LALUAN LRT KELANA JAYA DAN AMPANG BERMULA HARI INI !

LALUAN LRT KELANA JAYA DAN AMPANG BERMULA HARI INI !


LALUAN LRT KELANA JAYA DAN AMPANG BERMULA HARI INI ! | Menurut Laporan dari facebook berita harian hari ini, Laluan Lrt Kelana Jaya dan Ampang mula beroperasi hari ini, Projek yang juga merupakan sambungan dari sambungan Terminal Gombak dan Aliran Ampang ini memberi kemudahan kepada penduduk yang menggunakan perkhidmatan ini .Sudah pasti dengan adanya kemudahan ini dapat mengurangkan kesesakan lalulintas terutamanya di ibu kota.

**gambar berita harian .

LALUAN LRT KELANA JAYA DAN AMPANG BERMULA HARI INI !





LALUAN LRT KELANA JAYA DAN AMPANG BERMULA HARI INI !LALUAN LRT KELANA JAYA DAN AMPANG BERMULA HARI INI !LALUAN LRT KELANA JAYA DAN AMPANG BERMULA HARI INI !

Kemudahan awam merupakan antara nadi pengangkutan utama bagi masyarakat ibu kota. Keperluan menggunakan Kemudahan awam ini juga mendesak agar di pertambahkan lagi demi memudahkan warga kota menuju ke tempat kerja dan sebagainya. Sebagai rakyat sudah pasti ingin melihat harga yang di bayar juga setimpal dengan apa yang di terima. Bukan semata-mata bayar duit untuk perkhidmatan tetapi perkhidmatan hampeh .

sekian.
DRAMA LAMBAIAN RAMADAN PIKAT HATI PENONTON SEHINGGA EPISOD AKHIR !

DRAMA LAMBAIAN RAMADAN PIKAT HATI PENONTON SEHINGGA EPISOD AKHIR !


EPISOD AKHIR DRAMA LAMBAIAN RAMADAN  | Sedih dan berjurai air mata, itulah yang diungkapkan oleh hampir kesemua penonton drama Lambaian Ramadan ini . Drama yang berkisar mengenai kisah kekeluargaan ini menemui penonton sejak beberapa minggu yang lalu telah menamatkan episodnya sebentar tadi .

EPISOD AKHIR DRAMA LAMBAIAN RAMADAN

Mulanya aku sudah jangka drama ni best sebab ada Puteri Balqis. hahaha . aku personally suka lakonan Putri balkis sebab dia punya feel tu mampu buat orang nangis  . Di tambah pulak dengan dua pelakon hebat iaitu siti elizad dan adi putra, bertambah banjirlah kalau yang menonton drama lambaian ramadhan ni .

Aku tak sempat nak ikuti semua, tetapi dari bacaan aku di media sosial ramai yang menginginkan drama-drama seperti ini .kebanyakkannya sudah jemu dengan drama yang bersifat fantasi dan cinta yang tidak masuk akal . Jalan cerita drama  Lambaian Ramadan juga menarik mengenai kisah seorang isteri terpaksa menanggung perit derita apabila si suami di uji dengan orang ke-3.

Disamping itu juga,si anak menghidap penyakit kronik untuk di jaga. Sebab itu, ramai yang menonton drama ini kerana dia bermain dengan emosi dan kenyataan dan realiti . Tahniah buat produksi drama lambaian ramadan kerana menghasilkan drama yang berkualiti ini .

Apa pula pandangan korang terhadap drama lambaian Ramadan ini ?

EPISOD AKHIR DRAMA LAMBAIAN RAMADAN

[VIDEO] Astro Raya 2016: Kisah Benar Zika - Masa Anugerah Paling Bermakna - Tengok di sini .


Sekian .
TIPS BERBELANJA DI HARI RAYA !

TIPS BERBELANJA DI HARI RAYA !


TIPS BERBELANJA DI HARI RAYA | Dalam masa seminggu sahaja lagi, ramadhan akan meninggalkan kita. Sudah pasti kita semua rasa sedih dengan pemergian ramadhan. Entah-entah, ramadhan kita tahun ini lebih teruk dari tahun lepas. Allahurabbi, moga Allah ampunkan dosa kita dan banyakkan berdoa di akhir-akhir ramadhan agar kita di pertemukan dengan lailatul qadar .

Selepas Ramdhan,tibalah bulan Syawal yang menjadi kegilaan ummat Islam di Asia Tenggara. Berbeza dengan Ummat Islam di Timur tengah seperti Mesir dan tanah Arab lain, Mereka lebih mengutamakan ramadhan berbanding syawal dan itulah sebaik-baik perkara yang rakyat asia tenggara kena contohi. Utamakan ramadhan bukannya Syawal .

TIPS BERBELANJA DI HARI RAYA !

Di sebalik kesibukkan menanti syawal, mungkin di antara kita ada yang sibuk membeli belah melengkapkan persiapan hari raya masing-masing. Cumanya aku ingin kongsikan dua perkara sebagai Tips Berbelanja Menyambut Hari Raya .

1. Beli Sekadar keperluan Sahaja .

Perkara utama, adalah beli sekadar keperluan. elakkan pembaziran. Cuba check balik , barang-barang yang kita sudah beli tahun lepas, mungkin ada yang belum digunakan contohnya Pinggan Mangkuk, Cawan dan sebagainya. Gunakan apa yang ada terlebih dahulu kemudian baru beli baru.

2. Jimat perkara yang boleh jimat .

Dalam Rancangan #ngajibersamaustazdon di Astro Oasis , Ustaz don pesan agar kita sentiasa berjimat terutamanya ketika Aidil fitri yang dok mai ni. Kitakan dapat bonus atau gaji , jadi gunakan gaji itu sebaik-baiknya. jangan terlalu boros , takut nanti lepas raya, kita dah tak ada duit nak berbelanja. dah kena berhutang pulak. tak mau macam tu . Utamakan etika berjimat cermat.
TIPS BERBELANJA DI HARI RAYA !

Semoga Dua Tips beberlanja di Hari Raya ini dapat membantu kita dalam memberikan yang terbaik kepada diri kita dan keluarga kita. ingat tau, jangan terlalu boros dalam berbelanja. Raya ni sat ja, kehidupan selepas raya tu lama. berbelanja sekadar perlu.

Hari raya pun sudah tidak seperti dahulu, banyak perkara yang sudah berubah mengikut peredaran zaman. kenangan dahulu mungkin agak pelik kalau kita buat kembali. korang nak tahu tak apa beza raya dulu dan sekarang ? . korang baca di sini.

Sekian.

