Alam ?

Apa yang ada di Rumah 4 Musim di Taman Botani Negara Shah Alam ?

Apa yang ada di Rumah 4 Musim di Taman Botani Negara Shah Alam ?

Apa yang ada di Rumah 4 Musim di Taman Botani Negara Shah Alam ?

Pastikan korang pilih tarikh yang betul, nanti korang sangka musim sejuk nanti musim panas rupanya. tak rugi pun sebenarnya sebab korang boleh rasa pengalaman di negara orang macam mana. semasa saya pergi ke sana, kami sempat rasa musim bunga, jadi banyaklah bunga-bunga yang kembang mekar di sana. Jangan lupa cuba pergi kesana ya .

Sebelum saya terlupa, kalau nak masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam ini ada beberapa bayaran yang di kenakan. jadi korang rujuk laman web Taman Botani Negara Shah Alam melalui link ini .

Selepas masuk Rumah 4 musim ni, kami pun pusing-pusing di sekitar kawasan tersebut . Ada tasik dan taman yang luas , kalau bawa budak-budak ni, mesti berkejaranlah mak ayah di sana nanti hehe. Pengangkutan dari kauter tiket ke rumah 4 musim di sediakan iaitu bas kecil. best naik sebab dia open air. hehe . Sekian sahaja entri Pengalaman di Taman Botani Negara Shah Alam. Selamat bercuti !

Sekian.


GAMBAR MASJID SHAH ALAM TERBAKAR !

GAMBAR MASJID SHAH ALAM TERBAKAR !

GAMBAR MASJID SHAH ALAM TERBAKAR ! | Kejadian yang berlaku selepas solat jumaat di Masjid Shah Alam di laporkan telah mengalami kebakaran di Bilik Kuliah Masjid berkenaan. Setakat laporan tiada kemalangan jiwa yang di laporkan. Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran berkenaan selepas tiba di lokasi kebakaran tersebut . Berikut merupakan gambar Masjid Shah Alam Terbakar .




GAMBAR MASJID SHAH ALAM TERBAKAR !

GAMBAR MASJID SHAH ALAM TERBAKAR !

GAMBAR MASJID SHAH ALAM TERBAKAR !

Kita doakan baik-baik ya.

Sekian.

BANDINGAN HARGA HOTEL DENGAN TRIVAGO !

BANDINGAN HARGA HOTEL DENGAN TRIVAGO !

BANDINGAN HARGA HOTEL DENGAN TRIVAGO ! | Nama laman web Trivago bukan lah asing bagi kalangan rakyat malaysia. Iklan yang di paparkan di televisyen juga menjadi bahan gurauan oleh mereka-mereka di media sosial . " bilik sama, harga berbeza , kenapa perlu bayar lebih " antara dialog yang menjadi sebutan ramai . Dialog tersebut ada dalam iklan promosi laman web trivago di saluran media Prima berhad.Perbandingan harga hotel selalunya menjadi keutamaan bagi pencari hotel atau pun kaki travel. Hotel yang harganya murah selalu menjadi rebutan bagi kaki travel kerana jangka masa yang tidak lama di hotel menyebabkan pembaziran duit jika menginap di hotel yang mahal.


baca juga : Tempat menarik di Pulau Pinang !


Laman web trivago

Selalunya bila travel , kita akan jarang berada di bilik hotel, kita lebih gemar melawat tempat-tempat yang ingin di lawati di kawasan yang kita pilih.Antara laman web travel yang menyediakan perbandingan harga hotel adalah Trivago .Di sini, korang boleh bandingkan harga hotel untuk memudahkan korang menempah bilik hotel .Selain dari memilih hotel mana yang sesuai dan harga yang berpatutan, korang juga boleh memilih untuk menginap di bilik mana yang ada di hotel berkenaan. contohnya, Single bed ke, twin atau suite . Harganya berbeza mengikut jenis bilik dan juga laman web mana korang buat tempahan online .


Laman web trivago


Di laman web trivago juga memudahkan korang mencari hotel mana yang menjadi pilihan korang dengan adanya Filter . Maksud filter ini adalah korang boleh mencari bilik hotel mengikut ciri-ciri yang korang mahukan. contohnya , korang nakc ari hotel yang ada Wifi. maka korang akan klik wifi . Kalau bajet korang hanya dalam lingkungan tertentu, maka korang masukkan sekali dalam Ruangan filter tersebut dan ada lagi beberapa filter ataupun ciri-ciri hotel yang korang boleh pilih di ruangan filter sebelum membuat keputusan untuk menempah hotel berkenaan .


Laman web trivago


Mudah dan cepat . Bagi yang ingin melihat dan menggunakan laman web trivago , korang boleh ke laman web berkenaan melalui link ini . Boleh tengok dan boleh mula menempah kalau korang ada keingan tersebut. jangan ragu-ragu, teruskan ya .Pilih tarikh anda check in dan check out dan kemudiannya jenis bilik yang ada inginkan. Klik search ! dan anda akan peroleh senarai hotel yang anda ingin. pilih dan survey. Selamat menggunakan laman web Trivago !

Sekian.

KENAPA PEREMPUAN SEPET DIKATAKAN CANTIK ?

KENAPA PEREMPUAN SEPET DIKATAKAN CANTIK ?

KENAPA PEREMPUAN SEPET DIKATAKAN CANTIK ? | Akhirnya, tertunai juga niat untuk menulis tajuk ni. haha pernah sebelum ni terfikir nak tulis tajuk ni, tapi asyik malas di tambah pula dengan idea yang kejap ada kejap tak ada kan. Jadi hari ini berjaya juga menulis tajuk entri yang agak lain dari lain. haha tepuk tangan sikit. sebelum ni aku dah baca satu artikel mengenai kenapa lelaki melayu suka perempuan cina . korang pernah baca tak ? nanti korang baca lah ya .

