MAKSUD ISRA' DAN MI'RAJ !

 MAKSUD ISRA' DAN MI'RAJ ! I Peristiwa Isra' Dan Mi'raj berlaku pada 27 Rejab . Salah satu bukti kekuasaan Allah terhadapa Rasulullah apabila berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Allah menyebut peristiwa Isra' dan Mi'raj ini pada ayat pertama surah Isra' yang bermaksud :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (1)

Artinya:
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (17: 1)


Perincian peristiwa Isra' dan Mi'raj banyak di sebut dan di ceritakan oleh ustaz dan ustazah kita supaya ia menjadi iktibar dan panduan bagi kita.Aku tertarik untuk berkongsi dengan korang mengenai Definisi Isra' dan Mi'raj .

 MAKSUD ISRA' DAN MI'RAJ !
gambar : blog.berdakwah.net
Definisi Isra' dan Mi'raj terbahagi kepada dua iaitu Isra' dan Mi'raj.Pengertian Isra'  Bermaksud Perjalanan Rasulullah di bawa oleh Allah dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa .Mana kala pengertian bagi Mi'raj pula Bermaksud Perjalanan Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha .

Turut di ceritakan ketika di Masjidil Aqsa, Rasulullah bersolat dengan Para Nabi-Nabi terdahulu  sebelum berangkat menemui Allah . Peristiwa Isra' dan Mi'raj juga sinonim dengan sejarah penurunan ibadah Solat kepada orang Islam.

Dalam Peristiwa Isra' dan Mi'raj juga Nabi di perlihatkan ahli-ahli syurga dan Ahli-ahli neraka.Setelah pulang semula ke mekah, Baginda menceritakan perkara yang di alami kepada orang ramai. Maka ramai yang menyangka Rasulullah berbohong. Lalu Abu Jahal datang dan bertanya kepada Rasulullah , jika benar baginda ke Masjidil Aqsa, berapakan tiang di Masjid tersebut.

Mahasuci Allah memperlihatkan kepada Nabi setiap sudut Masjidil Aqsa  kepada Nabi bagi menjawab pertanya Abu Jahal . Apabila Masyarakat Arab bertanya kepada Abu Bakar. Betulkah Rasulullah pergi Ke Masjidil Aqsa ? Dengan Pantas, Saidina Abu bakar mengatakan ya, benar tanpa ragu-ragu.

Bertapa hebatnya peristiwa Isra' dan Mi'raj iini dan ia memberi gambaran bahawa setiap sejarah dan peritiwa yang berlaku mempunyai kualiti dan intipati tersendiri, termasuklah kisah yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W . semoga kita mengambil iktibar dari peristiwa Isra' dan Mi'raj ini.

Sekian.

Previous Post Next Post