PANDUAN MEMAKAI SAMPIN DI HARI RAYA !

PANDUAN MEMAKAI SAMPIN DI HARI RAYA !

PANDUAN MEMAKAI SAMPIN DI HARI RAYA | Baki beberapa hari lagi sebelum ummat Islam menyambut Aidilfitri mesti di gunakan sebagai persediaan kelengkapan Aidilfitri. Antara kelengkapan yang menjadi pilihan sudah pasti Baju raya, Kuih raya, langsir raya dan pelbagai lagi barangan yang di apitkan dengan raya.

Baju Raya bagi kaum lelaki sudah pasti kurang serinya jika tidak di pakaikan sampin di atasnya. Tapi aku ni jenis yang agak susah sikit nak pakai sampin. Aku jenis yang suka pakai baju melayu seluar slack atau jeans. haha sebab tu aku shopping baju raya , aku beli baju sahaja. agak-agak ada tak yang geng dengan aku. hehe

Bagi yang akan menggunakan sampin, dekat bawah ni ada panduan memakai sampin untuk anda. 




PANDUAN MEMAKAI SAMPIN DI HARI RAYA !

Dulu, aku ingat kalau pakai sampin ni sama ja nak panjang mana atau nak pendek mana kan. Rupanya ada juga panduan memakai sampin . Agak-agak korang lah kan, korang pakai sampin ikut gambar number berapa ? hahaha

Jom kongsikan dengan kawan-kawan . korang klik icon facebook dan twitter dekat bawah ni jer. senang .

Sekian. 

BOLEH KE MAKAN DI TEMPAT AWAM KETIKA SIANG HARI DI BULAN RAMADHAN ? DOSA TAK ?

BOLEH KE MAKAN DI TEMPAT AWAM KETIKA SIANG HARI DI BULAN RAMADHAN ? DOSA TAK ?

Hukum makan di tempat awam bagi orang yang di beri keuzuran  | Kecoh isu yang berlegar dalam kalangan media sosial mengenai status facebook yang di keluarkan oleh seorang wanita yang beragama islam yang meminta agar haknya untuk makan di tempat awam ketika bulan ramadhan di tunaikan . Salah satu cabang ilmu yang bagi aku sebagai rakyat malaysia kena faham supaya apabila berlaku pada masa hadapan, kita tidak melenting lagi.

baca juga : Kelebihan kita menjaga Hati .

hukum makan di tempat awam bagi orang yang di beri keuzuran

Berkaitan isu Kenyataan tersebut, ramai netizen yang komen sama ada menyokong mahupun membantah apa yang di katakan oleh penulis terbabit. Cumanya Aku tertarik dengan jawapan ringkas dari Pencetus Ummah Rahmat Ihsan mengenai isu ini . Beliau menggunakan bahasa yang cukup mudah untuk kita fahami.


Memang tak salah kalau kita yang tak berpuasa makan di tempat awal ketika siang hari di bulan ramadhan. cumanya kita di ajar dengan adab yang baik dalam Islam. Apakah kita sudah lupa mengenai adab tersebut ? Islam sudah susun sesuatu perkara dengan begitu cantik dan Indah. Sehinggakan dalam bab puasa pun, Islam dah gariskan panduan yang sewajarnya agar kita di pelihara dari Dosa.

Sebenarnya tak ada kesan terhadap orang berpuasa apabila melihat orang yang makan di hadapan mereka ketika mereka berpuasa. Sebaliknya, orang yang makan di tempat awam ketika orang lain berpuasa itulah yang kelihatan pelik dan janggal. Sebab itulah Islam beri garis panduan untuk kita agar kita terpelihara dari sangka buruk antara satu sama lain.

Sekarang , aku nak ajak korang untuk baca ulasan dari Mufti Wilayah Persekutuan mengenai Isu ini bagi merungkai sedalam-dalamnya mengenai permasalahan ini. Semoga kita lebih memahami sesuatu hukum berdasarkan sumber yang sahih .





Macam mana sekarang ni ? sudah faham apa yang aku cuba sampaikan. Semoga sedikit ilmu ini mampu untuk memberi gambaran kepada kita mengenai hukum makan di tempat awam bagi orang yang di beri keuzuran ini . Tanamlah di dalam hati supaya kita sentiasa menjaga adab yang sudah di ajar di dalam Islam . Semoga kita terpelihara dari Fitnah yang semakin berleluasa ini.

sekian.

APA YANG ADA DI PASAR RAMADHAN BAYAN BARU ?

APA YANG ADA DI PASAR RAMADHAN BAYAN BARU ?


PASAR RAMADHAN BAYAN BARU | Ramadhan berbaki lagi beberapa hari, sudah pasti pelbagai perkara yang terlintas dalam fikiran kita terutamanya perkara yang perlu ada ketika hari raya Aidilfitri nanti. Sudah pasti , perkataan Shopping sakan sudah bergema di dalam kalangan mereka yang melakukan persediaan Aidilfitri. Pasar ramadhan juga sekarang ini sudah semakin suram dan kekurangan dari segi pengunjungnya. Mungkin juga, rakyat Malaysia menyimpan duit untuk kegunaan di hari raya nanti, jadi lebih ramai yang memasak sebagai langkah berjimat.

APA YANG ADA DI PASAR RAMADHAN BAYAN BARU ?

Sebut pasal pasar ramadhan, teringat aku pasal Pau Cendawan yang viral baru-baru ini. Ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli pau Cendawan . hehehe Macam dekat tempat aku, sudah pasti Pasar Ramadhan Bayan Baru menjadi tumpuan pengunjung kerana lokasinya yang startegik dan juga mempunyai pelbagai aneka juadah yang di jual di sini .

Antara Menu yang di jual di Pasar Ramadhan Bayan Baru adalah Nasi Campur, Minuman , Ayam Golek , Nasi kerabu , Nasi dagang , Nasi Mandi , Kuih Muih , Air THaisty dan macam-macam lagi .Sebab itu aku cakap, Pasar Ramadhan Bayan Baru ni macam-macam ada. hehe Cumanya, dekat sini boleh di katakan menu-menu yang di sediakan tidak tertumpu kepada satu-satu menu sebaliknya setiap gerai mempunyai pelanggan mereka yang tersendiri .

APA YANG ADA DI PASAR RAMADHAN BAYAN BARU ?
GAMBAR CRISP OF LIFE

Kiranya dia tak ada yang special sehingga orang beratur panjang macam yang berlaku di Pasar Ramadhan Putrajaya . Orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan makanan yang menjadi sebutan ramai. Dekat Pasar Ramadhan Bayan Baru , aku tak nampak lak orang beratur panjang-panjang semata-mata nak beli satu makanan.