KENAPA PEREMPUAN SEPET DIKATAKAN CANTIK ?

Sekarang ni, aku nak cerita mengenai kenapa perempuan sepet di katakan cantik . Mungkin sesetengah daripada kita akan rasa yang perempuan mata sepet ini cantik dan mungkin juga sebaliknya. Mata sepet selalu di kaitkan dengan bangsa cina . kerana hampir kesemua bangsa cina mempunyai mata yang kecil berbanding bangsa melayu dan india. Itu antara kelebihan yang Allah ciptakan dan ia sesuai untuk mereka .

Bila bercerita mengenai perempuan mata sepet, sebenarnya orang yang mata sepet ini selalu jadi mangsa buli rakan-rakan yang kuat mengusik. mana tak nya , dengan gelaran budak sepet, keja tido jer dan sebagainya menjadikan mereka antara yang selalu kena usik . aku pun selalu kacau kawan aku yang mata sepet ni. hahaha

Tetapi sebenarnya itulah sebenarnya kelebihan bagi mereka yang sepet. muka akan kelihatan manis dan cantik apabila di pandang .Mungkin kerana memiliki wajah seperti orang berbangsa cina menjadikan mereka tumpuan berbanding orang yang berwajah biasa pada pandangan masyarakat kita di Malaysia. Ada juga kawan-kawan aku yang berwajah sepet mengadu katanya  walaupun dia berbangsa melayu tetapi mukanya ada iras-iras bangsa cina dan mempunyai mata yang sepet menyebabkan dia menjadi rebutan untuk bergambar .

KENAPA PEREMPUAN SEPET DIKATAKAN CANTIK ?

Aku pun pernah dengar yang perempuan mata sepet ni orang cakap dia cantik sebab nampak comel . yeke ? terutama bila dia senyum, mesti nampak tertutup mata dia bila kita tengok. haha  Bukanlah kekurangan pun orang yang matanya sepet atau pun matanya bulat. sebabnya setiap apa yang kita miliki akan sentiasa di cemburui oleh orang lain .jadi hargailah ia.

apa pendapat korang pulak ?  buat yang mata bulat dan besar, jangan lah kecam aku, nanti kalau ada masa aku update pasal korang lak. hahaha kali ni aku update untuk perempuan mata sepet dulu ya.

Sekian .

entri ini hanya suka-suka dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa. :)

AKTIVITI OUTDOOR YANG BEST DI LAKUKAN !

AKTIVITI OUTDOOR YANG BEST DI LAKUKAN !

AKTIVITI OUTDOOR YANG BEST DI LAKUKAN ! | Zaman sekarang ni, banyak betul idea-idea yang di kongsikan di media sosial yang mampu membantu kita dalam mengelakkan pembaziran masa . Antaranya yang di kongsi, resepi masakan , aktiviti yang best di lakukan. tempat-tempat menarik yang boleh di lawati dan macam-macam lagi lah .Aktivit pulak boleh di lakukan sama ada indoor atau outdoor . korang selalu suka yang mana ? kalau aku, aku lebih suka untuk buat aktiviti indoor berbanding outdoor sebab lebih selesa gitu. hahaha


[+] baca juga : Aktiviti Indoor yang tak perlu keluarkan duit .

Antara aktiviti outdoor yang boleh di lakukan adalah melawat tempat bersejarah , main bola di padang dan makan di restoran yang hipster .Selalunya aktiviti outdoor ni dilakukan oleh orang yang aktif sahaja. haha panjat gunung dan bukit, joging dalam kata lain yang jenis kaki berjalan. ada ke orang tak suka berjalan. hahaha adaa, lebih suka buat aktiviti di rumah berbanding di luar rumah. nak kata dekat aku lah tu.

AKTIVITI OUTDOOR YANG BEST DI LAKUKAN !

bukan aku ja, ramai sebenarnya macam ni,terutamanya time waktu cuti . ramai yang akan buat aktiviti indoor berbanding outdoor betul tak ? korang nak tahu aktiviti outdoor yang best di lakukan dengan kawan-kawan tak ? baca dekat sini . aku baca pun menarik dan teringin nak cuba . kalau aku, aktiviti outdoor yang aku buat macam main bola, jalan-jalan pusing-pusing gitu ja. nak daki bukit macam tak jer. haha

Jangan terlalu sibuk dengan facebook dan media sosial sehinggakan kita tak bersenam dan menyihatkan badan tau. kesihatan kena jaga. salah satu sebab aktiviti outdoor ini di cadangkan adalah untuk membantu kita menyihatkan badan di samping melepaskan stress tempat kerja dan stress study di university.  Pilih aktiviti outdoor yang best dan mampu membuatkan korang bahagia. hehe itu ja. simple dan mudah.

sekian.


VIDEO LELAKI INDIA DI TEMBAK MATI DI HADAPAN SETAPAK CENTRAL !

VIDEO LELAKI INDIA DI TEMBAK MATI DI HADAPAN SETAPAK CENTRAL !

