AKIBAT SALAH VIRAL !


AKIBAT SALAH VIRAL I Viral bukanlah perkataan asing bagi pengguna media sosial.Pelbagai perkara sudah menjadi viral . Kalau nak listkan sudah pasti banyak dan tak tertulis. Cumanya ada beberapa viral yang baik dan ada juga yang tidak baik .Sebagai pengguna media sosial, kita kena hati-hati sebelum viralkan sesuatu. Contoh kes yang berlaku hari ini Pengantin lelaki di tumbuk kerana wang hantaran tidak cukup seperti yang telah di janjikan.
AKIBAT SALAH VIRAL !

Memang pada mulanya ramai yang kutuk dan viralkan tanpa usul periksa. Sebaiknya kita kaji dahulu sebelum viralkan. takut jadi fitnah kepada orang yang di viralkan itu.aku tak mau ulas mengenai isu yang berlaku tersebut. sebab aku tak ada di tempat kejadian. dan aku rasa malas nak ulas. hahaha

Apa kata kali ini kita ulas mengenai Akibat Salah Viral ! Kalau korang dalam bidang media sosial yakni orang yang bergiat dalam media sosial contohnya blogger ads marketing dan sebagainya. pasti korang akan tahu apa impact yang akan berlaku jika sesuatu perkara itu cepat viral dan merebak dengan jayanya.*aku tak tau nak guna ayat apa. hahaha
AKIBAT SALAH VIRAL !

Antara akibat salah viral adalah :

1. Fitnah .

Perkara ini akan paling ketara berlaku. kalau salah dalam menyampaikan maklumat , kita takut ia akan menjadi fitnah. Seeloknya kita selidik dahulu apa yang berlaku sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi dari diri kita sendiri.

2. Pecah Belahkan Masyarakat.

Jika perkara yang di viralkan itu tidak betul, ia akan memecah belahkan masyarakat. akan wujud dua pihak sama ada yang menyokong atau yang menghentam sahaja. Yang paling ketara kalau anda nak tengok akibat number 2 ini berlaku, korang boleh baca di ruangan komen sesebuah post di facebook. sedih bila tengok perkara macam ni berlaku.

3. Menjatuhkan Karakter seseorang .

yang akan menjadi mangsa dalam kancah viral ini adalah orang yang di viralkan. kalau tujuan perniagaan dan untuk terkenal mungkin ia satu perkara yang positif tetapi kalau kerana tujuan lain, pasti akan menjatuhkan semangat mereka yang di kutuk dan di kecam oleh netizen yang mengviralkan perkara terbabit.

Kesimpulannya, hati-hatilah ketika menviralkan sesuatu. kalau terlalu banyak yang negatif kalau kita viralkan perkara tersebut maka tinggalkanlah ia. jangan terbawa-bawa dengan perangai netizen yang gemar mencari publisti . kalau anda faham, anda hebat.

sekian.

:)

أحدث أقدم