Keunikkan pasar ramadhan Bayan Baru adalah pengunjungnya terdiri dari pelbagai kaum . Melayu ada, Cina dan India pun ada. Sebab itu Pasar Ramadhan Bayan Baru sentiasa menjadi tumpuan pengunjung saban tahun apabila ramadhan menjelma.

Apa pula yang berlaku dekat tempat korang ? jom kongsikan dengan kami.

Bagi korang yang nak jalan-jalan dekat pasar ramadhan, apa kata korang cuba 6 perkara ini . Mesti korang akan jumpa benda baru dalam hidup korang. betul-betul berguna kepada korang. Tengok di sini .

sekian.

GAMBAR PAU CENDAWAN YANG VIRAL BARU-BARU INI !

GAMBAR PAU CENDAWAN YANG VIRAL BARU-BARU INI !


GAMBAR PAU CENDAWAN YANG VIRAL BARU-BARU INI ! | Baru-baru ini viral di media sosial mengenai Pau cendawan yang di jual di pasar ramadhan Putrajaya . Ramai juga yang sudah mencuba Pau Cendawan ini kan . Aku tak sempat lagi nak rasa pau cendawan sebabnya aku kan dok jauh dari putrajaya, so tak rasa lah lagi.

Bagi korang yang nak baca review mengenai pau cendawan ini, korang boleh klik link yang aku bagi dekat bawah ni . Review dari blogger Dkna.my .


GAMBAR PAU CENDAWAN YANG VIRAL BARU-BARU INI !
** gambar Era fm

GAMBAR PAU CENDAWAN YANG VIRAL BARU-BARU INI !

GAMBAR PAU CENDAWAN YANG VIRAL BARU-BARU INI !

GAMBAR PAU CENDAWAN YANG VIRAL BARU-BARU INI !

GAMBAR PAU CENDAWAN YANG VIRAL BARU-BARU INI !


Ramai juga yang beratur panjang untuk membeli Pau Cendawan ni. Ada yang cakap dari pukul 4 lagi dah penuh dah orang ramai beratur panjang sebab nak beli Pau cendawan ni. Dah jadi fenomena pulak di bulan puasa kali ini dengan Pau cendawan kan.

Apa pula makanan yang jadi Viral di tempat korang ? Jom kongsikan.

sekian. 



SUNNAH DAN ADAB DI HARI JUMAAT !

SUNNAH DAN ADAB DI HARI JUMAAT !

SUNNAH DAN ADAB DI HARI JUMAAT | Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Hari ini , Allah masih izinkan kita hidup dan menghirup udara segar yang setiap hari Allah bagi dekat kita tetapi Allah tak mintak pun kita bayar. Hebatnya Allah, Kayanya Allah . Di hari Jumaat yang mulia ini, jangan lupa untuk berselawat kepada Rasulullah S.A.W. dan mengamalkan Sunnah dan Adab-adab di hari Jumaat .

baca juga : Cikgu Alam .

SUNNAH DAN ADAB DI HARI JUMAAT

Sunnah dan Adab ini sudah pasti sebagai panduan kepada kita agar sentiasa melakukan perkara-perkara baik dan mengikut tatacara yang telah di ajar oleh Islam . Jom kita belajar serba sedikit mengenai Sunnah dan Adab-adab di Hari Jumaat . Hari jumaat merupakan antara hari yang mulia bagi ummat Islam .

Hari jumaat yang terdapat satu waktu di mana waktu yang di mustajab doa yang kita minta kepada Allah. Menurut para ulama, waktu yang mustajab doa ketika hari jumaat adalah di antara dua khutbah yakni ketika khatib berhenti sekejap sebelum meneruskan khutbah kedua. Ada juga pendapat ulama yang mengatakan , waktu mustajab doa ketika hari jumaat adalah ketika waktu asar . Jadi jangan lepaskan peluang kita untuk memperoleh doa yang di makbulkan.

Sempena Hari Jumaat juga , Kita di sarankan untuk perbanyakkan selawat dan juga sedekah . Banyakkan buat baik kepada orang lain . Sebarkan senyuman dan juga apa sahaja perkara baik yang terlintas di fikiran kita .

Korang boleh rujuk gambar di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa Sunnah dan Adab di hari jumaat yang boleh kita lakukan untuk menambahkan pahala kita. Buat baik ini banyak sebenarnya, cuma kita tak perasan bila kita buat baik. hehe . korang pergi kerja jangan lupa niatkan ia sebagai ibadah maka kerja itu dapat pahala. Kalau tak niat untuk ibadah maka tak dapat lah pahala ibadah .

Salam Jumaat buat semua .

sekian.




ORANG DAH MULA SHOPPING RAYA !

ORANG DAH MULA SHOPPING RAYA !

Shopping raya | Wah ! semakin dekat dengan Aidilfitri semakin ramailah yang mengambil peluang untuk bershopping sempena menyambut Aidilfitri nanti . Sudah pasti tempat-tempat seperti Jalan Tar , PKNS dan banyak lagi tempat di Malaysia ini akan menjadi tumpuan bagi kaki shopping . Walaupun harga baju raya seudah mencecah ratusan ringgit, namun masih ramai yang mampu untuk membelinya .Alhamdulillah . harap lepas ni tiada lagi harga yang naik lah kan. hehehe .

Semalam sempena cuti nuzul Al-quran , aku sempat jugak lah pergi ke sungai petani dan jalan-jalan melihat barang-barang di sana. orang kata shopping raya lah kan. hehe banyak juga barang-barang yang di jual di sana seperti baju melayu, baju kurung dan sebagainya. Cumanya aku tak boleh nak compare harga di kedai-kedai tu sebabnya aku hanya masuk satu kedai ja.

Tips Shopping raya

Aku pilih untuk beli baju melayu sahaja, harga baju melayutu dalam Rm 50 plus jer. tidak termasuk seluar. kalau sepasang baju melayu adalah dalam seratus lebih. di sebabkan aku tak pakai seluar baju melayu, aku beli baju jer la kan. jimat sikit. Aku rasa kalau dekat penang harga baju melayu sahaja dan lebih rm 60 setiap satu. kalau sepasang seratus lebih jugak lah harganya.