VIDEO LELAKI INDIA DI TEMBAK MATI DI SETAPAK CENTRAL ! | Kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 3 petang tadi ( 27 Julai 2016 ) telah meragut satu nyawa seorang lelaki india . Mangsa maut di tempat kejadian setelah di tembak lebih 10 das tembakan menurut laporan dari saksi kejadian. Ini merupakan kes kedua dalam masa sebulan selepas agen hartanah di bunuh pada bulan yang sama baru-baru ini .Berikut merupakan video lelaki di tembak di traffik light tersebut .



sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/07/27/lelaki-ditembak-mati-di-danau-kota/


LINK VIDEO LELAKI DI TEMBAK DI TRAFFIK LIGHThttp://lynk.my/PdcG

VIDEO LELAKI INDIA DI TEMBAK MATI DI SETAPAK CENTRAL !

p/s : hati-hatilah untuk kita semua, mati tak kenal tempat. tak kiralah yang mati tu bangsa lain. kita sebagai rakyat malaysia kena berwaspada dengan apa yang berlaku. elakkan dari menimbulkan persepsi atau menimbulkan kemarahan orang lain. sebab kita tak kenal orang lain tu siapa. Sekarang ni banyak betul kes bunuh, nyawa manusia sudah tiada nilai.  semoga kita di beri keselamatan di mana-mana kita berada.

Sekian.

PUASA 6 DI BULAN SYAWAL !

PUASA 6 DI BULAN SYAWAL !

PUASA 6 DI BULAN SYAWAL ! |  Sedar tak sedar , hari ini dah masuk 22 syawal dah. cepat sungguh masa berlalu. banyak yang berlaku sepanjang syawal kali ini .Antaranya, kita bertemu dengan sanak saudara kita di hari mulia dan kemudian memenuhi jemputan open house yang di anjurkan sama ada oleh teman kita atau pun pejabat kita. Semua ini di harap dapat menjadikan kita insan yang bertimbang rasa dan hormat menghormati antara satu sama lain .

baca juga : Suasana penyediaan berbuka puasa di Madinah
bila dah nak habis syawal, baru teringat yang puasa 6 tak buat lagi . itulaah rajin sangat makan . haha namun masih sempat lagi untuk kita semua buat. aku pun baru terhegeh-hegeh nak buat ni. entah sempat ke tidak. jom, sama-sama kita ambil peluang ini untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Pahalanya seperti berpuasa setahun. ia di sebutkan di dalam hadis . jom-jom plan cepat . hehe

PUASA 6 DI BULAN SYAWAL !

Aku yakin pasti ramai yang dah raya dari puasa 6 kan. malu lak aku tulis macam ni, nampak sangat aku ni malas kan. Allah. hehe Kadang-kadang kita sibuk dengan open house dan nafsu makan kita yang luar biasa ketika di bulan syawal ini, sampai terlupa yang kita di galakkan berpuasa 6 . tak apalah , baki lagi beberapa hari ini, buatlah selagi mampu ya.

Peluang yang datang setahun sekali macam ni , jangan sia-sia kan tau. bukan apa, kalau seumur hidup kita, biarlah sekali kita pernah buat puasa 6. walau pun sunnat tapi tak salah kita buat kan. umur manusia tak panjang mana, kalau tak buat, takut tak sempat. aku selalu ingatkan diri aku macam tu. semoga dapat beri kekuatan dekat korang ya.

Selamat berpuasa.

Sekian.




PERCUTIAN DI PERLIS !

PERCUTIAN DI PERLIS !

PERCUTIAN DI PERLIS ! | Bila bercerita mengenai percutian, mesti kita akan mula memikirkan beberapa tempat menarik yang kita nak pergi .Contohnya  Australia, London, Indonesia, singapore dan macam-macam lagi tempat di dalam mahupun di luar negara . saya pulak memilih untuk bercuti di dalam negara je sebabnya banyak lagi tempat yang tak di terokai sebelum menerokai luar negara pulak kan. Dalam edisi percutian di perlis ini. saya dan keluarga sempat menjelajah beberapa tempat terkenal di Perlis .

baca juga : Cuaca di Perlis Sangat Panas
PERCUTIAN DI PERLIS !

Perjalanan awal dimulakan pada hari tersebut kerana bimbang kesesakkan lalu lintas kalau lambat sampai ke destinasi . Saya memilih untuk menginap di Hotel seri Malaysia sebagai tempat penginapan saya di perlis. Sebab apa saya memilih Hotel seri Malaysia Perlis ? kerana sudah biasa dengan kawasan hotel tersebut dan juga suasana yang tenang dan tidak terlalu sesak dengan kenderaan dan orang ramai .

Selepas Check ini di Hotel Seri Malaysia , Saya mula menerokai kawasan-kawasan di sekitar Perlis. Bila sampai perlis, sudah pasti tempat utama yang akan di cari adalah Jeti Kuala Perlis. Tempat yang menjadi pangkalan feri membawa penumpang ke langkawi ini kelihatan baru dan cantik . Berbanding keadaan ketika saya pergi ke langkawi beberapa tahun yang lalu . Tapi bukanlah saya nak pergi ke Langkawi, hanya melalui kawasan tersebut sahaja sambil-sambil mencari laksa dan Ikan bakar . Lokasi tempat makan saya adalah di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis .

Di sini, ada banyak kedai yang jual makanan-makanan laut. Ikan bakar, Sotong ,siput dan lain-lain lagi. Dekat sini, sudah pasti saya akan memilih menu ikan bakar dan beberapa menu lain . Antara yang menjadi pilihan ramai adalah siput lala dan juga mentarang . sedap ke ? Saya nasihatkan anda yang ingin datang ke sini supaya memilih waktu yang sesuai dan waktunya adalah untuk makan malam. Sambil makan, kita boleh menghirup udara segar dan angin tepi pantai kan.

Di Pendekkan cerita, keesokkan harinya saya menuju ke Padang Besar . Lokasi tumpuan rakyat malaysia untuk membeli belah dengan harga yang murah. Sebenarnya, kalau dulu-dulu mungkin ya sebab harga murah. sekarang, harga di Padang Besar pun lebih kurang harga di tempat-tempat lain . tak ada beza pun, mungkin ada sesetengah barang yang betul murah. Kalau macam jersi di padang besar ni, harga dia lebih kurang jer di tempat lain.