Bila kita shopping baju raya, selain dari ukur saiz baju, jangan lupa ukur sekali keupayaan kita dalam membeli . kalau kita ada keperluan lain yang perlu di utamakan , maka utamakanlah dahulu. jangan membazir. itulah tips shopping sempena hari raya ini. nanti lepas raya,tak ada yang merungut sebab terlepas shopping masa bulan puasa dahulu. hehe

Kalau dah musim shopping ini, sudah pasti yang menjadi perhatian adalah kaum wanita yang shopping . kaum lelaki a.k.a para suami pula akan setia menanti di tepi dan luar kedai sehinggalah si isteri atau anak mereka selesai membeli . nasihat aku, bertimbang rasalah dengan orang lain. wanita di luar sana kalau boleh shopping tu janganlah lama-lama, kesian si suami. hehe mungkin alternatif lain bagi suami adalah membawa barang keperluan lain semasa mereka meneman si isteri membeli belah, bukan apa untuk mengelakkan berasa bosan ketika meneman isteri. Perangai perempuan ketika bershopping yang aku respect . 

Tips Shopping raya

Semoga kemeriahan aildilfitri yang bakal menjelma ini tidka memadamkan semangat kita mengejar lailatul qadar . Kalau siangnya kita boleh tawaf shopping compleks untuk membeli belah, biarlah malamnya pula kita mampu untuk bangun tahajjud dan beribadah serta mencari lailatulqadar. baru lah sama . betul tak ?

Selamat mencari lailatul qadar !

sekian .

baca juga : Status Imam muda Ammar di salah tafsir !


**gambar google
STATUS IMAM MUDA AMMAR DI SALAH TAFSIR !

STATUS IMAM MUDA AMMAR DI SALAH TAFSIR !


STATUS IMAM MUDA AMMAR | Semalam heboh di media sosial mengenai satu status yang di muat naik oleh seorang imam mudah iaitu Imam Muda Ammar ke dalam Facebook miliknya .Namun Status terbabit mendapat reaksi negatif dari pembaca dan juga peminat imam muda Ammar.

Di dalam Status Imam muda Ammar itu, beliau ada menyampaikan pendapat beliau mengenai Vaksin untuk baby . dari status yang di tulis , aku faham yang imam muda Ammar hendak menyampaikan sesuatu iaitu kematian tidak kenal sesiapa sama ada seseorang itu di vaksin atau tidak.

STATUS IMAM MUDA AMMAR

Tetapi status berkenaan di salah erti oleh netizen sehingga ramai yang menghentam imam muda Ammar di facebooknya . Mungkin dari satu sudut, mereka yang menghentam menggunakan bahasa kasar dan kurang sopan . Sebaliknya bagi aku, status imam muda Ammar ada kaitan dengan akidah sebagai seorang Muslim.

Sebagai seorang Muslim, I'tikad atau keyakinan kita mestilah yakin bahawa ajal maut itu adalah kuasa Allah bukan kerana Vaksin semata . Macam kita ambil ubat bila sakit. kita tidak boleh yakin yang ubat itu semata-mata boleh menyembuhkan kita sebaliknya ubat itu adalah alat dan menyembuhkan kita adalah Allah. Kalau kita i;tikad dan yakin bahawa ubat yang menyebuhkan penyakit kita bukan Allah. maka kita sudah jadi syirik .

Syirik adalah dosa yang Allah tak ampunkan  !

STATUS IMAM MUDA AMMAR

Aku tak nak bincang mengenai anti vaksin atau vaksin . sebab korang pun dah muak dengan isu ini dan korang juga dah tahu nak pilih sama ada nak vaksin atau tidak. cumanya sebelum kita melenting, fikir dahulu apa yang cuba di sampaikan oleh seseorang .

Aku harap pencerahan ini dapat menjernihkan kembali keadaan yang keruh sekarang ini . aku yakin imam muda ammar ada sebab dia tulis sedemikian tetapi mungkin juga salah timing dan gaya bahasanya . semoga isu ini di tutup dan yang dok guna kata-kata kesat tu. fikir-fikir lah balik ya. akhlak kita di mana ?

STATUS IMAM MUDA AMMAR
PERMOHONAN MAAF IMAM MUDA AMMAR - https://www.facebook.com/imamudaammar/posts/887208694722718?hc_location=ufi

sekian .

**tulisan ini hanya pendapat peribadi aku . terpulang untuk menerima atau menolak.

SENARAI PELAKON DRAMA KETUPAT PALAS MR HANDSOME !

SENARAI PELAKON DRAMA KETUPAT PALAS MR HANDSOME !


Senarai Pelakon Drama Ketupat Palas Mr. Handsome  | Drama baru ini akan mula menemui penonton tidak lama lagi. Drama lakonan Mira Filzah dan juga Fatah Amin yang bertajuk Drama Ketupat Palas Mr. Handsome ini pastinya menjadi sebutan peminat terutamanya peminat Mira Filzah dan Fatah Amin. Berikut merupakan SENARAI PELAKON DRAMA KETUPAT PALAS MR HANDSOME !


SENARAI PELAKON DRAMA KETUPAT PALAS MR HANDSOME !

SENARAI PELAKON DRAMA KETUPAT PALAS MR HANDSOME !

Tajuk Drama : DRAMA KETUPAT PALAS MR HANDSOME !
Bil Episod : 13
Tarikh Mula tayang :
Saluran Tayangan : tv 3
Waktu tayangan : 9 malam
Senarai Pelakon : Mira Filzah, Fatah Amin, Shah Sulaiman , Aisya Hasnaa , Eyka Farhana , Marisa Yasmin dan Firdaus Ghaufran .
ada yang sudah tak sabar  nak tengok drama Ketupat palas Mr handsome ni tak ? hehe


Sekian.

KISAH HAFIZ MAHAMAD VIRAL ! BENDA NI PUN VIRAL SEKALI KER ?

KISAH HAFIZ MAHAMAD VIRAL ! BENDA NI PUN VIRAL SEKALI KER ?


KISAH HAFIZ MAHAMAD | Sejak dua hari yang lepas , kisah seorang lelaki yang membuat kejutan kepada kekasihnya yang viral baru-baru ini. Ramai yang dah ulas mengenai tindakan hafiz mahamad ini, malahan ada yang memberi komen positif dan juga negatif. kalau korang nak baca, boleh terjah ke Instagram Hafiz Mahamad sendiri .

Tetapi, aku nak alih perhatian korang mengenai satu perkara yang turut viral sekali bersama dengan kisah Hafiz Mahamad ini, apa dia ? haha jawapannya adalah Kereta limosin . Sejak viral kisah Hafiz Mahamad tu , ramai dah nak beralih ke kereta limosin lepas ni semata-mata nak tarik perhatian kekasih hati .