PERCUTIAN DI PERLIS !

Tempat seterusnya yang saya lawat adalah Wang kelian. tapi malangnya, masa saya pergi , tiada kedai yang buka. jadi patah balik lah. tapi jalan nak ke sana menakutkan juga, lebih rela pergi padang besar dari wang kelian. hehe jadi inilah coretan ringkas mengenai perjalanan percutian saya dan keluarga ke Perlis . Maaf sebab tak masukkan sekali kos perjalanan dan kos penginapan. Selamat bercuti .

Sekian.

**gambar google jer, malas nak transfer dari phone ke lappy. hehe

JAGA RUMAH TANGGA MASING-MASING !

JAGA RUMAH TANGGA MASING-MASING !

JAGA RUMAH TANGGA MASING-MASING | Fuhh, banyak pula isu-isu yang berlegar di media sosial minggu ni kan. aku baca pun sekadar nak tahu je dan malas nak ulas macam-macam. Terutamanya kes Adi Putra kawin dua baru-baru ini yang viral sehingga makcik-makcik di seluruh negara terkejut dan mula memarahi adi putra . hahaha apa-apa pun Tahniah di ucapkan kepada adi putra sebab kawin lagi satu .

JAGA RUMAH TANGGA MASING-MASING !

Ramai juga yang komen dan marah sebab adi putra kawin lagi satu. mereka kata adi putra tak bagi tau awal dekat isteri pertamanya . jawapan dari adi putra adalah isteri pertamanya lebih awal mengetahui yang dia akan berkahwin lagi satu . jadi tak payah lah kita nak gaduh-gaduh di media sosial sebab rumah tangga orang lain. Lebih baik kita jaga rumah tangga masing-masing. nanti berlaku sebijik dekat kita, dah kena buat sidang media pulak kan.

Aku secara peribadi, suka jawapan dan karakter yang adi putra jawab ketika di tanya di melodi pada hari ahad. Nampak tenang dan nampaklah yang adi putra tidak bersalah. yang salahnya adalah peminat yang dok hentam dia . Padahal tak tau pangkal cerita kan. tak tahu dah nak buat macam mana lagi dengan perangai rakyat malaysia yang suka ulas sesuatu perkara tanpa buat rujukan terlebih dahulu .

Semua kalut lah nak jadi orang yang paling power dalam mengulas isu yang berlegar tapi yang keluar dari mulut adalah kosong tak ada apa-apa . Sebab tu aku cakap, lebih baik jaga rumah tangga masing-masing dari sibuk nak komen rumah tangga orang lain. sama juga untuk isu-isu lain, janganlah dok komen tapi tak tau hujung pangkalnya, takut jadi fitnah lagi susah kan.

Hati-hatilah ya. :)

Sekian. Tahniah Adi Putra !

[ MESTI BACA ] DAH BESAR ATAU PERANGAI MASIH MACAM BUDAK-BUDAK ?

[ MESTI BACA ] DAH BESAR ATAU PERANGAI MASIH MACAM BUDAK-BUDAK ?

Perangai Budak-Budak | Pernah tak dengar orang kata dekat kita " umur dah tua tapi perangai budak-budak " ? Mesti pernah kan. haha benda ni selalu berlaku bila perangai kita melebihi kanak-kanak dalam sesuatu situasi Kadang-kadang perangai kebudak-budakkan ni datang secara sepontan bukan di buat-buat, tapi apa kan daya, masih di anggap sebagai tidak patut di keluarkan oleh seorang insan bergelar orang dewasa.

Aku pun bisa juga buat perangai budak-budak , tapi tak selalu lah kena marah sebab buat perangai macam tu. hehe aku ada jawab satu kuiz di blog ini . dalam kuiz tu banyak soalan yang di tanya kepada kita sama ada kita ni dah dewasa atau masih kanak-kanak. dan hasil dari aku jawab kuiz tersebut. aku di kategori sebagai kanak-kanak. hahaha best jugak jawab main kuiz-kuiz macam ni .

Perangai Budak-Budak

kalau korang nak try jugak korang pi blog ini .

Tak salah jadi kanak-kanak, tapi kita kenalah ikut keadaan, janganlah benda serius tetapi kita buat main-main. Kalau budak-budak ,tak apa sebab depa memang tak ada tanggungjawab untuk di lakukan. tiada tanggungjawab untuk kita menyalahkan mereka. tetapi kita yang dewasa ni ada tanggungjawab. Setiap yang kita buat, pasti akan di pertanggungjawabkan apabila berlakunya kesalahan.

Seronok jadi kanak-kanak sebab tak ramai yang akan peduli dan soal macam-macam. nak duit raya pun dapat banyak. bila jadi dewasa dan besar, semua itu hilang tetapi Allah gantikan dengan perasaan suka memberi. maka kita pula akan memberi duit raya. sehinggakan kalau orang offer nak duit raya pun kita akan tolak sebab kita dah bekerja. betul tak ?

Pendek kata, bukan semua perangai kita ini melambangkan minda da fikiran kita sama ada ,kita kanak-kanak atau dewasa. sebaliknya keputusan yang kita pilih dan lakukan itulah yang melambangkan kita sudah dewasa atau kanak-kanak. fuhhh penatnya membebel. hahaha dah-dah aku nak gi makan, korang jawab lah kuiz yang aku bagitau tu. lepas tu meh komen dekat bawah ni. korang dewasa atau kanak-kanak. hehe

[+] Kuiz Korang sebenarnya kanak-kanak atau dewasa atau sebaliknya ?