KISAH HAFIZ MAHAMAD

Kereta panjang yang terkenal dalam filem-filem Luar Negara seperti di Amerika dan sebagainya , kini menjadi sebutan rakyat malaysia . Ada yang mengatakan kereta limo ni adalah kereta mewah . Orang kaya mampu lah. hahaha betul lah tu, tapi aku rasa boleh jer pinjam dengan pemilik kereta tu kalau nak sangat guna. hehe

Sedikit komen untuk insan-insan yang di luar sana yang tak habis-habis lagi komen dekat Instagram Hafiz Mahamad . Nak berangan untuk mendapat sesuatu perkara yang mewah itu tidak salah, tetapi kalau boleh jangan drag orang lain turut sama dalam angan-angan yang mungkin tidak masuk akal. bukan semua lelaki mampu memberi kejutan dengan membawa anda menaiki limo .

hargai orang yang mahukan anda, dan orang yang anda mahukan. Dalam bab limo ni kan, aku tengok remaja yang baru nak kenal dunia jer yang nak macam tu. aku tengok kakak-kakak dan abang-abang yang lain dan yang dah berkerjaya rileks ja dan tak ambil port. bagi mereka kita kena berpijak pada bumi yang nyata .

KISAH HAFIZ MAHAMAD

Tak semua orang mampu dan jangan memaksa  pasangan kita sesuatu perkara yang di sendiri tak mampu buat. Fokus dan support dari segi moral supaya dia sendiri mampu untuk membahagiakan kita dengan caranya sendiri. kan itu lebih baik,

Selepas kisah seorang lelaki bernama ubaidullah jaafar viral kini kisah Hafiz Mahamad pula yang viral . Typical rakyat Malaysia akan buat kecam dan juga terover dalam menilai sama ada positif atau negatif. aku rasa jer, hehe korang lak rasa macam mana ?

Ada tips untuk menawan suami anda , tak banyak pun ada 7 tips. korang nak baca tak agak-agak ? kalau nak baca korang baca dekat sini .

sekian.

HARGA BAJU RAYA RATUSAN RINGGIT ? RAKYAT MALAYSIA MAMPU BELI KE ?

HARGA BAJU RAYA RATUSAN RINGGIT ? RAKYAT MALAYSIA MAMPU BELI KE ?

HARGA BAJU RAYA | Kebanyakkan dari kita sudah mula membuat persiapan raya walaupun Ramadhan masih belum habis . Terpulanglah kepada kita sama ada kita mahu memilih ramadhan atau pun Aidilfitri . Dalam kesibukkan membuat persiapan hari raya ini, pelbagai kelengkapan raya yang sudah menjadi pilihan mahupun masih dalam senarai pilihan untuk di beli. aku terkejut apabila melihat harga barang yang ingin di beli sekarang jauh lebih tinggi dari tahun-tahun sebelum ini . aku fikir, mungkin rakyat malaysia sudah kaya raya ?

Baca juga : Perangai Perempuan bila shopping yang aku respect !

Melihat harga barang-barang tersebut, aku cuba tengok dan survey harga baju melayu di sebuah pasar raya di Malaysia. Harga baju melayu sepasang sudah berharga ratusan ringgit .Tidak seperti satu ketika dahulu apabila harga sepasang baju melayu hanya puluhan ringgit sahaja . Tidak termasuk dengan sampin lagi.

HARGA BAJU RAYA

Namun , walaupu harganya mahal tetapi rakyat malaysia masih mampu membelinya . Pelik juga kan, seronok membeli atau terpaksa beli ? satu persoalan yang perlu di bincangkan juga sebenarnya . Sewajarnya, peniaga kena lihat situasi rakyat malaysia sebelum mereka meletakkan harga . Aku bimbang , satu hari nanti harga baju melayu juga akan meningkat naik seperti harga makanan. Bimbang oh bimbang .

Ini aku cakap mengenai baju melayu sahaja, baju kurung tak yah cakap lah kan. awal-awal lagi dah mahal . korang rasa berbaloi tak , baju melayu harga ratusan ringgit semata-mata nak sambut hari raya sahaja ?

Mungkin juga ada yang berpendapat, beli baju melayu hanya setahun sekali sahaja ,bulan-bulan lain, pakai sahaja mana yang ada. Aku rasa itu yang rakyat malaysia fikir bila beli baju mahal-mahal. tapi hakikatnya , akan juga di beli baju melayu pada bulan-bulan lain. adakah akan berlaku pembaziran ? sebenarnya aku nak cakap pasal harga baju melayu sekarang ini. mahal weh !


HARGA BAJU RAYA
Kalau korang lihat sama ada jualan online ataupun di pasar raya, sudah tiada baju melayu sepasang berharga puluhan ringgit. kalau ada pun jarang di temui . Ini menunjukkan harga barang di malaysia ni makin meningkat dan menyebabkan rakyat di paksa membeli sesuatu di luar kemampuan mereka. walaupun hakikatnya pilihan di tangan pembeli, tetapi jika pilihan tersebut seumpama tiada pilihan , jadi nak buat macam mana ?

Kalau nak dikatakan design mereka berbeza, bagi aku baju melayu sebenarnya tiada design yang berbeza sangat. dia hanya ada 3 poket di atas dan jarang juga kita lihat baju melayu mempunyai dua warna dalam satu-satu design. kadang-kadang, aku tengok design antara syarikat-syarikat pengeluar baju melayu ni lebih kurang ja, tapi harga mereka berbeza.

Andai semua pakaian berharga ratusan ringgit, bagaimana kita nak memilih sebaliknya betul tak ? alih-alih terpaksa lah juga beli walaupun harga ratusan ringgit sebabnya tiada pilihan dari sudut harga. itu maksudnya terpaksa membeli yang aku cakap di atas. Adakah kita betul-betul mampu untuk membeli ? atau terpaksa beli ? korang yang mana satu ?

sekian.

Senarai Insentif kepada rakyat Selangor yang baru di umumkan !

Senarai Insentif kepada rakyat Selangor yang baru di umumkan !








Senarai Insentif kepada rakyat selangor yang baru di umumkan | Dalam ucapan yang di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Dato Seri Azmin Ali di Dewan Jubli Perak SUK pada 20 jun hari ini , Beliau menyampaikan beberapa insentif baru kepada ralyat selangor khususnya bagi penjawat awam di negeri terbabit. Alhamdulillah rezeki buat rakyat selangor.
Senarai Insentif kepada rakyat selangor yang baru di umumkan

Berikut merupakan Senarai Insentif kepada rakyat selangor yang baru di umumkan !