Sekian.
ALMARHUM TUAN GURU SALLEH MUSA MENINGGAL DUNIA !

ALMARHUM TUAN GURU SALLEH MUSA MENINGGAL DUNIA !

ALMARHUM TUAN GURU SALLEH MUSA MENINGGAL DUNIA ! | Sebentar tadi , aku dapat berita mengenai pemergian seorang ulama yang hebat yang masih ada di dalam Malaysia. Perginya susuk tubuh kecil yang berani mengatakan hak itu hak, batil itu batil. Insan yang bernama Tuan Guru Salleh Musa , Mudir Pondok Rahmaniah ,Sik Kedah .Sebelum ini pada bulan ramadhan yang lalu, sudah mendapat perkhabaran mengenai Tuan guru yang sakit . Alhamdulillah selepas itu Tuan Guru di benarkan pulang ke rumah beliau .

Sebentar tadi, baru di maklumkan yang Tuan guru sudah tiada. Sebak di hati memikirkan yang diri ini masih belum sempat belajar dengan Tuan Guru Salleh Musa. Beliau yang di sik kedah terkenal dalam kalangan rakyat di utara tanah air. Pengalaman beliau belajar di tanah arab menjadi beliau antara ulama yang menjadi rujukan oleh penuntut ilmu dari seluruh dunia.

 ALMARHUM TUAN GURU SALLEH MUSA MENINGGAL DUNIA !

Antara pesanan Tuan Guru Salleh Musa adalah

Antara Pesan Almarhum Tuan Guru Salleh Musa yang masih terngiang-ngiang di telinga .
3 perkara penting yang manusia kena faham/tahu :
1. Kenal Allah2. Kenal yang mana mudarat dan yang mana manfaat (dalam melakukan sesuatu )3. Faham yang lepas mati, kita akan dibangun kembali .
Dipetik dari ceramah Almarhum Tuan Guru Salleh Musa,Masjid Sungai Ara, Pulau Pinang .



Sudah pasti wajah dan suara Tuan Guru Salleh Musa akan dirindui oleh anak muridnya. Saban hari mendengar kalam taujihat oleh beliau menjadikan diri ini bertambah kuat dalam mempraktikkan Islam. Semoga ilmu beliau menjadi panduan kepada pencinta-pencinta ilmu .

Insyaallah, Solat Jenazah akan di solatkan pada jam 10 pagi di Pondok Rahmaniah, Sik Kedah.

Al-fatihah buat Tuan Guru Salleh Musa .

Sekian.

The Dual Leica Lens On Huawei P9 !

The Dual Leica Lens On Huawei P9 !

HUAWEI P 9 SMARTPHONE  | Leica Lens is already known around the world , The Quality of the Picture taken by the camera is amazing . It be used by photographer around the world . Now, with the tecnology, they had join with third largest smart phone in the world, Huawei to come up with their expertise in mobile form . Let me Introduce Huawei P9 smartphone !

3cec

Huawei P9 not just come with one camera, but it come with 2 cameras . One camera functian as to take picture in monochorme picture which is black and white .There 6 Reasons To Ditch Your DSLR Camera Because This Smartphone Can Do EVERYTHING - Read More 

Before this, i thought that i wanted to buy a dslr camera which become the wishlist among the teenager whose like to take photgraph.But with Huawei P9, you should not worried about DSLR anymore because it come with camera functioning like DSLR Style Photography . It such nice think to us which it make easier to carry compare to we bring along Dslr camera with us.

Huawei P9 smartphone

Huawei P9 smartphone

Huawei P9 smartphone




Picture taken by Huawei P9 . Pictur from syas.com . So, if you want to know about Huawei P9 Smart Phone camera , you can read here . Lets move on to Huawei P9 Smart Phone ! Grab it before too late ! be the first !

For more info , read here .

Thank You.



PEREMPUAN INI CERITA KISAHNYA BERKAHWIN DENGAN LELAKI UTARA !

PEREMPUAN INI CERITA KISAHNYA BERKAHWIN DENGAN LELAKI UTARA !

KISAH KAWIN DENGAN LELAKI UTARA | Sebelum ni , heboh kisah mengenai kajian lelaki Malaysia suka berkahwin dengan perempuan utara . Maka banyaklah komen-komen pedas dan manis keluar dari tangan-tangan netizen mengenai isu tersebut. hari ini, aku terbaca mengenai kisah seorang perempuan yang menceritakan kisahnya berkahwin dengan lelaki utara. Katanya, lelaki utara ni garang senang marah. berikut merupakan kisah KISAH KAWIN DENGAN LELAKI UTARA .

baca [+] Lelaki Malaysia suka perempuan Utara

KISAH KAWIN DENGAN LELAKI UTARA
gambar saharul ridzwan sekadar hiasan


KISAH Cik Atenn Azlan
Lelaki utara.
Lelaki utara atau orang utara. Aku tak tahu nak describe apa tentang depa. Depa cakap menengking-nengking. Bekeng pun ya. Muka cengey. Cakap main lepas selalunya.

Masa mula-mula aku kahwin dengan lelaki utara, setiap malam aku lari menangis belakang tong gas.

"Kenapa marah saya?"
"Laa. Mana ada maghah. Kami memang cakap lagu ni dari kecik lagi"
"Tipu! Tak percaya! Bye" - lari merajuk belakang tong gas.