1. Bantuan Khas Aidil Fitri satu bulan setengah gaji ( di bayar pada 1 julai )
2. Kenaikkan gaji sebanyak dua kali pada tahun ini (2016 )
3. Kenaikkan elaun perumahan untuk penjawat gred 41 ke bawah dari RM 150 ke RM 300 .


Korang boleh ikuti info grafik yang di sediakan sumber facebook Dato Seri Azmin Ali.

Senarai Insentif kepada rakyat selangor yang baru di umumkan

Senarai Insentif kepada rakyat selangor yang baru di umumkan

Senarai Insentif kepada rakyat selangor yang baru di umumkan

Senarai Insentif kepada rakyat selangor yang baru di umumkan

Senarai Insentif kepada rakyat selangor yang baru di umumkan

Seronoknya jadi penjawat awam di negeri selangor. semoga Senarai Insentif kepada rakyat selangor yang baru di umumkan ini mampu meringankan beban rakyat yang di tanggung oleh rakyat sepanjang tahun ini.

Tahniah kerajaan negeri selangor.

Sekian .

PERANGAI PEREMPUAN BILA SHOPPING YANG AKU RESPECT !

PERANGAI PEREMPUAN BILA SHOPPING YANG AKU RESPECT !


PERANGAI PEREMPUAN BILA SHOPPING | Sememangnya hobi shopping merupakan hak milik kaum wanita . Itu fakta yang sukar di nafikan . Kaum lelaki walaupun ada yang suka shopping tetapi tidak mampu menandingi kehebatan kaum wanita ketika mereka shopping. Baru-baru ini aku sempat juga jalan di shopping kompleks dan juga pasar ramadhan . Dari pemerhatian aku ada beberapa perangai perempuan bila shopping yang menyebabkan aku respect dengan kaum perempuan .

baca juga : Ragam di Shopping Complex !
PERANGAI PEREMPUAN BILA SHOPPING YANG AKU RESPECT !

Perangai Perempuan Bila Shopping .

1. Jalan tak tengok orang . tapi tengok barang .

Paling ketara adalah point yang pertama ini. Ketika tengah jalan-jalan di shopping compleks atau pasar malam atau pasar ramadhan, korang perasan tak ada sesetengah perempuan yang jalan tanpa tengok depan. dia hanya tengok apa yang ada di kedai-kedai di tepi tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang bertentangan dengan nya. Yang mengujakan aku, tak pulak berlanggar satu sama lain.haha korang pakai ilmu apa ? aku yang dari jauh tengok pun risau, nanti berlanggar lah bagai. haha

2. Suka jalan banyak kedai .

Antara perangai perempuan adalah dia mesti nak jalan ke banyak kedai terutamanya di dalam shopping kompleks . padahal nak beli satu benda sahaja . hehe

3. Bandingkan harga .

Merujuk kepada point yang kedua tadi, perempuan suka jalan ke banyak kedai-kedai adalah untuk membandingkan harga barang yang ingin di beli. inilah kehebatan perempuan yang lelaki tak mampu buat. Apa yang lelaki suka buat adalah. masuk kedai dan berpuas hati dengan harga barang dekat kedai tu dan terus beli.  kadang-kadang harga barang tu mahal atau tidak, kadang-kadang terlepas pandang .

PERANGAI PEREMPUAN BILA SHOPPING YANG AKU RESPECT !

4. Pandai Pilih barang .

Lelaki selalu beli barang apa yang di mau , bila dah dapat kadang-kadang rosak lah ada slack dekat mana-mana. tetapi perempuan memang pandai pilih barang . selalunya barang yang di pilih adalah barnag yang elok dan tahan lama. kalau korang lelaki nak gi shopping, bawa perempuan. hahaha

kalau lah tawaran Maxis ini menyebabkan seseorang tu menjadi terkejut ! agak-agak korang sanggup tak bagi ? tapi benda shining macam ni mesti orang perempuan suka. jom tukar nak tak ? baca di sini .

Sebenarnya semua perangai ini anugerah oleh Allah kepada insan yang bergelar kaum perempuan. ia menjadi hiburan kepada kaum lelaki yang melihat ia sebagai satu keunikkan yang ada pada kaum perempuan. sebab comel jer tengok perangai perempuan yang kuat shopping ni. hehe sebab itu aku respect perempuan bila mereka shopping. lelaki tak hebat macam korang tau . :)

Entri ini hanya sekadar perkongsian santai ya. jangan marah ya kaum hawa. kalau salah , meh komen di bawah. maaf atas salah silap :)

sekian .

VIRAL ! GAMBAR DURIAN BAKAR !

VIRAL ! GAMBAR DURIAN BAKAR !


GAMBAR DURIAN BAKAR | Raja segala buah merupan buah yang sangat unik. betk nya yang bulat dan berduri serta mempunyai bau yang kuat menjadikan buah durian ini lain dari yang lain . Kali ini durian telah berubah menu atau resepi durian yang lain dari yang lain iaitu Durian Bakar . Nampak pelik dan lain dari yang lain, korang pernah makan ?



GAMBAR DURIAN BAKAR !


GAMBAR DURIAN BAKAR !

GAMBAR DURIAN BAKAR !

GAMBAR DURIAN BAKAR !

Nampak unik tetapi macam pelik . kalau korang pernah rasa, apa kata korang kongsikan dengan kami mengenai rasa Durian Bakar ni enak atau tidak. Al-maklumlah kan sekarang ni musim durian. semuanya durian hehehe

Sekian .

p/s : bila sebut pasal makan sahaja, pastinya ramai yang terliur hingga meleleh air liurkan. korang pernah tak terfikir yang ada restoran yang menyediakan makanan buffet sebanyak 400 jenis makanan. Sambal dia sahaja ada 25 jenis. korang tahu tak kedai tu dekat mana ? jom baca di sini .

BIODATA SURA SOJANGI PELAKON DRAMA MR TANDA SOAL !

BIODATA SURA SOJANGI PELAKON DRAMA MR TANDA SOAL !


Biodata Sura Sojangi pelakon drama Mr Tanda Soal | Pastinya ramai yang suka menonton gelagat pelakon-pelakon dalam drama Mr. Tanda Soal. Dan sudah pasti juga satu watak lakonan Sura Sojangi menjadi perhatian. Dia membawa watak adik kepada Alisa dalam drama Mr.Tanda Soal . haa, korang dah kenal kan. Berikut merupakan Biodata Sura Sojangi pelakon drama Mr Tanda Soal !

baca juga : Biodata Hanna Aqeela Pelakon drama Mr tanda Soal !


Biodata Sura Sojangi pelakon drama Mr Tanda Soal

Biodata Sura Sojangi pelakon drama Mr Tanda Soal

Nama Penuh : Maisurah Binti Sojangi .
Nama Artis : Sura Sojangi
Asal : Selangor .
Umur : 26 tahun .
Tarikh Lahir : 1990
Kerjaya : Pelakon.

Apa pendapat korang mengenai lakonan Sura Sojangi dalam drama Mr tanda Soal ?

Sekian.



**dah cari gambar pakai tudung, tapi tak jumpa lak. maaf ya.

KELEBIHAN KITA JAGA HATI !

KELEBIHAN KITA JAGA HATI !

Kelebihan kita menjaga Hati | Bila kita sebut pasal hati mesti kita kan teringat kepada hati kecil kita yang sering terluka dan dilukai. Apabila hati risau dan resah, sudah pasti ia menjadi sasaran kita melepaskan marah .Kelebihan di ciptakan hati adalah sebagai membantu manusia dalam mengekspresikan perasaan mereka ke atas sesuatu .

baca juga : Manusia bermulut dua .

Hati juga memainkan peranan penting dalam kita hidup bersama dengan masyarakat kita. Hati juga memainkan peranan sebagai panduan dan penolong kita dalam menentukan sesuatu.  Kepentingan hati juga sudah di ketahui ramai. tanpa hati manusia pasti tiada timbang rasa sesama manusia . jadi keperluan kita menjaga hati amatlah banyak kerana hati merupakan segala-galanya selepas otak kita .

Kelebihan kita menjaga Hati

Antara Kelebihan kita menjaga Hati adalah :

1.Mampu untuk berfikir secara waras .
2. Memberi kita ketenangan ketika menjalani kehidupan kita .
3. Mampu beri kekuatan untuk kita melakukan kebaikkan dengan setiap orang .

Sebab itu , kalau hati rosak maka rosaklah ke tiga-tiga perkara di atas. ada orang tanya, sebab apa kita kena sibuk jaga hati orang lain sedangkan hati kita terluka ? . Jawapan aku adalah kenapa hati kita terluka ? adakah sebab perbuatan kita sendiri atau perbuatan orang lain ? adakah kita menghukum orang lain dengan hanya sangka buruk kepada mereka ?

baca juga : Kisah 3 ibu luar biasa menguruskan Keluarga dan anak-anak .

hahaha mesti korang ingat aku ni akan asyik melahkan diri sendiri sedangkan terbentang kesilapan orang lain. sebenarnya itulah salah satu kaedah untuk menjaga hati sendiri. Kadang-kadang orang buat jahat kat kita dan kita tahu benda tu jahat ,tambah2 lagi kawan kita. tetapi kita ambil langkah yang orang jarang ambil iaitu bersangka baik dahulu terhadap perlakuan mereka. maka kita sudah menjaga hati kita.

Tak di nafikan yang kita ni bukanlah wali songo mahupun malaikat. andai tiba-tiba meletop tu nak buat macam mana kan. redha jer lah. hahaha selagi mampu maka bertabah lah dengan bersangka baik dengan orang lain . semoga dengan itu, Allah beri ketenangan kepada kita. Insyaallah .

Sekian.

PERKARA MUDAH YANG KITA KENA BUAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN !

PERKARA MUDAH YANG KITA KENA BUAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN !


PERKARA MUDAH YANG KITA KENA BUAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN ! | Bulan ramadhan datang dengan seribu kebaikan kepada ummat manusia . kalau kita perasan kan, selalunya bulan ramadhan akan di kaitkan dengan bulan untuk pakat buat baik dan pakat pulun buat ibadah. Bulan-bulan lain kita tidak di beritahu sedemikian kerana bulan ramadhan sahaja di gandakan pahala yang berlipat kali ganda kepada kita.

Jom tengok : Suasana Berbuka puasa di hadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya .

PERKARA MUDAH YANG KITA KENA BUAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN !
gambar : www.hijabihafs.com

Jadi kita kenalah rajin buat baik , kalau tak buat baik, kita tinggalkanlah benda jahat seboleh mungkin . Aku ni bukanlah baik sangat, nakal tu memang ada , hahaha tapi kadang-kadang tu aku rasa macam best pula kalau kita tulis benda baik. nanti orang baca ,dia pun boleh jadi baik. nampak tak sistem MLM yang ada pada ibadah kita. walaupun kita tak yah cari downline susah-susah . hehe aku nak kongsikan dengan korang perkara mudah yang kita boleh buat sepanjang bulan ramadhan . Antaranya adalah :

1 . Baca Al-quran .

Sememangnya, bulan ramadhan adalah bulan Al-quran. Jadikan ramadhan kita pada tahun ni sebagai sekolah untuk mendidik kita mendalami al-quran. Insyaallah di luar ramadhan, kita akan rasa mudah untuk membaca al-quran.

2. Hormat Ibu bapa dan orang tua .

Antara perkara baik yang boelh di lakukan adlaah menghormati orang tua, ibu dan ayah kita. Taat kepada Allah dan kemudian kepada kedua ibu bapa mampu menjadikan hidup kita berkat di dunia dan di akhirat.

baca juga : 6 Perkara yang patut korang start bualn dalam bulan ramadhan ini .

PERKARA MUDAH YANG KITA KENA BUAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN !

3. Beri makan kepada orang yang berpuasa .

Amalan yang di galakkan untuk kita lakukan ketika bulan puasa adalah memberi orang lain makan ketika waktu berbuka. banyak ganjaran yang elah di nyatakan kepada kita. tinggal kita sahaja lakukannya.

4. Rajin Bekerja .

Ramadhan merupakan bulan ujian kepada kita, sepanjang tahun kita bekerja dan di berikan tenaga ketika waktu lunch time dan sebagainya. Tetapi di bulan ramadhan, kita kena lebih semangat dalam melakukan kerja kerana kekuatan yang kita peroleh adalah dari keberkatan bulan ramadhan itu sendiri. Sebab itu kita bersemangat sentiasa di bulan ramadhan.

5. Lakukan perkara yang baik-baik sahaja .

Kalau tidak mampu nak ajak ornag buat baik, maka kita sahaja yang lakukan perkara baik-baik. Sebab apa amalan dan kerja yang baik-baik kita lakukan dapat memberi ktia ganjaran pahala dan ketengan hati ketika di dunia dan di akhirat,

Pendek kata,, banyak perkara mudah yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini .Aku ambil contoh , dari blog  ini , korang boleh tahu perkara lain yang mudah yang patut kita lakukan sepanjang bulan ramadhan . Semakin banyak kita membaca semakin banyak ilmu dan semakin banyak kebaikkan yang kita mampu buat. maka semakin banyak pahala kita peroleh . Korang boleh baca di sini .