Kadang makan hati tau dengan volume suara depa. Eh dia marah aku ke ni? Pastu tunduk muka merajuk.
"Awat diam?"
"Entah. Saya rasa seperti dimarahi"

"Laaaa. Mana duk ada. Oghang dak maghah, habaq maghah. Takyah duk buat bebai la. Pi makan nasi nu. Makan perabih buang. Tak abih makan jangan harap boleh tengok tv"

Kadang terfikir jugak, yeke ni style depa bercakap?
Bila dia panggil aku macam ni - "Aten mai sini sat". Aku terus ketakutan seolah-olah aku ada buat kesalahan paling-paling-paling besaqqqqqq!

Aku cuba lepak dengan member-member dia yang kebanyakan budak utara. Tudiaaa buat ramai sungguh noh. Sora depa je duk bunyi satu kedai. Dejei, pelaq, anak haram takyah cakap la memang akan terkeluar tiap kali melawak. Haha. Tapi sumpah lawak. Aku selalu gelak sambil kesat airmata bercucuran.

Entah la.

Depa punya melawak aku rasa nak bangun berdiri atas kerusi sambil tepuk tangan dan cakap Ya Allah hampa ni lawak sungguh noh. Haha.
Bila dah bertahun-tahun tinggal sebumbung dengan orang utara ni, aku jadi mudah sunyi bila dia takde kat rumah. Suara-suara dialah yang selalu memenuhi segenap inci ruang rumah.

Dia pernah cakap;

"Aten, perbezaan dialek kadangkala boleh buat orang jadi gaduh. Kami jenis cakap kasaq, awak orang Kelantan saya akui cara percakapan awak berlenggok gelemai macam orang siam kat Pattani. Tapi awak kena fahamlah budaya kami. Kami tak marah. Kami sedang bercakap"

Dan sekarang, aku pun dah terer cakap utara ok!

Aku akui, orang utara ni nampak ja kasar tapi depa sangat baik hati, peramah, lawak giler dan yang paling aku perasan; yang perempuan rajin mengemas & memasak, yang lelaki rajin bekerja.

Tapi percayalah, segarang mana pun depa, aku sayang depa lagi-lagi Amer. Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa lelaki yang bermuka cengey, bersuara deqaih. Hidup aku jadi sunyi.

Ps: Adik aku pernah tanya "Abang Amer memang jenis suka tengok tv pasang volume kuat-kuat ke?" - Hmm bukan sora tv ja kuat, sora dia pun deqaihhh.
Peace ✌️

Komen aku : Sememangnya ada betul cerita yang di ceritakan oleh pemilik facebook account bernama Cik Atenn Azlan ini . Lelaki utara agak kasar dari segi pertuturan begitu juga dengan perempuan utara. satu keunikkan bagi orang utara. kalau orang negeri lain akan anggap kami ni macam kuat marah, kuat tengki dan sebagainya.
Post Cik Atenn Azlan di facebook :
Hakikatnya, kami bukannya marah pun, cuma nada nya agak kuat dan tegas. di harap orang lain memahami. orang utara yang baca post ni, ce komen sikit.heheh

sekian.

CARA TUKAR KAD CIMB KE KAD CIMB YANG BARU !

CARA TUKAR KAD CIMB KE KAD CIMB YANG BARU !

CARA TUKAR KAD CIMB KE KAD CIMB YANG BARU ! | Baru-baru ini heboh mengenai penukaran kad maybank kepada kad yang baru dikatakan perlu di segerakan. sebenarnya korang boleh je buat penukaran kad tersebut bila-bila masa sehingga bulan disember ini . Begitu juga dengan kad-kad di bank lain. contohnya Cimb bank . cara tukar kad atm cimb ke kad cimb my debit 

Beberapa minggu lepas aku sudah pun tukar kad Atm cimb kepada kad baru seperti yang di minta oleh pihak bank. apa yang perlu di bawa ketika tukar kad cimb kepada kad cimb yang baru ? korang hanya perlu bawa IC dan kad lama sahaja .
cara tukar kad cimb lama ke kad baru


Artikel berkaitan : Cara tukar kad cimb secara online .

Masa korang ke kaunter , korang bagitau nak tukar kad. kemudian dia akan bagi number dan korang tunggu kejap sebelum di panggil untuk tukar kad. Nanti dia akan tolong tukar kad cimb yang lama kepada kad cimb yang baru . Mudah dan PERCUMA sahaja ! . Jadi, pilih hari untuk korang pergi tukar kad , jangan tunggu nak sampai tarikh tutup baru nak tukar. nanti serabut .

kalau korang nak tukar kad maybank, korang boleh baca panduan yang aku tulis di : http://www.kataubaid.com/2016/07/kad-atm-maybank-kena-tukar-ke.html

Baca juga : Cara tukar kad maybank secara online .

Sekian .
SKRIN SAMSUNG GALAXY A9 PRO LEBIH BESAR !

SKRIN SAMSUNG GALAXY A9 PRO LEBIH BESAR !


SKRIN SAMSUNG GALAXY A9 PRO PRO LEBIH BESAR ! | Aku antara peminat telefon bimbit berjenama Samsung . Walaupun ramai yang akan bantah cakap aku dengan mengatakan Iphone is better than samsung . Tapi aku akan tetap dengan samsung jugak. Aku sebenarnya kurang minta dengan model Iphone . Jangan tanya sebab apa, aku pun tak tau. haha Kali ni, aku nak kenalkan dengan korang satu Model Samsung yang baru iaitu Samsung Galaxy A9 Pro .

Antara Ciri yang terdapat pada Samsung Galaxy A9 Pro adalah Saiznya yang besar, Memorinya jugak besar di samping daya tahan baterinya juga besar . Korang boleh baca selanjutnya di sini . Dibawah ini aku sertakan beberapa gambar Samsung Galaxy A9 Pro yang cantik dan menarik untuk korang. Kalau korang nak beli, korang pergi ke kedai-kedai berhampiran lah yer. ehh kedai samsung tau. bukan kedai makan. hahaha

Samsung Galaxy A9 Pro didatangkan dengan 3 warna iaitu hitam , gold dan white . ( Hitam, emas dan putih ). Jadi korang boleh pilih kaler dan warna yang sesuai untuk korang jadikan  telefon Samsung Galaxy A9 Pro sebagai milik korang .

Gambar Samsung Galaxy A9 Pro : 


Samsung Galaxy A9 ProSamsung Galaxy A9 ProSamsung Galaxy A9 ProSamsung Galaxy A9 Pro

SAMSUNG GALAXY A9 PRO ini mempunyai beberapa ciri yang membuatkan kita ternganga mulut kita. antaranya Memori telefon ini bersaiz 96 gb ! Kalau korang kaki selfie, mesti telefon ni menjadi kegemaran korang. Bateri dia pulak 5000Mah . Gila laah, tak yah risau masalah bateri lepas ni, mesti tahan lama . kalau korang tak caya apa yang aku tulis ni, korang boleh baca dekat sini .

Apa lagi tunggu ! tinggalkan iphone anda untuk ke Samsung Galaxy A9 Pro ni ! Siapa lambat dia tertinggal ! hehe

sekian.

KENAPA LELAKI TAK BAGI PEREMPUAN YANG DIA SAYANG PAKAI MAKEUP !

KENAPA LELAKI TAK BAGI PEREMPUAN YANG DIA SAYANG PAKAI MAKEUP !

KENAPA LELAKI TAK BAGI PEREMPUAN YANG DIA SAYANG PAKAI MAKEUP ! | Baru-baru ini aku tengok satu video mengenai seorang lelaki yang tidak kisah dengan pasangannya yang tidak bermake up .tetapi bila ada perempuan lain yang bermake up, pasti dia tidak akan melepaskan peluang untuk melihatnya. ramai juga kaum perempuan tertanya-tanya KENAPA LELAKI TAK BAGI PEREMPUAN YANG DIA SAYANG PAKAI MAKEUP ! 

KENAPA LELAKI TAK BAGI PEREMPUAN YANG DIA SAYANG PAKAI MAKEUP !

Baik, kalau korang nak tahu rahsia dia kenapa ? korang share post ni. hahaha

KENAPA LELAKI TAK BAGI PEREMPUAN YANG DIA SAYANG PAKAI MAKEUP !

1. Kerana dia tak nak lelaki lain tengok orang yang dia sayang .

Betul, lelaki kalau dah suka seseorang tu, dia memang risau orang lain kacau line dia. haha sehinggalah dia dah kawin dengan korang. maka lepas tu dia akan rasa lebih selamat. tapi dia still tak kisah kalau korang nak make up atau tak.

2. Dia hanya sekadar tengok sahaja . tak ada perasaan lain terhadap perempuan yang make up.

Mungkin perempuan tak percaya dengan point ni. hahaha tapi yakin lah ada lelaki yang hanya pandang wanita lain dengan hanya sekadar pandang. sebab apa ? sebab dia dah ada korang di dalam hati dia. tapi hati2 kalau jumpa lelaki memang perangai suka ushar dan try . hat ni memang bahaya.

3. Bimbang awak lari jauh dari dia.

Macam point number 1 yang aku mention tadi, lelaki akan takut kalau orang yang dia sayang lari ke orang lain. lebih baik , korang nampak tak cantik di mata orang lain tetapi di mata dia , korang lah yang paling cantik. sebab cantik tu subjectif.

Aku rasa, 3 point ni sudah cukup untuk menjawab persoalan mengenai KENAPA LELAKI TAK BAGI PEREMPUAN YANG DIA SAYANG PAKAI MAKEUP ! . aku nak bagi tau, 3 point ni mungkin tak berkesan kalau pasangan anda memang kaki perempuan, kaki mengorat dan sebagainya. Jadi hati-hati dengan pasangan anda. kalau korang yakin dengan pasangan anda. maka itulah lebih baik untuk anda.

sekian.

p/s : haaa, tersengeh-sengeh sorang2 tu dah kenapa ? haha cuba komen sikit :)

GAMBAR BANJIR DI PULAU PINANG !

GAMBAR BANJIR DI PULAU PINANG !

GAMBAR BANJIR DI PULAU PINANG ! | Setelah seharian hujan , maka terjadilah banjir akibat tidak mampu menahan air hujan yang melimpah ruah. itulah yang terjadi di sebahagian negeri Pulau Pinang yang di landa banjir akibat hujan lebat yang tidak berhenti untuk beberapa ketika. Kita doakan semoga seluruh negeri selamat dan terpelihara dari musibah. selain Pulau Pinang, kedah juga mengalami banjir iaitu di kawasan Yan . Berikut merupakan gambar banjir di Pulau Pinang .



GAMBAR airport penang BANJIR DI PULAU PINANG !

GAMBAR airport penang BANJIR DI PULAU PINANG !

GAMBAR airport penang BANJIR DI PULAU PINANG !

GAMBAR BANJIR DI PULAU PINANG !

GAMBAR BANJIR DI PULAU PINANG !

GAMBAR BANJIR DI PULAU PINANG !

GAMBAR BANJIR DI PULAU PINANG !

GAMBAR BANJIR DI PULAU PINANG !


Pagi hari ini pun , masih hujan tidak berhenti. harapnya hari ini tak ada apa-apa yang berlaku lah ya. semalam , akibadat dari banjir dan hujan lebat. ramai yang terkandas dalam keseesakan lalu lintas , traffic jam di kawasan pulau ni. hari ini, kita tengok petang ni macam mana, kalau hujan lagi, kemungkinan besar, peristiwa semalam akan berulang.