Semoga ramadhan kali ini menjadi inspirasi kepada kita dalam beribadah dan meneruskan kehidupan kita seharian . Jangan sibuk main mercun atau buat kuih raya sahaja. hehe auumm.

sekian .


SENARAI PELAKON DRAMA CINTA 11 SYARAT !

SENARAI PELAKON DRAMA CINTA 11 SYARAT !


SENARAI PELAKON DRAMA CINTA 11 SYARAT | Selepas Drama Akadku yang terakhir menamatkan siaran mereka dengan jayanya, kini drama Cinta 11 Syarat mengambil tempat mereka. waktu tayang juga seperti waktu tayangan drama Akadku yang terakhir. Berikut merupakan SENARAI PELAKON DRAMA CINTA 11 SYARAT

baca juga : Biodata Bella Dally

SENARAI PELAKON DRAMA CINTA 11 SYARAT


SENARAI PELAKON DRAMA CINTA 11 SYARAT

Tajuk Drama : Drama Cinta 11 Syarat .
Bil EPisod : 20
Waktu tayangan : Isnin Hingga Jumaat , 6 petang
Saluran Tayangan : Astro Prima
Waktu mula tayangan : 6 jun 2016
Senarai pelakon : Aqasha, Bella daly, Iqram Dinzly, Anne Abdullah, Afifah Nasir,Kazar, Farisha Irwayu , Helmi Husaini .

Sinopsis Drama Cinta 11 Syarat .

Lama tak tengok drama lakonan Aqasha dan iqram Dinzly. hero malaya satu ketika dahulu . hehe .

sekian .


Kenapa Masjid Makin Kosong ? Di Mana Jemaah lain ?

Kenapa Masjid Makin Kosong ? Di Mana Jemaah lain ?

Kenapa Makin Kosong Masjid ? | Alhamdulillah, sekarang ini kita sudah pun masuk ke dalam fasa ke dua ramadhan . Syukur kepada Allah sebab bagi kita peluang untuk hidup sampai ke hari ini . Aku nak kongsikan sikit apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini apabila kita sudah masuk ke fasa kedua ramadhan . Aku lihat masjid makin kosong apabila solat terawih berbanding pada awal-awal ramadhan tempoh hari .

Kemanakah mereka-mereka yang mengimarahkan masjid di awal ramadhan tempoh hari ? ke mana menghilangkan diri ? adakah kerana ramadhan makin habis, maka makin hilang semangat kah anda ? persoalan ini aku lontarkan untuk aku juga sebenarnya. kadang-kadang rasa malas untuk ke masjid sedangkan tidak penat pun untuk menunaikan solat terawih .

baca juga : Terawih , Rapatkan Saf !

Kenapa Masjid Makin Kosong ?

Adakah musim buat kuih raya, baju raya sudah bermula ? di mana kaum ibu sekarang ini ? cuba fikirkan tetamu kita juga masih berada didalam rumah, tetapi kita buat endah tidah endah sahaja. Tetamu kita sudahlah datang setahun sekali, di bawanya juga pelbagai rezeki yang banyak. tetapi sanggup kita abaikan dia ?

itulah perumpamaan kita dengan ramadhan. aku rasa mungkin ramai di antara kita buat solat terawih di rumah sahaja. tak mengapalah, asalkan buat. jangan tak buat .sebab rugi kalau tinggal . Kalau yang sudah pernah ponteng terawih, carilah waktu untuk buat solat terawih. ingat ia hanya setahun sekali, tahun depan belum tentu kita ketemu lagi dengan ramadhan .

Aku bimbang juga melihat situasi yang berlaku . Bukan tahun ini sahaja  jemaah berkurangan, tahun-tahun sebelum ini juga begitulah keadaan di masjid-masjid ketika masuk ke fasa ke dua ramadhan. Mungkin sudah ramai yang penat kerana balik kerja mungkin, tapi bukan korang balik awal ke ? hahaha itulah, aku cuba bersangka baik tetapi persoalan-persoalan itu timbul.

baca juga : Luasnya neraka !

Janganlah kita mensia-siakan ramadhan yang berbaki ini. ingat sau sahaja ia datang hanya sekali mungkin ini yang terakhir.

sekian.

GAMBAR SUASANA PENYEDIAAN BERBUKA PUASA DI MADINAH  !

GAMBAR SUASANA PENYEDIAAN BERBUKA PUASA DI MADINAH !

GAMBAR SUASANA PENYEDIAAN BERBUKA PUASA DI MADINAH  | Gambar ini di rakamkan di kawasan masjid nabawi , madinah ketika penyediaan berbuka puasa di sana. Tiba-tiba teringat lak berbuka dekat mesir dulu. hehe

gambar sumber facebook 

GAMBAR SUASANA PENYEDIAAN BERBUKA PUASA DI MADINAH

GAMBAR SUASANA PENYEDIAAN BERBUKA PUASA DI MADINAH

GAMBAR SUASANA PENYEDIAAN BERBUKA PUASA DI MADINAH

GAMBAR SUASANA PENYEDIAAN BERBUKA PUASA DI MADINAH

GAMBAR SUASANA PENYEDIAAN BERBUKA PUASA DI MADINAH

Seronokkan kalau kita juga boleh berada di sana. doakan ya :)

sekian.

YAHOO MESSENGER TO SHUT DOWN ON 5 AUGUST !

YAHOO MESSENGER TO SHUT DOWN ON 5 AUGUST !


YAHOO MESSENGER TO SHUT DOWN ON 5 AUGUST | The Announcement from Yahoo's Chief was made earlier , Start from 5 August , the support for yahoo legacy will be cut off . The legacy app which will be cut of is the standalone app for dekstop version. For new version, it still working .

Yahoo Messenger started in 1998 and being popular during 2000's . there are moments for yahoo messenger when they start using it . Chat with random people and making friends through this yahoo Messenger . Some of us ,start to know their husband and wife through this medium .

YAHOO MESSENGER TO SHUT DOWN ON 5 AUGUST

YAHOO MESSENGER TO SHUT DOWN ON 5 AUGUST

But Now , there are a lot of social media network that will replace that legenday network . People also prefer to used Facebook, Twitter and others to make friends and to connect with each other . Since that happen, Yahoo Messenger no longer be the first choice to connect people as usual . And all the memory and experience using yahoo messenger will remains inside the users .

Thank you Yahoo Messengers , you give us a beautiful experinces when other people do not know how to used it . we will miss you .

:)
Kataubaid© .