Sekian.

KISAH SELFIE 3 TAHUN DAHULU !

KISAH SELFIE 3 TAHUN DAHULU !


KISAH SELFIE 2 TAHUN LEPAS | Ini bukanlah cerita hantu atau cerita rekaan seram yang viral di media sosial, kalau korang nak share di alu-alukan. ini adalah cerita pengalaman aku sewaktu mula berselfie tiga tahun dahulu . satu perbezaan yang amat ketara berlaku di dalam masyarakat melayu dan masyarakat malaysia keseluruhannya .

Aku hanya nak ajak korang semua untuk imbau kembali kenangan tiga tahun lalu sewaktu ramai dari kalangan rakayat malaysia dan juga kawan-kawan kita masih lagi tidak meminati untuk bergambar secara selfie. Masa ni, ramai juga yang kecam aktiviti selfie ni. Antara komen yang aku terima dulu sebab rajin selfie.

KISAH SELFIE 3 TAHUN DAHULU !

" Tak da keja dok amik gambar muka dia ja "
" Kerja selfie jaa "
" tak elok letak gambar muka "

Tapi dari komen-komen inilah , aku lihat merka sendiri melakukan aktiviti selfie sekarang ni. banyak pula gambar yang mereka update berbanding aku dahulu. Banyak lagi gaya mereka ketika selfie berbanding sewaktu aku di kecam kerana suka berselfie. aku senyum sendiri .

3 tahun dahulu , bukanlah satu jangka masa yang lama, sekejap sahaja. tetapi teknologi berkembang dengan pantas. Peringkat awal mungkin janggal, tapi semakin lama menjadi kebiasaan, maka ia bukan kesalahan lagi . Aku suka cari orang yang suka kutuk aku dulu dan aku suka melihat apa yang berlaku kepada mereka.

KISAH SELFIE 3 TAHUN DAHULU !

Aku tersenyum sendiri, dulu orang cakap buang masa selfie ni . tetapi sekarang mereka yang sikit-sikit selfie. ahh, manusia semuanya sama, apa yang orang lain buat semua tak kena.tapi bila diri sendiri buat , maka itulah perkara terbaik mereka dalam hidup mereka. Bukan nak ungkit cuma , aku seronok tengok perubahan ketara manusia. sebab tu aku suka diam dan tengok apa yang berlaku. hehe

Korang ada perasan tak apa yang aku cerita ni ? kalau korang dah lama selfie , mesti korang perasan benda ni . aku pun sekarang dah kurang dah selfie. tengok orang selfie jer lah. . hehe

sekian.

JUARA QARI JUNIOR TV 3 2016 !

JUARA QARI JUNIOR TV 3 2016 !

JUARA QARI JUNIOR TV 3 2016 !| Setelah beberapa minggu bersiaran di Tv 3 , Rancangan Qari jr 2016 telah melabuhkan tirainya semalam. Pelbagai kenangan indah sudah tercipta sepanjang Musim ini. Melihat adik-adik kita menghafal dan membacakan ayat suci Al-quran membuatkan hati kita sayu dan sedih memikirkan usia kanak-kanak kita dulu. semoga dosa kita sewaktu kecil di ampunkan oleh Allah. Berikut merupakan Senarai Juara Qari junior 2016 .

JUARA QARI JUNIOR TV 3 2016 !

JUARA QARI JUNIOR TV 3 2016

Juara - Ahmad Naufal .
Naib Juara - Sofea Humairah
Ketiga - Danish Farhan

Semoga rancangan Qari Junior yang sudah masuk musim ke-5 ini di kekalkan di tambah baik pada masa akan datang . Perkara baik, kita kena sokong tetapi bila bab kemungkaran kita cuba untuk mencegahnya . semoga usaha baik dan amal baik kita di terima oleh Allah . Tahniah buat kepada semua pemenang Qari Junior musim ke 5 . teruskan menjadi ahli al-quran dan terus mengajak kawan-kawan lain bersama ya.

Sekian.

GAMBAR DAN HARGA NISSAN SERENA IMPUL 2016 !

GAMBAR DAN HARGA NISSAN SERENA IMPUL 2016 !


GAMBAR DAN HARGA SERENA IMPUL 2016 ! | Jenama Nissan baru ini telah mengeluarkan model baru dari Nissan Serena iaitu Nissan Serena Impul . Model baru ini lebih menarik dan lebih menonjol dari segi rekaan dan spesifikasinya . Di bawah ni, saya kongsikan gambar Nissan Serena Impul 2016 untuk anda .

Gambar Nissan Serena Impul 2016 !

GAMBAR DAN HARGA SERENA IMPUL 2016 !

GAMBAR DAN HARGA SERENA IMPUL 2016 !

GAMBAR DAN HARGA SERENA IMPUL 2016 !

Nissan Serena S-Hybrid facelift debuts – CKD, RM139k Image #284920

GAMBAR DAN HARGA SERENA IMPUL 2016 !


GAMBAR DAN HARGA SERENA IMPUL 2016 !

Sudah pasti, rakyat malaysia tertanya-tanya mengenai harga Model Serena Impul ini . Berikut merupakan Harga Serena Impul Di Malaysia  :

Harga Serena Impul 2016 .

Nissan Serena S-Hybrid ( Highway Star Model ) - RM 132,978
Nissan Serena S-Hybrid ( Premium Highway Star Variant ) -RM143,063

Untuk tempahan , anda boleh ke Pejabat Nissan berdekatan .

Sekian.


Kataubaid© .